Saturday, February 19, 2011

DI SISI IFTITAH

Dari sini Nur Iftitah dapat melihat gelagat Tengku Firdaus yang sedang seronok berbual dengan seorang wanita. Dia tidak cemburu kerana sedar siapa dirinya.

“Ifti! Buat apa kat atas pokok tu? Turun sekarang!” arah Encik Darus pada anaknya yang sedang berada di atas pokok besar yang menghadap ke Taman Ezora itu.

Di taman tersebut sedang berlangsungnya majlis ulang tahun kelahiran Tengku Firdaus, Tuan Muda Kedua rumah ini. Anak kepada Tengku Farid dan Sharifah Zaharah, jutawan ternama Malaysia.

“Nanti Ifti turunlah ayah,” kata Iftitah sambil membuat muka kasihan meminta simpati ayahnya.

“Tak payahlah kamu sibuk-sibuk dengan si Firdaus tu, dia takkan pandang kita. Siapalah kita ni,” nasihat Encik Darus merendah diri.

Iftitah mencebik. Ada-ada sahaja ayahnya itu. “Ayah masuk dulu. Kejap lagi If masuk okay.”

Encik Darus menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berlalu meninggalkan satu-satunya permata hatinya di situ.

Dua puluh tahun yang lalu, dia mengambil keputusan untuk berhenti bekerja sebagai pegawai bank dan memilih pekerjaan sebagai pemandu. Dia tidak pernah menyesal menjadi pemandu kerana dia mahu meluangkan lebih banyak masa untuk membaca. Pekerjaannya sebagai pegawai bank terlalu sibuk dan waktu membacanya terpaksa dikorbankan.

Perpustakaan mini di dalam rumah kecil itu diperhatinya. Encik Darus sungguh bertuah apabila berjaya mendapat kerja sebagai pemandu kepada keluarga ternama itu. Rumah agam yang mungkin statusnya sama sahaja dengan istana itu menjadi kediamannya sejak berpindah ke situ bersama anaknya, Iftitah yang ketika itu berusia 5 tahun. Di kawasan yang disediakan itu, terdapat beberapa rumah kecil disediakan khas untuk pembantu-pembantu sepertinya; pembantu rumah seramai 6 orang, tukang kebun seramai 5 orang, pengawal pusat sukan dan sebagainya. Anaknya sendiri mendapat satu rumah kecil tersebut. Kesemuanya ada 15 buah rumah kecil di situ. Seperti chalet-chalet sahaja gayanya.

Sejak kematian isterinya, Qaseh Amani ,Nur Iftitah dibesarkan sendirian. Dan, anaknya itu membesar dengan baik apabila sering menjadi penghibur di kalangan pembantu-pembantu di situ.

Iftitah turun dari pokok apabila ternampak Tengku Firdaus hendak melalui kawasan itu. Sengaja dia mahu terserempak dengan lelaki itu. Mahu mengucapkan selamat tinggal.

“Firdaus!” panggilnya.

Tengku Firdaus yang terkejut dengan panggilan itu segera menoleh.

“Eh! Ifti! Kenapa?”

“Saya nak ucapkan selamat tinggal,” maklumnya.

“Selamat tinggal? Kenapa?” tanya Tengku Firdaus.

“Esok saya akan ke Paris. Puan… em.. mama awak dah tolong bayarkan bil pengajian saya kat sana.”

“Oh really? Then.. good luck okay!” terus sahaja Tengku Firdaus berlalu.

‘Itu saja??? Damn!’ Iftitah memaki di dalam hati.

“Eh, dah mengantuk ke?” soal Adib pelik kepada Tengku Fareez, anak sulung Tengku Farid dan Sharifah Zaharah yang sudah meminta diri untuk beredar.

Tengku Fareez tertawa. “Bukanlah. Aku ada voice conference kejap. 30 minutes, nanti aku turun balik okay. Layan diri tau. Jangan segan-segan.”

