Tuesday, November 16, 2010

JUITA__PART 8

“Juita. Kita kahwin!”
“Awak dah gila?” Juita nyata terkejut dengan kata-kata Airil. Dia menerima pelawaan Airil untuk keluar kerana Airil memberitahunya ingin menjadikannya seorang jurubahasa untuk syarikat pelancongan milik keluarga mereka.
“Saya serius Juita!” Airil meraih tangan Juita.
“Awak jangan merepek! Saya datang sini sebab nak bincangkan hal kerja!” Juita menarik tangannya kasar dari genggaman Airil.
“Juita. Please. Saya nak kahwin dengan awak.”
“Kalau tak ada apa-apa, saya nak balik!”
“Juita. Saya minta maaf. Kemalangan yang berlaku dulu semuanya salah saya. Kalau saya tak kecewakan awak, pasti awak masih boleh melihat hari ni. Saya nak tebus kesalahan saya. Kita kahwin okey?” Airil kembali meraih tangan Juita. Dia ingin menggenggam tangan itu sekuat hati.
Juita faham kini mengapa Airil ingin berkahwin dengannya. Kerana rasa bersalah! Hatinya terasa panas tiba-tiba.
“Oh! Awak nak kahwin dengan saya sebab awak rasa bersalah? Bersalah sebab pada hari yang sama awak mengecewakan saya dan kebetulan kemalangan itu berlaku? Macam tu?” Juita meninggikan suaranya.
Airil menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tak! Saya ikhlas Juita! Saya tak..”
“Cukup Airil! Saya tak nak dengar semua ni lagi! Tolong hantar saya balik!” Juita menekupkan tangan ke kedua-dua belah tangannya di telinganya.
Airil menarik tangan Juita dan menggenggamnya erat. “Dengar sini Juita. Saya ikhlas! Saya mencintai awak! Saya hidup keresahan selepas saya tinggalkan awak dulu. Saya tahu saya tak boleh hidup tanpa awak. Terimalah saya dalam hidup awak Juita…,” Airil merayu kepada Juita.
“Airil.. Apa yang berlaku adalah takdir hidup saya yang telah tertulis sejak azali lagi. Tiada siapapun yang bersalah dalam hal ini. Saya redha dengan apa yang berlaku. Awak tak bersalah. Carilah seorang perempuan yang awak cintai dan boleh sempurnakan hidup awak. Saya tak apa-apa. Jangan simpan rasa bersalah tu dalam hati awak. Jangan risau, saya tak pernah berdendam terhadap awak. Hidup ni masih panjang, awak teruskan dengan hidup awak, saya teruskan dengan hidup saya. Kita masih boleh berkawan”
Air mata Airil mengalir membasahi pipinya. Rasa bersalah semakin mencengkam diri. Kenapa Juita tidak memarahinya? Kenapa Juita tidak memaki-hamun saja dirinya?


Kenapa dengan Juita ni? Dah berpuluh kali aku telefon. Masuk mail box je. Airil resah sendirian. Sejak peristiwa dua bulan lalu, dia dan Juita kerap keluar bersama. Dia yakin dia mencintai Juita tapi gadis itu yang tidak mahu menerimanya. Airil tetap tidak berputus-asa, dia berjanji akan cuba memenangi hati Juita.
Seminggu Juita tidak ada disisinya dia menjadi tidak keruan. Buat apapun serasa tidak kena.
Tiba-tiba dia mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Hani dan Luqman mahu bertemunya.
Cepat-cepat dia bersiap dan keluar untuk bertemu pasangan merpati sejoli itu.
Dari jauh kelihatan Luqman tiba bersama Hani. Airil melambai-lambaikan tangannya kepada mereka.
“Ada apa hal nak jumpa aku ni? Macam ada perkara serius je,” Airil meyoal sebaik saja pasangan itu membuat pesanan minuman.
Luqman memandang isterinya yang baru dikahwin sebulan yang lalu. Hani kelihatan resah. Tapi kemudiannya mengangguk.
“Harap kau bersabar menerima berita ini. Bukan kami sengaja nak rahsiakan dari kau, tapi ini permintaan Juita sendiri,” Luqman meraup mukanya. Wajahnya kelihatan resah sekali.
“Kenapa dengan Juita? Apa rahsia-rahsia ni?”
Kedua-dua pasangan itu mengeluh.
“Juita, dia dah tak ada.”
Sebaris ayat itu membuatkan Airil tersentak. Airil tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. “Kau jangan nak buat lawak!” Kemudian Airil tertawa. Jantungnya tiba-tiba berdegup dengan kencang.
“Ini. Dari Juita.” Hani menghulurkan sehelai sampul surat berwarna putih kepadanya.
Airil mencapai dan membukanya.
“Tipu! Aku tak percaya! Juita masih hidup! Juita belum mati!! Jangan main-main!! Juita takkan tinggalkan aku!!” Airil tiba-tiba mengamuk. Semua mata memandang kearahnya. Luqman bangun dan cuba menenangkan sahabatnya itu.
“Juita kat mana sekarang? Cepat bagitau aku! Juita sengaja nak main-mainkan aku kan? Dia nak balas dendam kat aku sebab buat dia macam tu dulu kan? Kat mana dia hah?” Airil semakin tidak tenteram.
“Astaghfirullah… Mengucap Airil! Mengucap!” Luqman menepuk-nepuk bahu Airil.
“Juita takkan tinggalkan aku! Juita tak mati lagi! Juita sayangkan aku! Dia takkan buat aku macam ni. Kami nak kahwin!”
“Airil.. Aku sumpah! Juita dah tak ada kat atas muka bumi ni. Kau terimalah kenyataan! Apa sekalipun, Juita takkan hidup balik!” Hani meninggikan suaranya.
Airil meraup mukanya. Kelihatan ada air jernih yang mengalir dari kelopak matanya dan membasahi pipinya. Dia kehilangan daya untuk berdiri lagi. Dia terjatuh dalam pegangan Luqman. Terduduk seketika sambil cuba menerima kenyataan tentang apa yang baru diterimanya. Terbayang-bayang di ruang matanya senyuman Juita tempoh hari. Betapa senyuman itu menggembirakan hatinya. Namun kini, dia terpaksa pula menerima kenyataan akan kehilangan Juita. Dia tidak percaya!

No comments:

Post a Comment