Monday, November 15, 2010

JUITA__PART 4

Semakin hari aku menjadi semakin rapat dengan Airil. Malahan kami selalu makan tengahari bersama. Airil ni rupanya seorang yang rendah diri. Aku ingat namanya cuma Airil Hakimi. Nama sebenarnya ialah Tengku Airil Hakimi. Bapanya seorang ahli perniagaan terkemuka.

Aku juga ada mendengar suara-suara sumbang mengatakan yang aku cuba mengumpan Airil sebab dia anak Tengku Muhammad. Tapi kata Airil, abaikan saja semua tu. Yang pastinya, Airil dan aku ikhlas berkawan.

“Hani!!!” aku menjerit kegirangan sambil memegang sehelai surat di tanganku yang bakal merubah seluruh kehidupanku.

“Apa yang kau jerit-jeritkan ni hah?” Hani menampar bahuku. Mungkin dia geram kerana aku tiba-tiba menjerit.

“Baca ni Hani!”

“Juita! Tahniah!!”

Aku mengangguk-angguk dan air mata kegembiraan mengalir dari kelopak mataku.

Malam itu aku tidak dapat tidur dengan lena kerana memikirkan apa yang patut aku buat. Dulu aku ingat nak sambung belajar dekat sini saja lepas tamat Ijazah. Tapi tak sangka pula dapat sambung belajar kat England.

Airil! Aku kena bagitau dia! Tak sampai tiga bulan lagi aku akan pergi. Pengajiannya disini masih panjang. Dia mengambil jurusan perniagaan peringkat masters. Hem..lambat lagi dia nak habis.

“Airil. Saya ada perkara nak bagitau awak ni.”

“Saya tahu apa yang awak nak cakapkan.”

Aku yang sedari tadi tunduk mengangkat wajahku. Hairan dengan kata-kata Airil.

“Saya…sebe…,” tergagap-gagap aku ingin memberitahu isi hatiku.

“Awak sukakan saya kan?” Airil memandang tepat ke wajahku.

Aku terpegun. Mana Airil tahu?

“Luqman yang bagitau ke?” aku menyoal Airil perlahan.

“Hem….” Kedengaran Airil mengeluh sebelum menyambung, “saya cintakan awak!”

Aku tergamam! Biar betul! Gilakah Airil ni? Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Semua mata memandang kearah kami. Airil melutut dihadapanku. Kelihatan dia serius sekali sambil memegang sebentuk cincin.

“Airil…”

“Saya cintakan awak!”
“Awak jangan buat kerja gila. Bangunlah! Orang tengok ni!” aku menarik lengan bajunya. Ee…malu betul orang tengok.

“Awak ambil dulu cincin ni. Kalau tak saya tak nak bangun!” Airil tetap bertegas dengan pendiriannya.

Aku akhirnya mencapai cincin itu dan mengajaknya beredar dari situ. Airil tersenyum kepuasan. Aku juga begitu. Rasa bahagia! Ya! Itu yang aku rasakan dihatiku kini.

No comments:

Post a Comment