Tuesday, November 16, 2010

ALYANA TERCINTA

Air mata yang sejak dari tadi bergenang di kelopak mata Alyana Solehah akhirnya menitis. Kini Alyana sah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang baru dikenalinya itu. Alfian Rafael, seorang juruterbang dengan syarikat tempatan yang terkemuka.

Alyana sama sekali tidak menyangka yang jodohnya adalah seorang juruterbang yang kacak bergaya.

Mata Alyana yang hitam pekat memerhatikan lelaki yang segak berbaju Melayu putih gading itu. Songkok hitam di kepala menambahkan kekacakan Alfian. Pada pandangan Alyana, Alfian cukup lengkap sebagai seorang lelaki. Wajahnya putih bersih dan berhidung mancung. Alfian mempunyai mata yang tidak terlalu bulat dan tidak terlalu sepet. Sederhana sahaja. Setiap kali Alfian tersenyum, matanya akan tertutup sedikit. Killer smile yang sentiasa membuatkan dada Alyana berdebar tiap kali melihatnya. Alyana sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang tidak merokok. Giginya putih bersih dan tersusun rapi. Bibirnya berwarna merah jambu. Rambutnya senitasa terisir rapi.

Alyana menadah tangan apabila doa mula dibacakan setelah lafaz ijab dan kabul. Jarinya cantik dengan inai yang memerah. Cincin pertunangan terletak kemas di jari manis tangan kanannya. Alyana kelihatan sangat cantik dengan memakai kebaya labuh berwarna putih dilapisi dengan renda Perancis sedondon dengan Alfian. Alyana, gadis yang kini bergelar isteri itu sekali pandang persis pelakon dan juga penyanyi ternama Indonesia, Marshanda. Boleh dikatakan pelanduk dua serupa dengan Marshanda tetapi Alyana mungkin lebih tinggi daripada Marshanda. Badannya persis model.

Setelah selesai doa, Alfian mendekati Alyana untuk menyarungkan cincin perkahwinan. Alfian duduk di hadapan Alyana yang sedang bersimpuh. Umairah yang duduk di sebelah Alyana mencuit Alyana yang kelihatan masih beranganan. Alyana menghulurkan tangan kirinya. Alfian lantas mencapai tangan Alyana dan terus menyarungkan cincin emas putih yang mempunyai sebutir batu permata itu ke jari manis Alyana. Alyana mencapai cincin yang dihulurkan oleh Umairah dan menyarungkannya ke jari Alfian. Alyana menyalami tangan Alfian dan suaminya itu mencium dahinya. Kerlipan cahaya kamera menyilau tidak henti-henti untuk merakamkan detik manis itu.

Majlis kecil-kecilan pada petang itu sudah cukup bagi Alyana. Bukannya dia tidak pernah mengimpikan majlis perkahwinan gilang-gemilang. Itu impiannya sejak kecil lagi. Namun, dia tetap bersyukur dengan keputusan ibunya untuk mengadakan majlis kecil-kecilan selepas akad nikah. Alfian juga tidak kisah. Malah, keluarga Alfian juga tidak kisah. Alyana sangat memahami tugas Alfian sebagai juruterbang. Pasti suaminya itu sibuk. Syukurlah apa yang ada.

“Lya, jaga diri baik-baik. Ikut cakap suami, jangan ingkar,” Rohana memberi pesanan kepada anaknya itu. Walaupun dia kurang menyenangi Alyana kerana memilih Alfian daripada Aizat tetapi dia perlu juga menasihati Alyana. Alyana tetap anaknya walau apa pun yang berlaku.

Alyana hanya mengangguk. Sebak hatinya untuk meninggalkan ibunya bersama dengan Atirah Salima yang bakal berkahwin 3 bulan lagi dengan jejaka pilihannya. Atira kelihatan gembira berdiri di sisi Khairil seorang jurutera bangunan. Atira muda 2 tahun darinya yang berusia 25 tahun. Ada sinar di mata Atira.

Alyana akur kepada takdir. Dia diberi tempoh 2 bulan untuk mencari suami kerana Atira di larang sama sekali untuk melangkah bendul. Kasihan pada adiknya itu, Alyana berusaha keras mencari suami. Dia mengenali Alfian melalui suami Umairah yang juga seorang juruterbang. Alfian yang ketika itu berusia 27 tahun juga sedang mencari isteri atas desakan kedua orang tuanya. Tempoh 2 minggu mengenali satu sama lain sudah cukup untuk mereka membuat keputusan bertunang dan sebulan selepas itu berkahwin.

Kini Alyana terpaksa mengikut Alfian pulang ke rumah Alfian di Kuala Lumpur. Esok lusa Alfian akan mula bertugas.

“Lya, jom!” Alfian mengajak Alyana setelah melihat isterinya itu masih berdiri di hadapan keluarganya dengan linangan air mata.

Alyana menoleh kepada suaminya. “Baik bang.”

Setelah bersalaman dengan ibu dan adiknya, Alyana melangkah masuk ke dalam BMW sport milik suaminya.

Kerana terpaksa mengikut Alfian, Alyana terpaksa berhenti kerja dengan sebuah syarikat yang menjual kereta-kereta terpakai sebagai kerani sejak selepas tamat SPM lagi. Bukanlah dia tidak mahu menyambung pelajaran. Tetapi, memandangkan kesusahan yang terpaksa ditanggungi ibu untuk mencari wang menyara mereka sekeluarga selepas kematian ayahnya, Alyana membuat keputusan untuk berhenti belajar demi membantu ibunya.

“Lya, saya nak keluar. Kat dalam peti ais tu semua dah ada. Masak dan makan. Tak payah tunggu saya balik,” Alfian memaklumkan setelah meletakkan beg di atas lantai.

“Tolong simpan baju saya dalam almari,” pesannya lagi.

“Abang nak ke mana? Kita kan baru je sampai,” Alyana hairan dengan Alfian, takkanlah tak letih setelah jauh memandu dari Johor Bharu.

Alfian tidak menjawab soalan Alyana sebaliknya terus melangkah keluar sambil memesan, “Kunci pintu rumah!”

Hari ini Alfian memberitahu bahawa mereka akan ke rumah keluarga Alfian di Damansara. Alyana mengenakan jubah putih berserta selendang hitam. Cantik persis model dengan badannya yang tinggi lampai itu.

Seminggu perkahwinan mereka, Alfian semakin dingin sikapnya. Malahan sudah mula meninggikan suara apabila dia banyak soal dengan Alfian.

Mereka kelihatan seperti langit dan bumi apabila Alfian selamba keluar dari bilik memakai seluar pendek paras lutut dan t-shirt biru muda. Alyana menegur tetapi dimarahi Alfian. Terkedu Alyana. Mulutnya dikunci setelah itu.

Tiba di rumah Tan Sri Ahmad dan Puan Sri Yasmin, Alyana terkejut melihat rumah banglo entah berapa tingkat itu. Besar, cantik serta moden. Pemilik rumah ini mempunyai citarasa yang tinggi.

Alyana mengekori langkah Alfian yang melangkah masuk ke dalam rumah mendahuluinya.

“Mama!” Alfian menjerit memanggil mamanya setelah pintu ditutup oleh Alyana. Terkejut Alyana dengan jeritan itu.

“Anak mama dah balik. Rindunya mama..,” Puan Sri Yasmin segera merangkul anak tunggalnya itu ke dalam pelukan.

“Papa mana ma?” Alfian bertanya.

“Papa kat atas. Kejap lagi turunlah tu,” Puan Sri Yasmin melihat ke belakang Alfian. Dilihatnya Alyana sedang tersenyum kepadanya. Senyuman itu tidak di balas tetapi ketawa pula yang meletus dari bibirnya.

“Kenapa ma?” Alfian yang mula mengatur langkah mendaki anak tangga untuk ke ruang tamu menoleh ke arah mamanya yang masih berdiri di tempat tadi. Hairan dengan tawa yang dicetuskan oleh mamanya.

Setelah sedikit reda tawanya, Puan Sri Yasmin membuka bicara. “Isteri kamu ni nak pergi mana Afi? Mekah ke? Rumah mama ni takdenya kenduri apa pun.”
Alyana tergamam dengan kata-kata ibu mertuanya. Tidak disangka-sangka dia akan disindir sebegini tajam. Alyana tidak menghiraukan kata-kata pedas itu sebaliknya melangkah mendekati Puan Sri Yasmin dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Puan Sri Yasmin mendengus dan terus melangkah mendekati Alfian tanpa mempedulikan huluran tangan Alyana. Alyana terasa namun disimpan di dalam hatinya.

Dia melangkah ke ruang tamu sambil kepalanya tunduk. Serasa sangat kerdil dia dihadapan suami dan ibu mertuanya itu. Memang seperti langit dan bumi. Lihat saja pakaian Puan Sri Yasmin. Dengan baju sendat yang menampakkan susuk tubuhnya berserta skirt labuh itu, Alyana akui Puan Sri Yasmin tampak lebih muda namun, dengan usia yang sebegitu bagi Alyana, sangatlah tidak wajar dia berpakaian seperti itu.

Duduk di ruang tamu serba mewah itu membuatkan dia tidak keruan. Menunggu ayah mertuanya turun sudah lebih 10 minit. Alfian mungkin sudah biasa, ini rumahnya. Tetapi Alyana tidak selesa dengan pandangan tajam dan layanan sinis Puan Sri Yasmin kepadanya.

Tan Sri Ahmad turun dari tingkat atas. “Lama tunggu Afi?”

“12 minit pa,” Alfian menjawab sambil melihat jam di tangannya.

“Punctual sangat la tu,” Tan Sri Ahmad menyindir Alfian yang sudah tertawa diikuti tawa Puan Sri Yasmin dan Tan Sri Ahmad. Cuma Alyana yang tidak ketawa. Dia tidak faham akan situasi sebenar.

Alyana bangun menghampiri Tan Sri Ahmad. Niat di hati ingin menyalami tangan bapa mertuanya. “Papa apa khabar?” terkeluar soalan dari mulut Alyana.

“Hem, baik. Cuma tak baik sebab tengok benda yang rasa tak nak tengok. Ye kan ma?” Tan Sri Ahmad menjawab tanpa memandang Alyana. Tangan yang dihulur Alyana sekali lagi tidak disambut tetapi kali ini oleh Tan Sri Ahmad pula. Alyana terasa air mukanya telah dijatuhkan dan dia tahu ‘benda’ yang dimaksudkan oleh Tan Sri Ahmad adalah dirinya.

Alyana kembali mengambil tempat duduk di sofa tunggal. Alfian dilihatnya sedang bersandar di sofa tanpa mempedulikannya.

