Monday, November 15, 2010

JUITA__PART 5

Hari ini adalah hari konvokesyen. Aku bersiap dengan cukup cantik. Maklumlah, selama ini aku bekerja keras untuk mendapatkan segulung ijazah. Hani, Farah dan teman-teman lain semuanya sedang bergembira. Termasuklah aku. Ibu, abah serta ahli keluargaku turut berada disini.

“Juita,” abah memanggilku.

Aku mendekati abah. “Kenapa abah?”

“Tahniah..”

Aku tiba-tiba berasa sebak. Aku memeluk abah dan menangis.

“Ala..ala…menangis pulak budak ni. Tak malu kat orang ke?” ibu mendekati dan mengusap-usap belakangku.

“Ibu…,” aku beralih ke pelukan ibuku.

Selepas majlis penganugerahan itu, keluargaku terus pulang. Abah kata nak buat majlis kesyukuran untukku. Alhamdulillah..

Baru aku tersedar yang Airil tidak datang ke majlis penyampaian Ijazah tadi. Kenapa agaknya?

“Juita! Dengar ni!” Luqman tiba-tiba menghampiriku dan tercungap-cungap seketika.

“Kenapa Luq?” aku menyoal.

“Airil! Airil akan berangkat ke New York hari ni!”

“Hah???” aku terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Luqman.

“Betul ke Luq? Kau jangan main-main!” Hani memberi amaran kepada Luqman.

“Aku dapat apa kalau tipu kau? Flight dia pukul 4 petang ni. Aku rasa dia dah ada kat airport sekarang ni.”

Aku melihat jam di pergelangan tangan. Jarum pendek sudah menunjukkan hampir ke angka dua.

Aku terus berlari meninggalkan mereka. Aku ingin jumpa Airil! Kenapa dia tak bagitau aku dia nak pergi New York? Gila!
Aku menahan teksi dan memberi arahan untuk ke airport. Perjalanan dari tempat aku ke airport mengambil masa hampir sejam rasanya. Tidak tahu samada aku sempat ataupun tidak untuk bertemu dengan Airil. Aku berdoa moga-moga aku sempat untuk bertemunya. Tiba-tiba ada kemalangan yang berlaku. Jadi, kesesakan lalu-lintas melambatkan pergerakan teksi yang aku naiki. Aku sudah seperti ingin menangis.

Setibanya di airport, aku cepat-cepat membayar tambang teksi dan berlari turun dari teksi. Jam telah menunjukkan pukul 3.35 petang.

Aku berlari dengan pantas kedalam bangunan KLIA itu. Aku mencari-cari arah tujuanku. Aku melihat ke skrin yang memaparkan jadual perjalanan. New York, New York, New York! Hah! Flight telah bersedia dan penumpang diarahkan masuk ke balai berlepas. Aku berlari sepantas mungkin ke balai berlepas.

‘Harap-harap sempatlah. Ya Allah! Bantulah aku.’ Aku berdoa di dalam hati. Aku benar-benar ingin berjumpa Airil.

Aku akhirnya ternampak kelibat Airil. Dia berjalan bersama beberapa orang lagi. Pasti itu adalah ahli keluarganya.

“Airil!” aku menjerit kearahnya.

Airil menoleh. Begitu juga dengan keluarganya.

“Juita?” Airil ternyata terkejut dengan kehadiranku.

“Apa awak buat kat sini Juita?”

Aku berjalan menghampiri Airil. Tiba-tiba ada seorang wanita melintas dihadapanku dan menghampiri Airil.

“Airil. Jaga diri baik-baik tau. Ni hadiah dari I.” Wanita itu memegang lengan Airil dan menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Airil.

Dadaku bergetar hebat tatkala menyaksikan drama itu di hadapanku. Lelaki yang aku cintai sedang dicium seorang wanita lain.

Aku berdiri tegak disitu. Aku tergamam menyaksikan drama itu.

“Juita, kenalkan. Ini…erm…,” Airil terdiam sebentar. “Tunang saya!”

Hancur! Hati aku hancur! Airil jahat! Sampai hati! Seluruh tubuhku tiba-tiba bergetar. Aku dapat merasakan ada air yang bergenang di kelopak mataku.

Airil mendekatiku. Aku hanya memandangnya. Tidak tahu reaksi apa yang aku ingin tunjukkan kepadanya. Aku tertawa. Airil memandangku hairan.

“Tahniah! Saya datang ni nak ucapkan tahniah. Tak sangka awak dapat sambung belajar kat New York. Gembiranya saya. Awak me…”

“Saya minta maaf!” Airil memotong kata-kataku.

“Awak belajar baik-baik. Tahniah sekali lagi atas pertunangan awak,” aku berkata dengan nada yang penuh bersemangat. Aku tidak ingin menunjukkan kekecewaan kepadanya. Biarlah dia bersemangat untuk hidup di negara orang. Aku tidak berani menentang pandangan matanya.

“Saya minta diri!” aku cepat-cepat melangkah untuk pergi. Semakin lama aku disitu, semakin terhiris hatiku.

Airil memanggil-manggil namaku tapi aku tak hiraukan. Pipiku telah basah dek air mata. Aku mempercepatkan langkah. Aku ingin lari sekuat hati. Aku tidak mahu memikirkan Airil Hakimi lagi! Hatiku telah hancur luluh! Gila! Sakit nak mampus hati aku sekarang. Aku memegang dadaku dimana hatiku ditempatkan dan dimana nama Airil Hakimi tersimpan kemas.

Tiba-tiba aku terasa tanganku direntap. Langkahku terhenti. Aku menoleh. Airil!

Aku menarik tanganku kasar dari pegangannya. Tapi ternyata pegangannya sangat kuat. Aku tidak mampu untuk melawan kudratnya.

“Dengar sini! Saya hanya nak minta maaf! Saya nak bagitau awak yang cinta dihati saya tak pernah wujud untuk awak! Apa yang saya buat dulu hanya untuk membahagiakan awak buat seketika. Luqman menceritakan kisah hidup awak pada saya. Saya kesiankan awak. Hanya itu! Simpan kata-kata ni, saya cuma hadir untuk membahagiakan awak seketika! Faham?” Airil meninggikan suaranya kepadaku.

Air mataku semakin laju mengalir.

“Saya tak paksa awak mencintai saya! Tapi saya sungguh-sungguh cintakan awak! Saya cinta awak separuh mati! Kenapa buat saya macam ni? Kalau boleh..tolonglah jangan tinggalkan saya,” aku merayu kepada Airil.

“Awak dah gila? Saya dah bertunang. Selepas tamat pengajian nanti saya akan kahwin dengan dia! Harap kita takkan jumpa lagi!” Airil berkata dengan yakinnya.

“Kalau macam tu, selamat tinggal!” aku terus melangkah pergi. Airil tidak memanggil lagi. Aku yakin dia telah pergi.

No comments:

Post a Comment