Tengku Fareez yang berusia 25 tahun itu sangat gigih berusaha meneruskan perniagaan yang telah diusahakan oleh datuknya, Tengku Iskandar. Hamparan Mewah Sdn. Bhd. kini seratus peratus terletak di bahunya memandangkan pada minggu lepas, upacara penyerahan tugas telah dijalankan oleh Tengku Farid yang bakal sibuk dengan urusan melancong seluruh dunia bersama Sharifah Zaharah.

“Fareez! Nak pergi mana?” panggil Sharifah Zaharah melihat anaknya itu berlalu meninggalkan taman itu.

“Mama!” Tengku Fareez menoleh. Dahinya dipicit perlahan. Terlalu banyak yang perlu diuruskan sehinggakan naik pening dibuatnya. “Ada VC sekejap. I’ll be back soon.”

“You work too hard honey.. I’m so sorry..,” kata Sharifah Zaharah seolah-olah berasalah benar.

Tengku Fareez menggelengkan kepalanya. “It’s not your fault.”
“Fareez.. mama tahu Fareez dah teruk bekerja. Sudah sampai masanya Fareez heret Firdaus ke dalam syarikat. Yang dia tahu menghabiskan duit! Buatlah apa yang patut pada Firdaus, mama izinkan.”

Tengku Fareez ketawa. Adiknya itu terlalu ‘liar’ dan sukar untuk dijinakkan.

“Hem.. tolong tengokkan dia kejap. Mama nampak dia masuk rumah tadi. Tolong suruh dia turun kejap. Tetamu masih ramai. Okay honey.. Love you!” kata Sharifah Zaharag, biar Tengku Fareez tahu betapa dirinya disayangi.

Tengku Fareez menuju ke bilik Tengku Firdaus. Dia masih punyai masa 15 minit sebelum Voice Conference dengan seorang rakan niaga di US bermula.

“Hish budak ni. Baju bersepah-sepah!” leter Tengku Fareez sambil mengambil kot dan vest adiknya itu untuk disangkut di dalam bilik pakaian Tengku Firdaus. Kepalanya tergeleng-geleng melihat keadaan bilik Tengku Firdaus. Sememangnya sebagai seorang abang, dia sangat menyayangi satu-satunya adiknya itu biarpun Tengku Firdaus kerap-kali menyakiti hati dan perasaannya.

Iftitah memerhatikan bilik Tengku Firdaus daripada tingkap biliknya. Dia melihat ada bayang Tengku Firdaus melintasi di tingkap bilik tersebut membuatkan semangatnya berkobar-kobar. Iftitah terus berlari meninggalkan biliknya menuju ke rumah agam Tengku Farid.

Perlahan-lahan langkah diatur ke dalam rumah tersebut melalui pintu dapur dan anak-anak tangga didakinya sehingga sampai di hadapan bilik Tengku Firdaus.

Dia melihat bilik pakaian Tengku Firdaus terbuka. Pastinya lelaki itu di situ. ‘Cara ini mungkin lebih selamat!’ fikirnya.

“Firdaus!” panggilnya.

“Siapa tu?” tanya Tengku Fareez yang baru sahaja selesai menggantung pakaian Tengku Firdaus.

“Ifti!”

“Awak nak apa?” balas Tengku Fareez sambil berjalan hendak keluar dari bilik pakaian.

“Awak jangan keluar dari bilik tu. Saya rasa cara ni lebih selesa bagi awak dan saya. Mungkin kalau awak keluar, saya takkan dapat bagitau apa yang sebenarnya saya nak bagitau ni,” pinta Iftitah tanpa menyedari dengan siapa dia bercakap.

“Baiklah,” Tengku Fareez bersetuju. Dalam hatinya tertanya-tanya apa yang Iftitah buat di bilik adiknya itu.