“Jangan panggil kami papa dengan mama! Aku tak suka! Kau tu tak layak dengan Alfian. Gatal paksa anak aku kahwin!” Puan Sri Yasmin menempik Alyana secara tiba-tiba.

Alyana yang terkejut dengan tempikan itu segera mengawal dirinya agar tidak pengsan. Suara tempikan itu sudah biasa buat Tan Sri Ahmad dan Alfian yang tahu akan perangai Puan Sri Yasmin itu. Seringkali orang gaji mereka ditempik sebegitu.

Paksa? Alyana tertanya-tanya. Adakah dia memaksa Alfian? Bukankah mereka sama-sama membuat keputusan. Dan orang yang mula bertanya tentang kahwin adalah Alfian. Bukanlah dirinya.

“Faham tak??” tempikan kedua membuat Alyana terkebil-kebil memandang Puan Sri Yasmin.

“Fa..fa..faham Puan,” tergagap-gagap Alyana menjawab. Telinganya bersedia untuk tempikan ketiga.

“Puan Sri la bodoh! Dasar belajar sampai SPM! Memang bodoh la kau ni!” Puan Sri memarahi. Kali ini dia tidak menempik sekuat tadi.

Perkataan bodoh menikam sanubarinya. Dia berasa sangat terhina. Alfian diam membisu. Tan Sri Ahmad juga buat tidak tahu sahaja.

“Baik Puan Sri,” Alyana jawab perlahan.

“Tan Sri, Puan Sri, makanan dah siap dihidang. Jemput makan,” suara seorang gadis muda memecah keheningan yang berlaku setelah tempikan demi tempikan yang kedengaran sebentar tadi. Gadis itu beredar melihat anggukan Puan Sri Yasmin.

Tan Sri Ahmad bangun diikuti Puan Sri Yasmin dan juga Alfian. Alyana mengekor di belakang Alfian. Walaupun terasa tidak dipedulikan, Alyana tetap setia mengikuti suaminya. Dia cuma rasa selamat berada dengan Alfian biarpun ditempik sesuka hati dan tidak dipedulikan Alfian.

Alyana melihat meja makan yang penuh terhidang dengan makanan itu. Nak buat kenduri ke apa ni? Matanya bulat memerhati. Puan Sri Yasmin tergelak kecil melihat Alyana.

Alyana menarik kerusi di meja panjang yang boleh menempatkan 10 orang. Tan Sri berada di hujung meja, Puan Sri di sebelah kanannya manakala Alfian di sebelah kirinya. Alyana duduk di sebelah kiri Alfian.

“Ima!! Ima!!!” Puan Sri menjerit lagi. Kur semangat Alyana mendengarnya. Dadanya di urut-urut.

“Ya Puan Sri, ada apa??” gadis yang dipanggil Ima itu bertanya. Tergopoh-gapah dia lari mendengar jeritan Puan Sri Yasmin. Wajahnya pucat menentang pandangan mata Puan Sri Yasmin.

“Kau ni dah tak tahu nak buat kerja ke hah? Ni, apasal ‘orang gaji’ yang tak setaraf dengan aku boleh duduk kat meja ni hah??”

“Orang gaji? Siapa ya Puan Sri selain saya di sini kok?” Ima menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Tu siapa hah?” Puan Sri Yasmin memuncungkan mulutnya ke arah Alyana.

“Tapi dia kan udah menikah sama Tuan Afi. Berarti dia kan juga menantu Puan Sri,” Ima bertambah hairan. Kok menantu dipanggil orang gaji. Jadi hairan nih.

“Bengap la kau ni. Muka macam ni tak layak jadi menantu aku. Ajak dia pergi dapur!” Puan Sri Yasmin memberi arahan.

Alyana yang terkejut pantas bangun mengikut di belakang Ima yang kelihatan agak dungu sedikit itu. Hatinya sedih disama tarafkan dengan orang gaji dan dihina sebegitu. Maruahnya dijatuhkan tetapi Alfian selamba sahaja menyenduk nasi ke dalam pinggan.

“Hei perempuan!” Puan Sri memanggil.

Alyana menoleh. Tahu dirinya yang dimaksudkan. “Ada apa Puan Sri?”

“Kau tak reti sendokkan nasi ke?” Puan Sri Yasmin menyindir.

Alyana yang terasa air matanya ingin gugur cepat-cepat mencapai mangkuk besar yang tersedia nasi di dalamnya lantas menyendokkan nasi ke pinggan Tan Sri Ahmad dan Puan Sri Yasmin. Tiba di sebelah Alfian, air matanya gugur setitis. Cepat-cepat dilap. Takut mereka akan perasan. Alfian langsung tidak memandang isterinya itu. Hatinya beku. Baginya Alyana memang patut dilayan sebegitu. Sekiranya tidak, nanti besar kepala pula jadinya.

Jiwa Alyana semakin tertekan. Dirinya dilayan seperti lampin pakai buang. Dua minggu sekali Alfian akan pulang. Setiap kali pulang sekiranya diperlukan, layanan Alfian akan sedikit baik kepadanya. Sekiranya tidak, Alfian akan membuat tidak tahu saja kepadanya. Makanan yang dimasak tidak pernah disentuh.

Hari ini Alfian akan pulang dari London. Alyana gembira. Sudah 2 minggu tidak bertemu mahupun bercakap dengan Alfian. Makanan kegemaran Alfian yang diketahui daripada Ima dihidangkan. Sup tulang sedia terhidang. Dia berdoa semoga Alfian akan menjamahnya hari ini.

Pintu rumah dikuak dari luar. Alyana bingkas bangun.

“Abang!” wajah Alyana gembira menyambut kepulangan suaminya.

Alfian jelik melihat wajah itu. Meluat! Semakin hari semakin meluat dia melihat Alyana rasanya.

“Masuk bang,” Alyana menghulurkan tangan untuk bersalam. Alfian menolak Alyana ke tepi dan terus melangkah masuk tanpa mempedulikan Alyana. Kenapalah tak jemu-jemu nak kacau aku perempuan ni?

“Abang nak makan? Lya masak sup tulang. Abang suka kan?” Alyana menyoal.

Alfian terhenti. “Mana kau tahu aku suka makan tu?” Hairan.

“Lya tanya Ima hari tu,” Alyana menjelaskan.

“Apasal kau sibuk sangat hal aku hah? Aku tak selera langsung nak makan air tangan kau tu. Dasar ‘orang kampung’! Sedarlah diri tu sikit! Dah! Jangan kacau aku!” Alfian melangkah masuk ke dalam bilik tanpa mempedulikan Alyana.

Sengaja dia memilih membeli kondiminium itu untuk meletakkan isterinya di situ. Bukannya dia tidak boleh untuk membeli rumah yang lebih selesa tetapi dia tidak mahu memanjakan Alyana dengan harta-bendanya. Dia mengahwini Alyana pun atas paksaan papa dan mamanya yang memberi temph 2 bulan untuk berkahwin. Sekiranya dia tidak berkahwin sebelum usianya genap 27 tahun Oktober ini, semua harta kekayaan yang mereka miliki sekarang akan jatuh ke Rumah Anak-anak Yatim Pangeran Indera. Datuknya tidak mahu meletakkan nama papanya sebagai pewaris tetapi mahukan cucu tunggalnya memiliki harta kekayaanya.

Dan bukannya dia tidak boleh memilih di kalangan pramugari-pramugari yang cantik mahupun model-model yang dia kenali. Tetapi dia tahu orang-orang seperti itu bijak mengambil kesempatan. Itulah alasan dia memilih gadis kampung untuk dijadikan isteri sementara. Kerana baginya gadis kampung sangat naif dan tidak akan berani bertindak apa-apa dan tidak pandai mengambil kesempatan.

Sedang Alyana memanaskan lauk di dapur, loceng rumah berbunyi. Alyana pantas ke hadapan. Pintu dibuka. Seorang gadis seksi terus melangkah masuk ke dalam rumah.

“Eh..cik siapa?” Alyana cuba menghalang.

“Tepilah!” Malisa menolak tubuh Alyana.

“Cik!” tinggi suara Alyana.

“Ada apa you datang sini?” Alfian yang baru keluar dari bilik bertanya. Wajahnya selamba menyambut kedatangan Malisa.

“Takkan girlfriend sendiri tak boleh datang jumpa boyfriend,” Malisa berkata dan melihat Alyana atas bawah atas bawah. Memang tidak standing dengan dirinya. Alyana cuma memakai kain batik dan t-shirt lusuh. Rambutnya disanggul.

Malisa, seorang model yang terkemuka. Alyana baru menyedarinya apabila dia memerhatikan wajah itu.

“I miss you sayang. You marah ye?” Malisa mendekati dan memeluk Alfian dari belakang tanpa mempedulikan Alyana yang bulat matanya melihat adegan itu.

“I tak suka tengok you dekat sangat dengan jantan tak guna tu!” Alfian berkata tegas.

Malisa tertawa. “It’s all about business only sayang. Pleaselah..he’s not my taste okay! Excuse me! Huh!”

Alfian bergerak ke ruang tamu diikuti Malisa.

“Jomlah balik rumah I sayang, seminggu you duduk rumah I, tiba-tiba satu hari you tak ada..” manja suara Malisa membakar jiwa Alyana.

“Abang!” sedikit tinggi suara Alyana. Hatinya tambah terbakar melihat Malisa yang mencium pipi suaminya.

Alfian terkejut begitu juga Malisa.

“Apa perempuan ni buat dalam rumah ni?” Alyana bertanya lembut. Nada suaranya dikawal. Suaminya tetap suaminya. Tetap harus dihormati.

“Apa abang buat ni? Berdosa bang! Astaghfirullahalazim….. Suruh dia keluar bang.”

“Hei perempuan! Siapa kau nak halau aku?” Malisa bangkit menentang.

“Isteri dia!” tegas kata-kata Alyana.

Malisa tertawa.

“Kalau kau nak menggatal ke nak buat maksiat tolonglah ya pergi cari orang lain. Alfian suami aku!” marah Alyana cuba dikawal.

“Lya!!” Alfian meninggikan suara. Dia sudah bangun mencekak pinggan. “Kau tu yang gatal! Jangan nak menghina Lis. Dia girlfriend aku! Tempatnya lebih tinggi dari tempat kau. Dasar perempuan kampung tak sedar diri!”

“Abang..,” Alyana terkedu.

“Sedar diri sikit,” Malisa berkata.

Alyana berasa tercabar. Segera dia mendekati Malisa dan menampar mulut celupar itu. Geram!

Malisa memegang pipi kanannya yang kebas dek tamparan Alyana. Alfian terkejut dengan tindakan drastik isterinya. Tidak disangka gadis kampung itu boleh tahan kekasarannya.

