Monday, November 15, 2010

JUITA__PART 3

Setelah print assignment yang telah aku siapkan untuk Luqman, aku berbaring di atas katil melepaskan lelah. Penat betullah.

“Rajinnya kau tolong taipkan assignment untuk Luqman,” Hani menegurku.

Aku tersenyum. “Kawan.”

Hani kemudian mengajak aku untuk makan. Aku mengambil bungkusan nasi yang dihulurkannya.

“Bila masa kau beli?”

“Haziq hantarkan tadi,” tersengih-sengih Hani kulihat.

“Amboi, manja sungguh ek kau dengan si Haziq tu.”

Hani tersipu-sipu malu. Aku menggeleng-gelengkan kepala. “Bagitau dia aku cakap thanks okey. Bila masa la aku boleh belanja dia makan…”

Aku menerima sms daripada Luqman yang ingin bertemuku di café. Selepas tamat kelas pada petang itu, aku terus melangkah ke café yang berdekatan dengan fakultiku.

Aku melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Luqman.

“Minumlah! Jus tembikai kegemaran kau,” Luqman menghulurkan segelas jus tembikai kepadaku.

“Thanks. Tau-tau je kau ni.”

“Mestilah! Weh..kau suka Airil kan?”

Tersedak aku mendengar kata-kata Luqman. Luqman kelam-kabut seketika melihat aku tersedak sebegitu.

“Weh, sorry, sorry.”

“Gila kau! Nak bunuh aku ke?”

“Aku tanya je. Betul kan kau suka dia?” Luqman mengerdipkan matanya kepadaku.

“Mana ada! Pandai-pandai je kau,” aku menafikan hakikat itu.

“Hem..tak payahla main ‘aci sembunyi’ dengan aku. Kita kawan dah lama. Dah terbukti la weh. Aku pun dah lama syak!”

Aku terdiam saja. Tak tau nak cakap apa lagi.

Luqman mengeluarkan sehelai kertas biru dari dalam begnya. “Ni ha. Semalam masa kau bagi assignment aku tu kertas ni ada sekali. Maaf terbaca.”
Aku terkejut. Aku mengambil kertas itu dari tangannya. Aku menundukkan wajahku. Aku malu. Di atas kertas itu tertulis luahan hati aku terhadap Airil. Aku melipat kertas itu dan menyimpannya ke dalam beg.

“Luq, simpan rahsia ni ek. Aku tak nak sesiapa pun tahu.”

Luqman mengeluh. “Kau patut mulakan hidup baru. Airil ni baik orangnya. Percayalah pada aku. Pasal Faris, aku harap kau dah lupakan Faris.”

Aku tertunduk dan mengeluh.

“Juita, semalam Faris call aku. Minggu depan dia nak bertunang.”

Aku memandang tepat ke wajah Luqman seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru dikatakannya. Luqman mengangguk-angguk cuba meyakinkanku.

Aku terasa seperti hendak mengangis. Tiba-tiba aku lihat rakan-rakan Luqman mendekati meja kami. Cepat-cepat aku menahan perasaanku.

Mereka berbual-bual seketika. Aku hanya tersenyum kepada mereka. Aku lihat Airil Hakimi turut berada dalam kumpulan itu. Akhirnya mereka berlalu dari situ kecuali Airil Hakimi. Dia duduk disebelah Luqman.

“Aku kenalkan ni kawan aku, Juita Hanani,” Luqman memperkenalkan aku kepada Airil Hakimi.

Airil tersenyum kepadaku. “Saya Airil. Airil Hakimi.”

Aku mengangguk dan membalas senyumannya.

Kami berbual. Sedar tak sedar hampir sejam juga kami berbual. Luqman telah tinggalkan aku dengan Airil 10 minit selepas dia memperkenalkan kami.

Rupanya Airil ni bukannya pendiam sangat. Dia cuma menjadi pendiam dengan orang yang tidak dikenalinya.

“Saya hantar awak balik. Jom!”

“Tak apalah. Saya balik jalan kaki. Dekat je pun,” aku menolak pelawaannya.

“Jauh juga tu. Blok awak kan paling jauh sekali? Blok Melati kan? Yang kat belakang sekali tu kan?”

Aku mengangguk.

“Jomlah!”

Aku akhirnya menerima pelawaannya. Aku menaiki Viva kepunyannya yang berwarna putih itu.

No comments:

Post a Comment