“Saya sebenarnya nak berterus-terang. Sudah lama saya simpan. Sejak kita berumur 15 tahun lagi. Macam yang awak tahu, esok saya akan ke Paris dan lepas ni dah tak boleh jumpa awak lagi. Dan.. saya rasa sayalah orang yang sangat memahami awak dan mengenali diri awak lebih daripada wanita lain. Lebih daripada Merisa, Farah, Rozita, Linda dan semua orang!” Ifti terhenti di situ. Mengumpul kekuatan sebelum bersuara semula.

“Saya terlalu sukakan awak! Satu hari tak boleh tengok awak saya boleh jadi gila!” akui Iftitah jujur.

Tengku Fareez menelan liur. Patutlah selama ini dia melihat pandangan Iftitah kepada Tengku Firdaus lain macam saja. Rupanya ada sesuatu!

“Boleh tak awak belikan saya pelapik kertas Eiffel Tower?” tanya Tengku Fareez.

Iftitah terkejut dengan permintaan ‘Tengku Firdaus’. Jawapan lain yang diharapnya, lain pula yang keluar. Benarlah Tengku Firdaus memang ‘playboy’ besar orangnya. Mana mahu memandang dirinya yang sebegitu rupa. Dengan spek mata besar dan kerap mengenakan t-shirt besar dan jeans lusuh.

“Baiklah,” Iftitah bersetuju lantas berlalu keluar dari bilik Tengku Firdaus dengan perasaan yang begitu sedih.

Sudah dua tahun lamanya dia berada di Paris. Paris sememangnya sebuah negara yang aman damai dan penuh dengan warisan tersendiri. Sejak berada di Paris, Iftitah sudah hampir melupakan Tengku Firdaus, baginya lelaki yang telah lama dicintainya itu langsung tidak mencintainya, jadi untuk apa lagi dia terus berharap?

Pengajiannya akan berakhir tidak lama lagi. Dia nekad untuk menjadi seorang pereka fesyen berjaya apabila pulang ke tanah air nanti.

Tengku Firdaus naik ke tingkat atas bangunan Hamparan Mewah Sdn. Bhd. itu. Langkahnya di atur pantas. Kaca mata hitam ditarik keluar. Laluan diberikan tidak kira di mana dia berpijak.

Kelam-kabut pegawai keselamatan di situ apabila dia tiba di bangunan itu. Semua yang berada di dalam lif keluar memberi peluang kepada Tengku Firdaus.

“I want to see Tengku Fareez!” katanya apabila tiba di hadapan bilik Tengku Fareez.

Setiausaha Tengku Fareez, Yasmin yang sedang sibuk menaip sesuatu di komputer nyata terkejut dengan kehadiran Tengku Firdaus yang jarang-jarang sekali menampakkan wajah di pejabat namun cerita-cerita hangat di majalah hiburan seringkali dihiasi dengan wajah tampan itu.

“Tengku Fareez tengah ada discussion dengan…,” belum habis Yasmin berkata, Tengku Firdaus sudah menghala ke bilik Tengku Fareez.

“Tengku.. Tengku Firdaus!” terkejar-kejar Yasmin cuba untuk menghalang Tengku Firdaus yang nyata ‘tidak berperasaan’ itu. Wajah itu kelihatan marah sekali.

Pintu bilik abangnya dirempuh. Dilihatnya Tengku Fareez sedang berbincang sesuatu bersama dengan beberapa orang penting di syarikat itu.

Tengku Fareez mendongak melihat Tengku Firdaus yang sudah berdiri di hadapan pintu biliknya.

“Ada benda yang kita perlu bincang!” kata Tengku Firdaus.

“Aku tengah ada discussion. Boleh tak tunggu dekat bilik kau dulu?” kata Tengku Fareez tenang. Lelaki itu cukup tenang dalam menghadapi apa sahaja situasi. Dia bukan jenis yang mudah melatah dan ‘kepala angin’.

“Berapa kali saja aku dapat datang ke pejabat? Can you pay more attention to me? To this matter??” Tengku Firdaus mendekati abangnya.