“Sayang! Isteri you kurang ajar! I nak baliklah macam ni!” Malisa mula mengatur langkah. Dia takut melihat wajah berang Alyana. Alfian pula masih berdiam.

“Jangan!” Alfian menghalang. Lengan Malisa ditarik tetapi matanya tetapi tidak lepas memerhatikan Alyana. Mukanya merah menahan marah.

“Kau cabar aku Lya?” Alfian bertanya. Biarpun perlahan tetapi panahan matanya menikam jantung Alyana. Alyana jadi takut dengan renungan tajam Alfian. Dia dapat melihat kemarahan Alfian.

“Tak bang.. Lya.. Lya.. Perempuan ni kacau abang. Lya tak nak abang…,” Alyana cuba mempertahankan diri biarpun dia tahu harapannya tipis.

PANGG!! Satu tamparan kuat hinggap di pipi Alyana. Alyana memegang pipinya yang terasa perit. Pertama kali dia mendapat hadiah sebegitu. Belum pernah sesiapun memberikan hadiah sebegini kepadanya. Air mata terharu mendapat hadiah mengalir. Ibu ayahnya sendiri pun belum pernah ‘naik tangan’ kepadanya.

“Kalau kau nak cakap pun tengok oranglah! Kau tu yang selayaknya jadi perempuan simpanan. Hah! Memang perempuan simpanan aku pun kau ni. Sebab tu aku meluat nak balik rumah ni. Panas telinga dengar suara kau! Meluat tengok muka kau! Jijik tengok kau tahu tak??” suara Alfian bergema dalam rumah itu.

“Ja..ja..di..selama ni abang tidur rumah dia?” Alyana memberanikan diri bertanya untuk mendapatkan kepastian.

“Mestilah!” Alfian menjawab. Dia ingin tertawa melihat wajah berani yang cuba ditonjolkan Alyana meskipun dilihatnya tangan Alyana sudah terketar-ketar.

“Selama ni abang bukan terbang sana sini? Tapi pergi rumah dia?” masih berani menyoal.

“Terbang tu terbanglah. Tu job aku. Kalau tak macamana aku nak bagi perempuan simpanan aku ni makan?” Alfian menarik dagu Alyana dan dia terdorong ke arah Alfian. “Cumanya setiap kali mendarat, aku terus ke rumah Lis takpun aku balik rumah papa dan mama. Malas aku nak menghadap muka kau!”

“Abang tidur dengan dia?” Alyana menyoal. Air matanya bergenang mengenangkan dirinya yang diduakan.

“Lebih daripada itu kami pernah buat,” Malisa berkata bangga. Tanpa segan-silu dan menghormati Alyana, Malisa mencium pipi Alfian manja.

“Aku tak tanya kau perempuan!” Alyana berang. “Selama ni abang buat maksiatlah ya? Dengan perempuan ni? Astaghfirullah. Taubatlah bang! Berdosa bang..berdosa…”

“Pandai pula kau nak ceramah kat aku,” Alfian marah.

“Kau gatal! Tahu tak dia dah kahwin!! Kalau kau nak, kau kahwinlah! Buat secara halal!” Alyana memarahi Malisa. Merah padam muka Malisa. Dia memandang Alfian meminta dibela.

Alfian menampar pipi Alyana. Kali ini 2 kali berturut-turut sehingga Alyana jatuh terjelopok ke atas lantai. Tidak cukup dengan itu Alfian duduk dan menarik rambut Alyana. Pipi itu ditampar berulang kali. Darah yang keluar dari celah-celah bibir tidak dihiraukannya. Hatinya telah dikuasai rasa marah yang amat sangat terhadap Alyana. Puas dengan itu Alfian bangun dan menarik rambut Alyana agar bangun. Raungan Alyana tidak dihiraukan.

“Sakit bang…sakit..,” Alyana menangis.

Alfian tidak peduli. Tangannya mengcekam kuat rambut Alyana dan mengheretnya ke balkoni. Pintu balkoni yang ditutup, dibuka kasar oleh Alfian. Sampai di balkoni, Alfian menolak Alyana ke hujung balkoni. Ditolak Alyana sehingga gadis itu tersandar dan kepalanya berjuntai ke bawah. Mungkin kalau tidak kuat cengkaman Alyana pada pagar besi itu, tidak mustahil dia akan terhumban dari tingkat 17 itu.

“Kau nak aku humban kau ke bawah??” Alfian menempik.

“Tak..tak nak bang. Lya minta ma..maaf bang..,” terketar-ketar tubuh Alyana. Kecut perutnya bukan sahaja dengan keganasan yang ditunjukkan oleh suaminya malahan dia gayat dengan ketinggian sebegitu. Dirasakan mukanya sudah tidak punya darah mengalir di situ lagi. Risau jika ajalnya telah tiba.

“Lain kali mulut tu jaga!” Alfian menhentakkan kepala Alyana di besi tersebut.

Alyana yang telah dilepaskan oleh Alfian selepas hentakkan tadi tidak mempedulikan kesakitan akibat hentakan itu sebaliknya melarikan diri ke dalam rumah. Badannya menggigil menahan ketakutan. Dia gayat. Sangat gayat.

Alfian marah apabila melihat Alyana berlari masuk ke dalam rumah. Dia turut melangkah ke dalam rumah. Dia melihat Malisa masih berdiri di tempat yang sama. Alfian menganggkat kening memberi isyarat ‘mana dia?’ dan Malisa memuncungkan mulutnya ke arah bilik utama.

“Perempuan ni!” Alfian melangkah masuk ke bilik. Dilihatnya Alyana sedang duduk memeluk lututnya di sudut bilik. “Kau nak lari mana hah?” Alfian mendekati Alyana. Lengan isterinya dicengkam kuat dan dia menarik Alyana keluar dari bilik itu. Dihumbannya Alyana ke luar bilik. Alyana tersungkur. Malisa yang terkejut mengelak agar tubuh Alyana tidak mengenai kakinya. Alyana dilihatnya sudah pucat lesi dan ada darah di beberapa bahagian di mukanya.

“Mulai saat ini, kau tidur kat bilik lain! Jangan kau berani masuk bilik aku lagi! Aku haramkan kau jejakkan kaki kau kat bilik aku ni!” Alfian berkata lantang kemudian dia menghilang ke dalam bilik. Seketika dia keluar semula membawa beberapa pakaian Alyana yang disimpan di dalam almarinya.

“Ambik ni!” pakaian dilempar ke muka Alyana. Alyana yang terkedu lantas mengutip pakaian tersebut dan bangun.

Tidak sangka Alfian akan memperlakukan dia sebegitu. Alyana memandang Alfian. Tidak wujudkah sedikit pun kasihan terhadap dirinya? Tergamak Alfian memperlakukan dia begini.

“Tunggu apa lagi? Berambus!!” Alfian menghalau. Air mata Alyana gugur lagi dek herdikan si suami.

Alyana melangkah ke perlahan ke belakang. Dirinya terasa kerdil. Dia mengambil keputusan untuk tidur di bilik yang satu lagi. Bilik kosong yang sengaja disediakan untuk tetamu itu.

Tiba di bilik, dia menangis teresak-esak. Bibirnya yang berdarah dilap dengan tisu. Begitu juga dahinya. Sakit itu tidak dihiraukan. Hatinya lebih sakit lagi. Maruahnya dijatuhkan di hadapan teman wanita suaminya. Dia malu. Sangat maau dan berasa terhina.

Tika ini dia mula terbayangkan wajah ayahnya. Alyana memelua bantal. Mukanya ditekapkan ke bantal.

“Ayah..Lya rindu ayah..ayah….” Alyana akhirnya tertidur dalam sepi malam yang membawa dirinya ke alam mimpi yang indah. Hanya mimpi yang indah. Bukan kehidupannya. Perit yang terpaksa dilalui malam ini adalah permulaan. Bagaimana pula dengan esok dan hari seterusnya?

Alyana membuka matanya. Kepalanya dirasakan sakit. Digagahi juga dirinya untuk bangun.

Usai solat Subuh, Alyana terus ke dapur. Sup tulang di dalam periuk di jenguk. Banyak lagi. Alyana menyediakan sarapan pagi. Nasi goreng, telur dadar dan sup tulang dihidangkan meskipun dia tahu Alfian tidak kepingin langsung untuk menjamah masakannya.

Sedang ralit membancuh Nescafe di dalam teko, derapan tapak kaki memasuki dapur singgah ke telinganya.

“Aku nak sarapan pagi ni,” Alfian berbisik rapat di telinganya. Alyana terkedu namun dia berpura-pura biasa sahaja. “Sarapan dah siap. Cuma nak hidangkan air.”

“Untuk aku sekali,” suara Malisa menyapa telinganya pula. Alyana pantas menoleh. Hatinya terbakar melihat Malisa yang hanya memakai kemeja biru muda Alfian. Seksi sekali Malisa. Alyana mahu membuka mulut namun dimatikan niatnya apabila terbayangkan peristiwa semalam. Dia takut untuk melihat wajah berang Alfian lagi. Cukuplah semalam.

“Jangan nak mulakan Lya,” Alfian memberi amaran.

Malisa mendekati Alfian. Bahu lelaki itu dipeluk mesra dan dia menyandarkan tubuhnya manja ke badan Alfian. Kepalanya dilentokkan ke bahu Alfian. Lebar senyuman Malisa apabila Alfian merangkul pinggangnya. Kemenangan di pihaknya kini. Wajah Alyana dipandang. Berubah! Pucat! Malisa ketawa riang di dalam hatinya. Dia pasti Alyana tidak akan berani bertindak kasar lagi.

Alyana mengalihkan tubuhnya membelakangkan dua orang yang melakukan maksiat di dalam rumah itu. Alyana tidak sanggup. Hatinya tambah hancur kerana pelakunya adalah suaminya sendiri. Air mata ditahan. Tidak mahu ia gugur lagi. Tumpuannya di alihkan pada Nescafe yang sedang dibancuh.

Setelah selesai menyediakan sarapan, Alyana mula melakukan kerja rumah. Dia mula merendam kain-kain yang akan diberus nanti. Kain baju yang boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh dimasukkan dan diputarkan. Alyana mencapai penyapu dan mula menyapu bahagian ruang tamu. Ketika sedang ralit menyapu, Malisa keluar dari bilik diikuti oleh Alfian. Surat khabar di atas meja dicapai tanpa melihat wajahnya langsung. Alfian memang keras hati!
Mereka berdua terus berlalu ke meja makan untuk bersarapan. Alyana buat tidak tahu sahaja. Hatinya sakit melihat telatah mereka berdua tetapi dia tidak berani bersuara lagi. Tamparan yang dihadiahkan oleh Alfian semalam masih kebas sehingga sekarang. Masakan dia mahu menambahnya pula. Buat masa ini cukuplah dahulu. Sekurang-kurangnya biar perit itu hilang dahulu. Biarlah luka di hati sembuh juga jika ingin menyiram asid lagi. Sekurang-kurangnya sakitnya tidak berganda.

