Monday, November 15, 2010

JUITA__PART 6

Otakku tidak dapat difokuskan lagi kepada apa yang aku lakukan. Aku jadi bingung ketika ingin melintas jalan. Aku melihat kiri dan kanan. Rasanya kenderaan telah tiada, jadi aku membuat keputusan untuk melintas.
BUMM!! Satu dentuman yang kuat terngiang-ngiang ditelingaku. Tiba-tiba badanku berasa kebas dan sakit. Aku dapat merasakan diriku sedang terlambung dan tergolek-golek. Seketika kemudian, aku terdengar suara orang bising-bising. Aku cuba membuka mataku tapi pandanganku kabur. Aku ternampak seolah-olah Airil berada dihadapanku. Badanku terasa semakin lemah dan aku dapat merasakan mataku telah tertutup.


“Juita! Mari makan!”
“Baik ibu.”
Aku mencapai tongkat yang telah sentiasa ku letakkan di dinding di sebelah meja tulisku.
“Mak su! Tak payah tongkatlah! Mari Aiman bawa Mak su!” kedengaran suara anak saudaraku, Aiman berkata-kata dan terus mencapai tanganku. Aku merasakan genggaman tangan kecil itu ditanganku. Pasti anak saudaraku ini sangat comel. Sayangnya aku tidak dapat melihat Aiman membesar. Kali terakhir aku melihatnya ketika dia berusia 2 tahun. Ketika itu aku masih boleh melihat.
Aiman melepaskan genggaman tangannya sebaik saja aku duduk di kerusi.
“Terima kasih Aiman. Mak su sayang Aiman!”
“Aiman pun sayangkan Mak su!” satu ciuman melekat di pipiku.
Abangku, Nazrin membaca doa makan.
“Ni, ibu masakkan lauk kegemaran Juita.” Ibu memegang tanganku dan memberikan mangkuk kepadaku. Bau tomyam menusuk ke hidungku.
“Juita nak hirup tomyam hari ni. Terima kasih ibu!”
“Sama-sama. Makanlah.”
“Aku memegang tangan abah disebelahku. Aku dapat merasakan sesuatu.
“Abah demam ke?” aku menyoal. Walaupun tidak dapat melihat namun aku dapat merasakan semua mata memandang kearahku.
“Sikit saja Juita.”
“Abah dah makan ubat belum?”
“Lepas makan nasi nanti abah makan ubat. Juita jangan risau. Makan cepat. Nanti sejuk tak sedap pulak.”
Aku mengangguk dan meraba-raba untuk mecapai sudu. Aku menceduk kuah dan menghirup kuah tomyam dengan berhati-hati. Aku takut kuahnya akan tumpah. Sejak aku tidak dapat melihat, hidupku telah berubah. Semasa kemalangan 3 tahun lepas, mataku tercedera. Sejak itu aku tidak dapat melihat. Pada mulanya aku tidak dapat menerima kenyataan. Aku mengambil masa selama setahun untuk memulihkan semangatku. Aku terpaksa menolak tawaran untuk belajar di England. Aku terpaksa melupakan cita-citaku untuk menjadi seorang CEO. Aku tidak mempunyai kemampuan itu. Bagaimana aku ingin mentadbir sesebuah organisasi sedangkan aku sendiri tidak mampu menguruskan diriku dengan sempurna.
Abah, Ibu, abang Nazrin dan kakak iparku, Kak Ana berusaha untuk membangkitkan kembali semangatku. Walaupun masih belum bekerja, aku berusaha belajar bahasa Jepun. Aku ingin menjadi seorang jurubahasa.

No comments:

Post a Comment