Selesai bersarapan mereka terus keluar. Alyana tidak ambil pusing lagi. Dia tidak punya hak meskipun yang keluar bersama Malisa adalah suaminya. Alyana meneruskan kerja rumah.

“Lya!” Alyana menoleh mendengar namanya dipanggil. Rindunya pada suara itu.

“Maira!” Alyana segera menarik Umairah ke dalam pelukannya. Eh! Tak sampai. Perut Umairah sudah memboyot.

“Berapa bulan Maira?” Alyana bertanya. Bibirnya menguntum senyum melihat riak bahagia di wajah Umairah.

“7 bulan dah Lya. Suami aku tak bagi datang mulanya tapi aku nak jenguk-jenguk juga persiapan kahwin adik kau ni.”

“Ingkar cakap suami eh kau ni.”

Umairah tergelak. “Dengan izinlah.”

“Mana boleh tak jenguk, masa aku dengan Rizal nak kahwin dulu, kau sibuk menguruskan perkahwinan aku. Seminggu kau asyik ulang-alik rumah aku. Awal-awal lagi kau dah ambik cuti.”

“Kenduri aku hari tu kan kau dah tolong..,” Alyana risau melihat keadaan temannya itu. Sangat aktif biarpun sarat. Bibirnya sentiasa dihiasi senyuman.

“Kenduri kau kecil-kecilan sangat. Aku tak rasa buat apa-apa pun. Hantaran pun berapa dulang saja. Lauk-pauk semuanya tempah. Tak ada apa pun aku buat. Tolong tengok je,” Umairah mula membebel.

“Dah mula nak bebel dah..,” Alyana menarik muka dan menjeling Umairah.

“Bebel sikit pun tak boleh. Eh! Besar jugak kenduri adik kau ni ya Lya,” Umairah bukan menyoal tetapi membuat kenyataan.

Alyana tersenyum. Sedikit tersentuh. Jauh beza kendurinya dan adiknya itu. Beribu dihabiskan untuk kenduri kali ini. Alyana tahu, adiknya layak mendapat semua itu. Dia tidak. Ibunya bukan pilih kasih tetapi rezeki yang datang kena pada kenduri adiknya, apalagi yang hendak dia katakan. Tetapi bukanlah pada pemikiran Umairah begitu juga. Umairah sudah masak dengan perangai ibu Alyana. Sangat mementingkan Atira sehingga mengabaikan Alyana. Mujurlah Alyana sudah berkahwin. Dapatlah dia menumpang kasih pada suami dan keluarga sebelah suaminya.

“Kau bila lagi Lya?” Rizal tiba-tiba menegur.

Teguran Rizal membawa pergi lamunan Alyana. Dia hanya mampu tersenyum menjawab soalan Rizal.

“Kenapalah Afi slow sangat ni..,” perlahan Umairah memberi komen.

“Apa yang?” Rizal sengaja buat-buat tidak dengar. Umairah ketawa. Dicubitnya lengan kanan Rizal. “Orang bergurau jelah!” Mereka ketawa bersama. Bahagia!
“Kami belum ada rezeki. Lagipun tugas aku ni menghalang. Iya kan sayang?” Alfian menyertai mereka. Tangannya merangkul pinggan Alyana dan menarik isterinya rapat dengannya. Alyana tergamam namun segera dikawal agar tidak ada yang dapat membau apa yang sebenarnya terjadi di antara mereka berdua.

Suara ibunya memanggil melegakan hati Alyana. Dia kini dapat melepaskan diri daripada Alfian.

Alyana sangat sibuk menguruskan perkahwinan adiknya sehingga mengabaikan kesihatan badannya. Entah berapa biji panadol yang sudah di telan namun dia masih pening. Sengaja dia gagahkan diri untuk mencuci beberapa perkakasan memasak yang belum dicuci sejak semalam lagi.

Alyana menumbuk-numbuk pinggangnya yang terasa sakit. Ibunya awal-awal lagi sudah keluar menemani keluarga sebelah suami adiknya berjalan di sekitar Johor Bharu dan kemungkinan mereka akan ke Singapura. Alfian sedang menghadap laptop di dalam bilik. Tinggal Alyana yang sedang membersihkan apa yang patut.

Periuk memasak gulai yang besar dan berat ini benar-benar menguji kemampuannya sebagai seorang wanita. Digagahi juga hingga selesai semuanya.

Alyana masuk ke dalam rumah. Dia memanaskan lauk-pauk lebihan kenduri sebagai makan tengahari hari ini. Banyak juga lauk yang lebih. Selesai semuanya, Alyana masuk ke dalam bilik. Dilihatnya Alfian sedang menyalin pakaian. Alyana membuat keputusan untuk tidak bertanya. Bimbang ditempik dan akan didengari oleh jiran tetangga.

“Saya keluar sekejap,” beritahu Alfian tanpa disoal.

Alyana cuma mengangguk dan terus mencapai tuala lalu berlalu ke bilik air.

Setelah selesai mandi, dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Bersujud kepada Allah membuatkan hatinya tenang meskipun berjuta masalah mendatang.

Telekung ditanggalkan dan digantung di penyidai. Begitu juga sejadah. Sejadah kesayangannya. Hadiah pemberian arwah ayahnya. Dia melangkah keluar. Sunyi. Hanya tinggal dia seorang di rumah.

Perutnya terasa lapar. Dia mengambil pinggan dan senduk. Periuk dibuka. Elok saja dia ingin menyendukkan nasi, matanya tiba-tiba berpinar. Kepalanya sakit. Alyana terduduk. Kepala yang sakit dipicit berulang kali.

Alyana mengagahkan diri untuk bangun. Mujurlah peti sejuk tidak terlalu jauh dari tempatnya duduk tadi. Sebotol air dikeluarkan dan dituang ke dalam mug yang tersedia di sebelah peti sejuk. Dua biji panadol dicapai lantas dia menelannya.

Saat dia mahu melangkah ke bilik, dia terdengar pintu rumah dibuka dari luar. Alyana menjenguk ke hadapan. Ingin melihat siapa tetamu yang datang atau siapa yang sudah pulang. Suaminya atau ibunya.

Kerana tidak mendengar suara orang memberi salam, Alyana menjadi cuak. Lupa pula dia ingin mengunci pintu tadi.

Tiba-tiba kepalanya terasa sakit. Suatu hentakan kuat mengenai tepat ke kepalanya yang sedia sakit itu.

Alyana terus pengsan.

“Habis barang kemas yang ibu nak bagi kat kamu tu Tira,” Puan Rohana tertunduk kesal. Kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali.

“Kenapa ibu tak simpan dalam peti besi yang Tira belikan kat ibu tu?” Atira menyoal. Hatinya sakit. Bukan terhadap ibunya tetapi kakaknya yang menjadi penyebab kepada semua kejadian ini.

“Ibu terlupa. Ibu keluarkan nak cuci. Kemudian ibu letak atas meja tepi katil ibu. Tak sangka pula nak jadi macam ni.” Puan Rohana masih kesal. “ Kakak kamu tu cuai la. Geram ibu.”

“Sudahlah ibu. Jangan salahkan kakak. Polis tengah siasat tu. Mungkin nanti dapat balik la barang kemas ibu tu. Jom kita tengok kakak,” Atira memujuk.

Alyana yang baru tersedar masih kebingungan.

“Dah sedar Lya. Kau okay tak ni Lya?” Umaira yang sedang membalut kepala Alyana bertanya. Risau benar dia keadaan temannya itu.

“Apa dah jadi ni Maira?” Alyana bertanya bingung.

Umaira menghalang Alyana yang hendak bangun. “ Jangan bangun. Kau rehat dulu. Nanti aku cerita.”

Alyana memandang Umaira mengharapkan penjelasan daripada temannya itu. Umaira akhirnya tewas melihat wajah Alyana. “Rumah kau kena rompak. Kau dipukul sampai pengsan Lya.”

Alyana terkejut. Mulutnya terlopong.

“Tak payahlah nak terkejut ke apa ke Lya. Atas kecuaian dan kelalaian Lya, barang kemas ibu semuanya kena ambik,” Puan Rohana yang tiba-tiba muncul berkata.

Alyana bangun walaupun sedikit pening tiap kali dia bergerak. Dia mendekati Puan Rohana yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya. “Ibu.. Lya minta maaf bu..,” suaranya serak dan air mata mula bergenang.

Puan Rohana memegang kepala Alyana. “Ibu tak kisahlah Lya. Ibu kan banyak duit lagi. Memang boleh pun nak beli ganti barang-barang kemas yang ibu kumpul tu,” Puan Rohana jelas memerli.

Pedih hati Alyana mendengarkannya. “Ibu, Lya minta maaf bu..” Kali ini Alyana bersujud di kaki ibunya.

“Akak! Sudahlah tu. Barang kemas tu bukan apa sangat. Yang penting akak selamat. Dah kak. Bangun,” Atira sudah duduk memujuk Alyana. Dia menarik kakaknya agar bangun.

Alyana terus-terusan menangis.

“Dahlah. Benda dah jadi. Lya pergilah rehat,” habis berkata Puan Rohana terus melangkah keluar. Atira mengekori ibunya.

Umaira mendekati Alyana. Segera tubuh temannya itu dirangkul ke dalam pelukannya. Meskipun perutnya sedikit menghalang namun dia tetap tidak mempedulikan itu. Dia mahu menenangkan Alyana.

“Hah?? Kena rompak??” Alfian sedikit menjerit mendengar apa yang diberitahu oleh Rizal melalui telefon itu.

“Kau better balik sekarang Afi, Lya kena pukul,” Rizal memberitahu lagi.

“Tolong tengokkan dia. Aku balik sekarang!”

Alfian melangkah masuk ke dalam rumah. Dilihatnya beberapa orang pegawai polis sedang berbual-bual dengan adik iparnya suami isteri. Ibu mertunya pula sedang duduk di ruang tamu. Setelah memberi salam dan menyalami tangan ibu mertuanya, dia mendekati Rizal. Keningnya diangkat memberi isyarat bertanya tentang isterinya.

“Kat dalam bilik. Maira temankan dia,” Rizal memberitahu. Perlahan namun masih boleh didengari oleh Alfian.

Dia melangkah ke arah biliknya. Dilihatnya Maira baru menutup daun pintu bilik itu. Maira agak terkejut apabila Alfian sedang berdiri di belakangnya.

“Dia okay ke Maira?” Alfian tiba-tiba berubah menjadi seorang yang prihatin. Mungkin dia berlakon.

Maira tunduk. Perlahan-lahan dia membuka mulut menceritakan apa yang terjadi termasuklah hal barang kemas yang membuatkan Alyana dimarahi ibunya. “Dia baru je tidur Afi. Aku dengan Rizal nak balik dah ni. Nanti kami datang lagi ye Afi. Tengok-tengokkan Lya okey.”

Alfian mengangguk. “Thanks Maira.”

Setelah Umaira melangkah, Alfian masuk ke dalam kamar.

Susuk tubuh Alyana jelas kelihatan di dalam samar cahaya lampu meja bilik itu. Dia ralit memerhatikan Alyana dari situ. Baru dia perasan badan isterinya itu sedikit susut. Pada awal perkahwinan mereka, tubuh Alyana tidak sekurus itu. Perlahan-lahan Alfian menghampiri tubuh kurus yang sedang lena itu. Kepala yang berbalut itu diusap perlahan. Dadanya bergetar saat dia menyentuh kepala Alyana. Pasti Alyana sangat sakit. Dipukul di bahagian kepala bukan sebarangan. Mampu menyebabkan efeksi di bahagian dalam kepala ataupun efeksi kepada otak.

Apa pula yang Alyana rasa pada malam dia memukul Alyana itu? Rasanya malam itu lebih teruk. Apa bezanya dia dipukul seperti ini atau seperti malam itu? Sama! Sakit tetap sakit!

“Tapi lukanya tak sama Afi. Luka di hati ini tak sama Afi..,” perlahan suara Alyana berkata. Kedengaran sedikit sebak.

Alfian tersentak. Pantas tangannya dialihkan dari kepala Alyana.

“Maaf buat awak terkejut,” Alyana memohon maaf. Air mata yang mengalir dibiarkan terus mengalir kerana dia yakin Alfian tidak nampak dan sekiranya Alfian melihatnya sekalipun tidak mustahil lelaki itu akan berasa kasihan terhadapnya.

Alfian terus melangkah ke dalam bilik air. Terkejut betul apabila Alyana tiba-tiba bersuara tadi. Ingatkan dia sudah tidur. Terasa bahang saja mukanya. Panas! Alfian meraup mukanya berkali-kali. Bagaimana Alyana boleh membaca isi hatinya? Kata-kata Alyana tadi benar-benar menikam sanubarinya.

Arghh!! Perempuan tak guna! Ingat aku peduli sangat pasal kau?! Arghh!! Hati Alfian menjerit.

“Kalau kau nak mati pun peduli apa aku. Matilah!” sedikit keras suara Alfian membentak.

Alyana yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik air mendengar kata-kata Alfian. Hatinya robek. Alfian memang tidak sayangkannya dan dia yakin bahawa Alfian tidak langsung ada perasaan terhadapnya.

Sudah seminggu Alfian tidak pulang ke rumah sejak dia mula bertugas seminggu selepas pulang dari kampung Alyana.

Pagi ini Alyana bangun lebih awal. Selepas solat subuh, dia membaca Al-Quran. Sejuzuk dihabiskannya. Jiwanya tenang. Tangannya ditadah memohon agar rumah tangganya akan dapat diselamatkan. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk bercerai. Dia mahukan yang terbaik untuk rumah tangganya dan memohon kepada Allah s.w.t. agar pintu hati Alfian dibuka untuknya.

Alyana menoleh ke arah jam di dinding. Tepat pukul 7 pagi. Dia bingkas bangun. Langsir serta pintu balkoni dibuka. Udara yang nyawan terasa segar sekali. Alyana mula mengemas rumah dan menyapu sampah. Pakaian juga sudah dicuci semalam dan turut disidai semalam. Jadi hari ini dia tidak banyak kerja. Rasanya dia mahu ke pasar. Membeli beberapa perkakasan dapur.

Lima belas minit berjalan kaki, Alyana sudah tiba di pasar. Pelbagai barangan turut dijual di pasar tersebut termasuklah barangan antik.

‘Ramainya orang,’ detik hati Alyana. ‘Oh..terlupa! Hari ni hujung minggu. Patutlah ramai.’

Beredar dari situ, Alyana melihat jam di tangannya. Sudah hampir pukul 10 pagi. Alyana bingkas masuk ke dalam pasar. Alyana membeli seekor ayam, beberapa kilo ikan untuk dibuat laksa. Entah mengapa hari ini dia teringin untuk memakan laksa. Sudah terbau-bau rasanya. Alyana turut membeli sayur-sayuran untuk stok seminggu. Minggu hadapan dia pasti datang lagi. Lagipun hanya dia seorang makan di rumah. Alfian hanya pernah makan di rumah sekali sahaja. Ketika bersama dengan Malisa. Itu saja. Lauk yang sekali masak boleh makan 3 hingga 4 hari kadang-kadang. Sayang hendak membuang makanan tersebut, Alyana bungkus baik-baik dan memasukkannya ke dalam peti sejuk. Bila dia ingin memakannya, dipanaskannya lauk-lauk itu.

Sudah 10 minit berjalan, Alyana berhenti seketika di stesen bas. Bukan untuk menaiki bas tetapi dia cuma berhenti untuk melepaskan lelah. Peluh yang merenik dilap dengan belakang tangannya. Beberapa beg plastik yang penuh dengan isian dipandangnya. Dia tersenyum apabila matanya tertancap pada beg plastic berisi ikan yang akan dibuat laksa itu. Sudah tidak sabar untuk memakan laksa rasanya.

“Awak ke mana hah??”

Terlepas beberapa beg plastik dari tangan Alyana. Gugur jantungnya. Belum sempat menutup pintu rumah sudah disergah begitu.

Alyana menoleh sambil mengurut-urut dadanya. “Abang..” Alyana mendongak memandang lelaki yang sedikit tinggi darinya itu.

“Bila abang sampai? Maaf..,” belum sempat habis berkata, sebuah tamparan hingga di pipi kirinya.

Terkedu Alyana dibuatnya. Kebas pipinya. Mukanya merah padam. Sakit. Tapi Alyana tidak berani mendongak lagi. Memandang wajah garang Alfian sangat menggerunkannya.

“Berani awak keluar tak bagitahu saya! Dah pandai ek sekarang. Pergi ‘main’ dengan jantan mana hah??” Alfian semakin garang. Suaranya sudah tidak dapat dikawal lagi. Semakin lama dia melihat Alyana, semakin bengang dia rasa.

“Oit perempuan! Dah bisu ke hah? Ke dah pekak???” suara tempikan Alfian kedengaran lagi. Kali ini lebih rapat ke telinga Alyana. Boleh tuli dibuatnya.

Alyana memejam mata. Dia memintal-mintal hujung bajunya. Tidak berani dia ingin membuka mata. Telinga yang menerima tempikan tadi tidak berani ditutup, nanti lain pula jadinya.

Alfian semakin bengang melihat Alyana diam begitu. Kali ini syaitan memang telah merasuknya. Alyana yang tidak bersalah ditolaknya kasar sehingga dia terdorong ke belakang. Mujur Alyana sempat memegang penyangkut kayu yang digantung di dinding belakang pintu rumah. Sekiranya tidak, dia pasti akan terjatuh.

Alayana redha. Alfian memang suka berkasar dengannya. Tapi sebagai isteri, dia tahu berdosa besar sekiranya dia melawan suaminya. Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suaminya. Alyana takut sekiranya hilang syurganya gara-gara dia ingkar dan melawan suaminya.

“Dasar perempuan tak ada maruah! Islam apa yang kau amalkan?? Mana kau letak hormat kau terhadap suami kau hah? Aku ni tetap suami kau! Kemana kau nak pergi sepatutnya kena mintak izin dengan aku dulu!! Bodoh ke apa kau ni hah???” Alfian berang. Dia melepaskan segala yang tersimpan di buku dadanya.

Memang dia sangat bengang apabila dia pulang ke rumah tadi, Alyana tidak ada. Macam-macam perkara ‘kotor’ menerjah otaknya. Tidak senang duduk apabila Alyana tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesejnya yang sudah berpuluh-puluh dihantarnya. Entah dengan lelaki mana Alyana keluar. Perempuan ni bukan boleh harap sangat. Entah-entah dah pergi tidur dengan lelaki tu pun.

“Arghhhh!!!” Alfian tiba-tiba menjerit. Keras suaranya seperti terkena rasukan hantu. Kepalanya semakin sakit apabila syaitan terus-terusan ‘mengotorkan’ otaknya.

“Pergi kau dari sini! Jangan kau jejak rumah ni selagi aku tak izinkan!! Berambus kau!!!” Alfian menunjuk arah keluar tetapi kepalanya ditoleh ke arah lain. Tidak ingin lagi dia melihat wajah isterinya yang sudah mengkhianatinya.

Alyana terkejut apabila Alfian menghalaunya. Seperti tidak percaya, Alyana mendongak memandang Alfian. Suaminya itu nyata tidak mahu melihat wajahnya lagi.

‘Ya Allah…apalah dosa yang aku buat sehingga begini sekali Alfian benci padaku..’

“Hah! Apalagi kau tunggu?? Bangun sekarang! Berambus sekarang jugak aku kata!!” Alfian berang melihat Alyana yang tidak berganjak.

Tangan Alyana ditarik kasar. Pintu dibuka dan dengan pantas tubuh itu dihumban keluar rumah. Sepantas kilat. Tidak sempat Alyana berkata apa-apa.

BUMMM!! Pintu rumah dihempas kuat. Alyana terpinga-pinga. Cepat-cepat dia mengesat air mata yang hampir mengalir. Tidak mahu ianya menitis lagi. Perit yang dirasakan memang tidak akan merubah apa-apa. Dan, air matanya tidak dapat melembutkan hati Alfian.

Sehelai sepinggang dia dihalau. Tidak tahu kemana arah tujuannya. Alyana jadi bingung. Dia tidak punya saudara-mara mahupun sahabat di sekitar Kuala Lumpur. Bagaimana dia mahu pulang ke kampung kerana dia tidak punya satu sen pun.

Tiba-tiba Alyana terfikirkan sesuatu. Cuma Allah yang ada bersamanya ketika ini. Alyana tahu di tingkat bawah sekali ada sebuah surau. Perlahan dia mengorak langkah ke suara tersebut.

Surau yang sederhana itu cukup untuk memuatkan hanya beberapa orang jemaah wanita saja untuk suatu-suatu masa.

Alyana mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Kemudian dia mengambil Al-Quran dan membaca kitab suci yang menenangkan jiwanya itu. Hanya itu temannya dikala ini. Tidak mampu dia berfikir untuk berbuat apa-apa ketika ini. Semoga Allah membuka jalan untuknya menyelesaikan masalahnya ketika ini. Dia pasti, jika dia redha dengan ketentuanNya, pasti Allah akan membantunya.

“Lya tu memang tak layak dengan Afi. Afi make a wrong mistake when he took that ‘pelacur’ as a wife. Bodohlah Afi tu!” Malisa ketawa besar. Sesekali dia menghirup jus strawberry di hadapannya. Cuaca panas di luar membuatkan dia kehausan.

“You tak takut ke kalau Afi dapat tau you nak hancurkan rumah tangganya?” Rebecca bertanya. Dilihatnya sahabatnya itu semakin melampau hari demi hari. Cakap orang pelacur walhal semalam Malisa tidur dengan Dato’ Borhan. Minggu lepas dengan Alex. Sampaikan seminggu dia tidur rumah Alex. Menipu Alfian katanya ada show kat luar negara. Memang sahabatnya itu pelacur terhebat. Kadangkala naik muak dia melihat perangai gedik dan tak ada maruah Malisa tu.

“I tak takut. Yang penting I happy and I’m sure Afi pun happy.” Malisa tersenyum lebar. Dia memandang beg yang diletakkan di atas meja itu. Rebecca turut memandangnya.

“Beg barulah tu,” Rebecca mencebik.

“You jangan jealous pula Reb, I dapat dua hari lepas. Afi yang hadiahkan. Dah lama I nak Louis Vuitton latest edition ni. Nasib baik ada lagi. Tiga biji je masuk Malaysia and I got one! Jangan jealous!” Malisa menjerit keriangan. Tidak peduli mata-mata yang memandang.

“Tadi you buat apa hah? Bukan main lagi menekan handphone boyfriend you tu,” Rebecca bertanya.

Malisa tertawa. “I kenakan isteri dia.”

“Apa you buat Lis?” Rebecca ingin tahu.

“Tadi perempuan tu hantar mesej kat dia. Katanya nak keluar beli barang dapur. Dia punya call I reject. Padanlah dengan muka dia. I punyalah gelak nak mati bila I reply mesej cakap ‘ok’ dia reply cakap ‘terima kasih’,” Malisa tertawa lagi. Mukanya sudah merah kerana terlalu banyak ketawa.

Rebecca jadi hairan. “So, apa yang lawak sangat? Bukannya apa sangat pun. Lebih-lebih la you ni.”

“I tak habis cerita lagi, you ni gelojoh la. You tahu tak Afi tu kalau dia tau isteri dia keluar rumah, matilah perempuan tu dia kerjakan. Dia pernah bagitau I dia tak suka kalau perempuan tu keluar ke mana-mana. Kalau boleh dia nak kurung perempuan tu dalam rumah,” Malisa menjelaskan.

Rebecca membulatkan matanya. “Kejamnya you.. nanti kalau si Afi tu pukul isteri dia sampai mati macam mana?”

“Argh! Peduli apa I!” angkuh jawapan Malisa.

“Nanti kalau..,” belum sempat Rebecca habis berkata dia terdiam apabila terlihat seseorang yang sedang berdiri di belakang Malisa. Semakin mendekat dan wajah itu kelihatan merah menahan marah.

Malisa yang melihat wajah pucat Rebecca segera menoleh ke belakang. Mulutnya terlopong. Wajahnya berubah pucat. Lebih pucat dari Rebecca.

“You..,” terketar-ketar suara Malisa.

“Perempuan jahanam! Kau pergi mati!” habis berkata, Alfian terus berpaling dan berlari ke keretanya. Sampai di kereta. Pintu kereta dikuak dan segera dia memboloskan diri ke dalam kereta mewah miliknya itu.

“Malisa memang kejam! Jahanam punya perempuan!!” Alfian menghentak-hentak stereng kereta.

Hatinya sakit. Bukan sakit kerana perbuatan Malisa tetapi sakit kerana perbuatannya. Wajah tidak bersalah Alyana berlegar-legar di otaknya.

“Arghhh!!” Alfian menumbuk geram stereng keretanya.

Dia ingin pulang ke rumah, tetapi egonya membatasi segalanya. Tambahan pula dia pasti akan melihat wajah Alyana di rumah nanti. Dia tidak mahu Alyana tahu dia telah salah bertindak.

‘Tapi..Lya..kan tak ada kat rumah. Aku yang dah halau dia tadi,’ hati Alfian berkata. ‘Tapi..mesti dia dah balik. Mana dia ada tempat nak pergi. Ini KL. Mana perempuan kampung tu nak tuju lagi.’ Alfian ketawa panjang. Tapi, jantungnya berdebar kencang. Bermacam-macam perkara yang bermain di otaknya kini.

Pintu rumah dikuak perlahan. Gelap dan sunyi rumahnya. Alfian terkejut apabila kakinya terpijak sesuatu. Rasa lembik semacam saja. Alfian menekan suis lampu.

Dilihatnya beberapa plastik bertaburan di atas lantai. Alfian tunduk mengutip plastik-plastik tersebut. Sudah berbau ikan dan ayam yang telah dibeli oleh Alyana. Diangkatnya ke dapur dan terus meletakkannya ke dalam sinki.

Alyana! Mana dia?

Alfian menuju ke biliknya. Pintu bilik dibuka rakus. Dilihatnya di dalam bilik yang gelap itu.

“Lya!” nama itu dipanggil. Sekali, dua kali dan tiga kali. Tiada yang menyahut.

Alfian menepuk dahinya. ‘MasyaAllah..lupa! Bilik dia bukan kat sini la.”

Pantas pula dia berlari ke bilik tetamu. Pintu bilik dibuka. Lebih rakus dari sebelumnya.

“Lya! Abang balik ni!” dia memanggil. Suis ditekan. Bilik yang dilengkapi dengan semua kelengkapan itu ternyata kosong. Tidak berpenghuni.

Alfian menuju pula ke bilik air. Mencari Alyana. Ke dapur. Memanggil-manggil nama Alyana, isteri yang sentiasa dia sakiti. Jantung berdebar kencang. Alyana sudah lari rumah! Kakinya melangkah pantas ke bilik Alyana sekali lagi. Pintu bilik yang sedikit tertutup itu dirempuhnya. Alfian mendekati almari pakaian.

“Arghhh!! Berani kau lari Lya! Kalau aku dapat kau tahulah aku ajar kau nanti! Dasar perempuan tak mengenang budi!!” Alfian sudah menjerit bengang. Pintu almari ditumbuk kasar.

Jantungnya berdegup semakin kencang apabila dia mula menarik pintu almari. Matanya dipejam. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Apabila pintu almari terbuka, matanya dibuka perlahan.

Tawanya meletus. Ketawa lega barangkali. Pakaian Alyana masih ada. Bererti dia belum ke mana-mana dan pasti belum lari dari rumah.

Alfian keluar dari bilik. Kini dia ingin keluar mencari Alyana. Susah juga sekiranya apa-apa terjadi pada Alyana. Dia tidak rela isterinya itu menduakannya. “Arghh!! Fikiran kotor!”

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Malisa tertera di skrin telefon. “Arghh!!” Alfian menekan butang merah. Dia tidak mahu punya apa-apa hubungan lagi dengan perempuan seperti itu!

Ketika ingin menyimpan telefon bimbit ke dalam kocek seluarnya, Alfian teringatkan sesuatu. Dia membuka bahagian dimana tersimpan panggilan yang tidak dijawab. Dilihatnya ada 12 missed called dari… Lya! Bulat matanya memandang skrin telefonnya. Kemudian peti mesej pula dibuka. Ada tertera nama Lya. Segera mesej yang sudah dibuka itu dibacanya.

‘Abang, Lya minta izin nak keluar sekejap. Lya nak beli beberapa barang dapur yang dah habis. Boleh tak abang?’

Bila masa pula dia hantar mesej ni?

Alfian membuka pula ke ‘sent item’.

‘Ok.’ Dan yang paling terkejutnya. Mesej itu dihantar ke Lya.

“Jahanam kau Malisa!!” Alfian terus menghempas telefon bimbitnya ke lantai. Pecah berderai sepertimana hatinya kini. “Arghh!!! Semuanya menimpa-nimpa!!”

Alfian ingin melangkah keluar tetapi dia terperasankan sesuatu di atas meja sebelah peti televisyen. Telefon bimbit Alyana. Bila masa pula dia balik?

Dia mendekati meja kecil itu dan terus mengambil telefon bimbit itu. Beberapa butang ditekan. Dilihatnya di skrin tertera ‘panggilan tidak dijawab’. Dia menekan butang Ok.

’36 panggilan tidak dijawab.’ ‘Abang.’

“Patutlah dia tak jawab. Dia tak bawa handphone masa pergi pasar tadi. Astaghfirullah…,” Alfian menggeleng kepala tanda kesal.

Alfian sedar dia harus cepat mencari Alyana. Perasaan bimbang mula menguasai dirinya. Kini dia baru sedar betapa kejamnya dirinya terhadap isterinya sendiri. Bagaimana jika sesatu perkara buruk terjadi kepada Alyana. Pasti dia tidak dapat memaafkan dirinya.

Di hadapan rumah sekali lagi Alfian rasa jantungnya kali ini benar-benar hendak tercabut. Bodohnya dia. Bagaimana Alyana boleh pulang ke rumah sekiranya kunci rumahnya tertinggal. Sekiranya dia pulang sekalipun, dia pasti tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana kunci rumahnya tertinggal. Alfian tunduk mengutip kunci rumah yang tersorok di belakang pintu itu.

Pasti kunci itu terjatuh ketika Alyana terkejut selepas diherdik olehnya pagi tadi. Kunci itu digenggamnya. Betapa hancur hati Alyana saat ini. Alfian meraup wajahnya berkali-kali. Dia terlalu cepat melatah. Kasihan Alyana yang menjadi mangsanya. Mangsa segala kekejamannya. Semuanya kembali terlintas di otaknya. Segala kekejaman yang dilakukan terhadap Alyana dan segala cacian dan makian yang pernah dilemparkan kepada seorang isteri yang begitu taat kepada suaminya. Alfian akhirnya terduduk dan menangis tersedu-sedu. Dia berasa kesal dan sangat bersalah.

Pasti Alyana sudah benci kepadanya. Tidak ada apa yang dapat membuat dia memutar balik masa. Sekiranya boleh, dia ingin merubah perlakuannya dan menyayangi Alyana yang begitu menghargainya selama ini. Tapi dia telah terlambat. Alyana sudah tidak ada. Dan..adakah Alyana akan dapat menerima dirinya kembali. Dirinya yang sudah kotor dicemari dengan segala maksiat yang pernah dia lakukan. Termasuk di hadapan Alyana sendiri. Kepalanya dihentak-hentak di pintu kayu itu. Kekesalan kini bermaharajalela.

“Lya! Abang akan cari Lya! Abang nak minta ampun kat Lya! Abang nak bagitau Lya…abang…,” Alfian terhenti. “Arghh!! Yang penting Lya milik abang!”

Alfian bingkas bangun. Pintu rumah dibuka. Dia nekad untuk mencari Alyana malam ini juga sehingga bertemu. Ada perkara penting yang ingin diberitahu kepada Alyana. Alyana..isterinya!

Alfian buntu. Sudah hampir kesuluruhan kawasan yang terdekat dengan kondiminiumnya dipusing-pusing. Stereng kereta telah puas dipusingnya namun bayang Alyana tidak kelihatan langsung.

Kemanakah isterinya itu pergi? Tahukah dia akan jalan-jalan dan selok-belok Kota Kuala Lumpur ini. Hatinya risau sekiranya ada apa-apa akan terjadi kepada Alyana. Dia tidak akan sama sekali memaafkan dirinya jika ada sesuatu perkara buruk terjadi terhadap Alyana.

“Abang..,” suara gemersik Alyana memanggil kedengaran di telinga Alfian. Pantas Alfian menoleh.

Buntang matanya memerhatikan sebatang tubuh yang dicari-cari itu berdiri dihadapannya. “Lya!”

Alyana tunduk. Dia menangis. “Abang..sekalipun abang nak buang Lya. Lya mintak bang.. tolong hantar Lya pulang ke kampung..,” serak suara Alyana meminta. Takut akan diherdik lagi.

Setelah berfikir-fikir di surau tadi, Alyana membuat keputusan untuk meminta bantuan Alfian menghantarnya pulang kerana dia tidak ada sesiapa yang boleh dia menumpang teduh di sekitar Kuala Lumpur ini.

Sebak Alfian mendengar permintaan Alyana. “Lya…” Matanya sudah kuyu. Air mata bertakung di kelopak mata. Betapa wanita di hadapannya itu tidak pernah berdosa kepadanya.

“Kalau abang tak boleh nak hantar Lya ke kampung.. Lya mintak tolong sangat-sangat abang bagi sedikit duit tambang. Lya tak ada duit tambang nak balik kampung..,” Alyana memberi cadangan lain. Alfian mungkin tidak sudi untuk menghantarnya pulang. Tetapi ini saja cara yang dia ada.

“Lya…,” Alfian memanggil lagi. Dilihatnya Alyana masih tunduk rapat melihat lantai. Sedikit menggeletar badan Alyana. Pasti takut akan diperlakukan seperti dulu lagi.

“Lya… Lya… mintak maaf bang.. Lya tak ada saudara-mara atau kawan-kawan sekitar Kuala Lumpur ni..,” suara Alyana mula terputus-putus. Dadanya mula terasa sesak. Air mata perlahan-lahan mengalir. “Lya…Lya..cuma ada abang saja yang boleh Lya mintak tolong.. Lya..,” terputus kata-katanya di situ.

“Lya!” Tubuh isterinya longlai di hadapannya. Tidak jauh darinya. Alfian segera mendapatkan tubuh itu. Dipangkunya. Digendong tubuh itu dan dibawa ke dalam rumah. Jelas terpancar kerisauan di wajahnya.

“Dia okey. Tak ada apa-apalah. Jangan risau,” Dr. Yunus memberitahu. Belakang anak temannya itu ditepuk-tepuk. “I need to go.”

Alfian menarik nafas lega. “Thanks uncle. Sorry ganggu malam-malam macam ni. Tak sempat nak fikir hantar dia kat kllinik. And you know..the one that I believe is only you.”

“It’s okey Alfian. Ni tugas uncle jaga kebajikan and kesihatan the whole of your family. This my job okey. Don’t worry. You can contact me anytime. Macam tak biasa pulak,” Dr. Yunus tertawa perlahan. Barang-barang yang digunakan untuk memeriksa isteri Alfian tadi disimpannya kembali ke dalam beg khasnya.

Alfian turut menyambut tawa Dr. Yunus, teman baik papanya yang mana pada mulanya hanya dilantik menjadi doktor peribadi untuk keluarganya. Sudah hampir 20 tahun Dr. Yunus berkhidmat dengan keluarganya. Tetapi mereka sekeluarga tidak pernah menganggap Dr. Yunus hanya sebagai seorang doktor peribadi, sebaliknya hubungan mereka sangat akrab.

“Alyana tak apa-apa, cuma next week bawak dia ke klinik okey. Uncle ada nak check sikit,” Dr. Yunus memaklumkan apabila tiba di hadapan pintu rumah.

“Eh, tadi uncle cakap dia okey je.” Alfian menggaru-garukan kepalanya hairan.

“Dia okey. Kan uncle cakap don’t worry. Bawak jelah. Pemeriksaan biasa aje,” Dr. Yunus berkata sambil mengenakan kasutnya. Meskipun kerja di luar waktu pejabat, Dr. Yunus masih tetap dengan pakaiannya. Memang tetap segak dan kena dengan usianya. Dr. Yunus memang seorang yang berdedikasi dalam kerjanya. Tidak mengira waktu sekiranya dipanggil atas sebab-sebab kecemasan mahupun cuma ketika dia terjatuh tangga dahulu.

“Oh… Ingatkan apalah tadi. Baik, baik. Nanti saya bawak dia jumpa uncle. Thanks again.”

Semangkuk bubur dimasak bersama lobak merah dan juga ikan bilis. Bubur yang masih panas dimasukkan ke dalam mangkuk, diletakkan di atas dulang bersama segelas susu segar. Dibawa sarapan pagi berkhasiat itu ke dalam bilik.

Alyana masih tidur. Dulang diletakkan di meja kecil bersebelahan dengan katil bersaiz ‘king’ itu. Tirai dan tingkap dibuka bagi membenarkan udara luar memuatkan diri ke dalam ruang yang kegelapan itu. Memberikan cahaya dan sinar baru dalam hidupnya.

Alfian menghampiri Alyana. Tidak mahu isterinya itu tersedar dan terkejut, perlahan tubuh itu disentuh.

“Sayang..,” Alfian memanggil lembut. Wajah Alyana diusap-usap perlahan.

Alyana masih kaku tidak berganjak.

“Sayang…,” Alfian memanggil lagi. Kali ini tangannya mula mengusap-usap ubun-ubun Alyana.

Alyana mula bergerak. Matanya dibuka sedikit. Kepalanya yang masih sakit cuba ditahan.

“Abang.. Lya..,” Alyana sedikit terkejut melihat Alfian terlalu hampir dengannya.

“Shh..,” Alfian menyuruhnya diam. “Abang tak nak sayang cakap apa-apa. Bangun dulu sayang. Makan bubur kemudian makan ubat okey sayang.”

“Lya…,” Alyana ingin berkata lagi tetapi kali ini jari telunjuk Alfian sudah berada di bibirnya. Alfian menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Biar abang je yang cakap sayang. Abang yang berdosa. Abang mintak maaf dengan Lya. Abang kejam. Abang tahu.. tapi abang dah sedar sayang. Berilah abang peluang untuk mengubati hati Lya yang telah abang simbahkan asid sebelum ini. Berilah abang peluang untuk memperbaiki diri abang seterusnya berilah abang peluang untuk belajar mencintai Lya..dan belajar mencintai Islam…,” terhenti kata-katanya di situ. Betapa hibanya dia saat menyebut perkataan Islam. Atas kad pengenalan dia memang seorang Islam tetapi…amalan seorang Islam bukan dekat dengan dirinya.

“Abang…,” Alyana bangun. Dia memandang dalam ke mata Alfian yang sedang memandangnya. Mencari keikhlasan di situ.

“Abang nak bertaubat Lya. Abang mohon..Lya dapat bimbing abang. Tolonglah sayang..,” Alfian merayu. Air mata sudah mengalir.

Alyana mengangguk. “Lya kan isteri abang. Sudah tanggungjawab Lya untuk bersama dengan abang waktu susah dan senang. Lya akan bantu abang. Lya janji. Asalkan…,” Alyana terhenti di situ. Kali ini dia pula tunduk.

“Asalkan apa Lya?” Alfian memandang Alyana. Buntang matanya.

“Asalkan..abang insaf dan tinggalkan perkara yang menjadi kemungkaran sebagai seorang muslim.”

Alfian mengangguk. Sebuah senyuman manis dihadiahkan buat isteri yang mula dia cintai. Tubuh itu dirangkul ke dalam pelukannya. Kemas dipeluknya sehingga Alyana kelemasan.

Dia cinta Alyana. Dia mahu Alyana! Dia janji akan menjaga Alyana sebaik mungkin. Tubuh itu dipeluk lebih erat. Sebuah ciuman singgah di ubun-ubun Alyana.

Alyana merasa tenang. Jiwanya sangat tenang. Alfian.. I LOVE YOU!!!

“Tahniah! Both of you will be mother and father!” ucap Dr. Yunus pada Alfian dan Alyana.

Alfian mengucapkan syukur tidak terhingga kerana Alyana kini sedang hamil anaknya. Tidak dijangka dia akan menjadi seorang bapa tidak lama lagi.

Alyana tersenyum gembira. Melihat reaksi Alfian yang begitu gembira menambahkan rasa bahagia dalam dirinya. Dia kini berbadan dua. Menurut Dr. Yunus, kandungannya sudah masuk 2 bulan. Patutlah sudah lama dia tidak didatangi penyakit ‘perempuan’.

Hari ini Alyana memasak laksa yang sudah lama dia teringin untuk memakannya. Alfian menemaninya ke pasar pagi ini. Pada mulanya Alfian tidak benarkan dia pergi tetapi apabila dia bertanya suaminya itu tentang ikan dan bahan-bahan yang perlu dibeli terus Alfian dengan berat hati mengajaknya pergi. Tetapi ketika di pasar, rimas juga dengan perangai Alfian. ‘Sayang, jangan tu..jangan ni…”

Alfian memang sudah banyak berubah. Tidak lagi seperti dulu. Sentiasa berada di sisinya. Bilik Alyana juga telah berpindah ke bilik Alfian.

“Kenapa nak masak banyak sangat? Kita berdua saja nak makan,” kata Alyana kepada Alfian apabila Alfian sibuk menyuruh Alyana masak laksa banyak-banyak.

“Abang nak ajak kawan abang makan nanti,” jawab Alfian sambil menyiang ikan. Dia sudah cekap menyiang ikan. Kerana sayangkan Alyana, dia sanggup belajar menyiang ikan. Alyana yang mengajarnya semua itu.

“Erm.. Lya kalau letih pergilah berehat. Lya cakap je. Nanti abang ikut apa yang Lya suruh buat. Cuma nanti Lya masukkanlah garam gula semua benda tu. Abang tak pandai. Nanti karang masin rosak seperiuk pulak,” kata Alfian diakhiri dengan ketawa kecil.

Alyana turut tertawa. “Alahai.. bukannya Lya letih apa sangat. Abang dah buat semua. Lya pula yang jadi pembantu dapur abang ni.” Tangan Alyana sibuk menarik keluar perut ikan.

Bertungkus-lumus mereka menyiapkan hidangan itu bersama-sama. Selain daripada laksa, mereka turut membuang ‘pencuci mulut’ berupa puding jagung dan juga puding telur.

“Mana tetamu abang ni tak sampai lagi?” soal Alyana pada suaminya yang sedang menyusun gelas ke dalam dulang.

Ting tong! Bunyi loceng membantutkan niat Alfian untuk bercakap. “Tolong buka pintu sayang,” pintanya pada isteri tercinta.

Alyana bangun menuju ke pintu rumah. Setelah pintu dibuka, Alyana nyata terperanjat.

“Tan Sri, Puan Sri.. Jemputlah masuk,” pelawa Alyana. Tidak menyangka kedatangan mertuanya.

“Panggil mama la sayang. Mama minta maaf atas semua kesalahan mama pada Lya dulu. Mama salah faham dan tuduh Lya yang bukan-bukan. Afi dah ceritakan semuanya pada mama. Mama terasa berdosa. Lya, maafkan mama boleh?” pinta Puan Sri Yasmin. Sungguh dia menyesali sikapnya selama ini. Setelah pulang menunaikan umrah minggu lalu, dia terasa insaf. Dia pulang ke rumah dalam tangis teresak-esak melihatkan seorang sahabatnya yang mati secara tragis dalam kemalangan. Sejak itu dia sedar hidup ini pendek dan dia mula menghambakan diri pada Allah. Puan Sri Yasmin kini bertudung.

“Papa juga nak minta maaf dari Lya. Maafkan papa ya Lya. Apa saja yang Lya pinta akan papa tunaikan. Cuma papa mengharapkan keampunan atas segala kata-kata kasar papa dulu,” Tan Sri Ahmad turut meminta maaf daripada menantunya itu. Sejuk hatinya melihat kepala Alyana yang dilitupi tudung berwarna krim.

“Kalau ye pun mama dan papa masuklah dulu,” kata Alyana.

“Tak! Kami takkan masuk selagi Lya tak dapat maafkan kami,” Tan Sri Ahmad berkata.

“Mama.. Papa.. Lya tak pernah simpan dendam pada mama dan papa. Lya dah lama maafkan mama dan papa. Marilah masuk. Nanti sejuk pula laksa yang abang Afi masak tu,” kata Lya berserta kemaafan.

Puan Sri Yasmin merangkul Lya ke dalam pelukannya. Sungguh suci hati menantunya itu. Tan Sri Ahmad tersenyum. Lega hatinya kerana Alyana sudah memaafkan dirinya.

Alfian menyambut kedatangan papa dan mamanya dengan gembiranya. Kedua orang tuanya sangat gembira apabila dikhabarkan akan menimang cucu tidak lama lagi. Mamanya bersungguh-sungguh. Sudah siap memasang angan-angan. Bermacam-macam yang dirancangnya. Alfian dan Alyana cuma tertawa. Tan Sri Ahmad pula asyik membantah dengan cadangan Puan Sri Yasmin kerana dia mahukan yang lebih daripada itu.

Masa mereka bangun untuk ke meja makan, bunyi loceng pintu membuatkan Alfian mengerutkan keningnya kepada isterinya. “Siapa sayang?” Haha..lakonan semata-mata. Konon-kononlah dia tak tahu sedangkan ini semua rancangannya. Hehe..

Alyana hanya mengangkat bahu. “Tak tahulah. Kejap Lya pergi tengok.”

“Takpe, takpe. Lya pergi layan mama dengan papa dulu. Biar abang pergi bukakan pintu.” Alfian sudah bergegas ke pintu rumah.

“Ibu, Tira, Khairil. Dah sampai pun. Jemputlah masuk,” pelawa Alfian ceria menyambut kedatangan keluarga isterinya. Dia bersalaman dengan Puan Rohana dan Khairil. Tidak pula dengan Atira. Mana bolehlah….

“Mana Lya? Ibu rindu dengan Lya. Lama dia tak balik. Ibu nak minta maaf dengan dia. Rupa-rupanya selama ni dia terasa hati dengan sikap ibu,” tanya Puan Rohana sambil perlahan-lahan melangkah masuk.

“Dia ada kat meja makan. Dengan mama dan papa. Terima kasih ye ibu sebab sudi datang,” kata Alfian.

“Mananya ibu tak sudi. Jauh kamu pergi cari ibu kat kampung semata-mata nak satukan ibu dengan Lya.”

Alfian tersenyum.

“Lya..,” panggil Puan Rohana lembut.

Alyana menoleh. “Ibu!”

“Ini special dari abang. Hadiah birthday Lya. Selamat hari jadi sayang!” ucap Alfian sambil mencium pipi isterinya.

Merah muka Alyana menahan malu di hadapan mama, papa, Ibu, Tira dan juga adik iparnya, Khairil.

“Ibu sayang Lya. Ibu sayang Lya. Maafkan ibu!” Puan Rohana terus meraih tangan Alyana. Matanya sudah berair.

Alyana menggeleng. “Ibu.. ibu tak pernah bersalah pada Lya. Lya yang patut minta maaf dari ibu.” Air mata Puan Rohana dikesat.

“Ibu..,” Puan Rohana ingin berkata-kata tetapi dihalang oleh Alyana.

“Ibu.. sudahlah. Kita lupakan perkara yang lepas. Kita mulakan hidup yang baru. Lya tak pernah ambil hati. Ibu yang dah besarkan Lya selama ni. Mana mungkin Lya berdendam dengan orang yang paling berjasa dalam hidup Lya. Terima kasih ibu,” ucap Alyana dalam senyuman.

“Akak.. Tira juga nak minta maaf sebab selalu sakitkan hati akak. Ini hadiah dari Tira dan Khairil. Selamat hari jadi kak!” ucap Atira dan memeluk kakaknya. Dia senang hati apabila mendengar kata-kata maaf dari Alyana dan Alyana menyambut baik kedatangan dia dan suaminya.

Riuh rendah rumah itu apabila Puan Rohana baru diberitahu tentang kandungan Alyana.

“Ibu akan jadi nenek! Double nenek!” riang suara Puan Rohana.

“Double??” serentak Alyana, Alfian, Puan Sri Yasmin dan Tan Sri Ahmad berkata. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Puan Rohana.

“Tira pun mengandung,” beritahu Khairil dengan senyum ‘seindah suria’nya itu. Iyalah..kan tak lama nak jadi bapa. Seronok benar Helmi.

Alfian memandang Alyana dan tersenyum bahagia.

Bertalu-talu ucapan tahniah ditujukan buat dua pasangan suami isteri yang sedang menanti untuk menyambut kelahiran anak sulung itu.

“Fahri! Tengokkan adik tu,” jerit Alyana dari dapur apabila mendengar anak keduanya, Dayana sedang menangis. Tangannya sibuk mengalihkan ayam goreng berempah yang menjadi kegemaran anak sulungnya, Fahri. Risau pulak hangit nanti.

“Mama.. adik lapar kot mama..,” kata Fahri sambil mendukung Dayana yang berusia setahun 2 bulan itu.

“Lapar? Kejap ye mama buatkan susu,” beritahu Alyana sambil tangannya sedang membasuh botol susu Dayana.

Fahri pula menjalankan tugasnya memujuk Dayana yang sedang menangis. Dayana ketawa apabila melihat muka Fahri yang sengaja dibuat hodoh itu. Terbahak-bahak Dayana ketawa. Kontra benar dari waktu dia menangis tadi.

Satu kucupan sayang melekat di pipi Dayana, adik kesayangannya. Walaupun baru berusia 6 tahun, Fahri memang boleh diharap. Semua keperluan adiknya dijaga rapi. Dia memang mementingkan kebersihan. Alyana berasa lega kerana Alfian menjadi seorang papa yang pandai mendidik anak-anak. Dari kecil, Fahri diajar macam-macam perkara yang positif. Sehinggakan ada dikalangan teman-temannya yang mengatakan Fahri itu akan menjadi ‘perfect guy’ suatu hari nanti.

“Amboi anak papa ni.. ketawa bukan main lagi. Seronok ye main dengan abang?” kata Alfian baru muncul didapur.

“Adik sukalah papa!” jerit Fahri apabila melihat Dayana terus-terusan ketawa. Tangan Dayana sudah sibuk terawang-awang pinta didukung oleh papanya.

Alfian mengangkat Dayana dan mendukungnya. Seronok sekali Dayana di dalam dukungan papanya. Dengan menggunakan sebelah tangannya lagi, Alfian mengangkat Fahri dan meletakkannya di kerusi tinggi di dapur mereka itu. Satu kucupan hinggap di pipi Fahri. Rindu benar dia kepada anak-anaknya. Seminggu tidak balik ke rumah menjadikan dia tidak senang duduk.

“Sayang, biar abang tolong,” pinta Alfian pada isterinya yang dilihat sudah seperti ‘lipas kudung’ itu.

“Abang tolong mengasuh ye. Nah! Tolong beri Dayana minum susu,” pinta Alyana sambil menyuakan botol susu Dayana kepada Alfian.

“Okey!” jawab Alfian. Dia mengambil tempat di sebelah Fahri yang sedang bermain dengan buah-buahan di atas meja yang penuh dengan bahan-bahan masakan mamanya.

“Sayang, petang ni kita balik jenguk mama dengan papa ye. Lepas tu kita bawak anak-anak pergi main ski,” kata Alfian pada Alyana.

“Okey sayang,” kata Alyana dan tersenyum kepada Alfian sambil mengacau tomyam di dalam periuk.

Alyana gembira kini. Mempunyai dua anak yang tidak banyak kerenah ditambah dengan suami yang senang membantu menjadikannya seorang isteri dan mama yang bahagia. Tiada lagi kesakitan dan kedukaan. Semuanya manis-manis belaka kini.

Alfian bersyukur. Walapun sering didampingi gadis-gadis cantik, tidak sedikit pun hatinya terusik. Dia sudah punya keluarga yang bahagia dan dia akan sentiasa menghargainya dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan papa dengan baik dan penuh dedikasi. Itu janjinya. ‘Terim kasih Alyana! I love you!!’


No comments:

Post a Comment