Tengku Fareez terdiam. Dia melepaskan sebuah keluhan. Kemudian dia mengangguk dan mengarahkan semua orang keluar dahulu.

“Apa yang kau dah buat ni? How can you do this to me??” terus sahaja persoalan itu disergah oleh Tengku Firdaus tanpa pendahuluannya dahulu.

Tengku Fareez mengambil akhbar yang dihulurkan oleh Tengku Firdaus. Membaca tajuk akhbar itu, Tengku Fareez ketawa sendiri.

‘Tengku Firdaus bakal berkahwin dengan Puteri Raihana Megat Razman. Antara cinta dan bisnes?’

“This is not funny Tengku Fareez!” bentak Tengku Firdaus geram.

“Kau yang nak sangat kan kahwin dengan Hana? I’m just doing my part!” selamba sahaja Tengku Fareez berkata tanpa memikirkan permasalahan yang sedang Tengku Firdaus hadapi.

“Tapi aku belum bersedialah. Ini semua kerja gila!” marahnya.

“Tapi kau yang melamar Hana kan?”

“Nope! Dia yang melamar aku!”

Buntang mata Tengku Fareez. Tidak sangka seorang playboy seperti adiknya itu dilamar oleh seorang pakar jantung yang cantik menawan seperti Puteri Raihana.

“Dah tu.. That’s not my problem. Aku just jalankan bisnes dengan Megat Razman bilamana ada peluang macam ni. Don’t blame me..”

“Aku akan batalkan perkahwinan ni!”
“Hei! Don’t be so stupid boy!” kepala Tengku Firdaus diusap. Sengaja mahu menyakiti hati ‘playboy popular’ itu. Tangannya ditepis. “Kalau kau kahwin dengan Hana, kau tak akan susah langsung! Then.. Hamparan Mewah akan lebih maju dengan bisnes yang sedang aku bincangkan dengan Megat Razman. Come on…”

Tengku Firdaus membentak geram. Rasa mahu ditumbuk sahaja wajah abangnya.

“Kenapa tak kau saja yang kahwin?”
“Kalau aku kahwin, siapa yang nak jaga syarikat? Kau?” perli Tengku Fareez.

“Kalau kahwin tak boleh jaga syarikat dah? Macam tu?” Tengku Firdaus masih tidak berpuas-hati.

“It’s not about that. Kau tak rasa sayang ke nak lepaskan Hana pada aku? She’s gorgeous okay.”

Tengku Firdaus telan liur kesat. Terasa berpasir. Dia tahu, Tengku Fareez sengaja mengenakan dia balik.

“Aku boleh cari lainlah!” kata Tengku Firdaus lantas meninggalkan Tengku Fareez yang masih di dalam senyumannya yang penuh dengan ketenangan itu.

Tengku Fareez bukan tidak mahu berkahwin, namun dia tiada masa untuk memikirkan soal itu memandangkan jadualnya sentiasa dipenuhi dengan urusan kerja.

Setelah lama menunggu teksi, akhirnya Iftitah duduk. Tiada teksi yang melalui kawasan itu. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Risau pula solat Asarnya akan terlepas. Itulah.. nak sangat buat surprise pada ayahnya. Konon nak balik sendiri!

Seorang lelaki keluar daripada sebuah kedai makan yang terletak berhadapan dengan tempat menunggu tersebut.

Iftitah tersenyum. Dia sungguh gembira terserempak dengan jejaka idaman Malaya itu. Langkahnya diatur menuju ke arah lelaki yang baru hendak memasuki kereta sport miliknya.

“Hai Firdaus!” tegur Iftitah.

Terbeliak mata Tengku Firdaus melihat gadis cantik di hadapannya itu. Selendang yang dililit pada kepala gadis itu begitu menarik perhatian. Mungkin cara dia melilitnya. Badan ramping itu membuatkannya tergoda!

“Hai..,” sapa Tengku Firdaus kembali.

“Awak apa khabat?” Iftitah bertanya.

Tengku Firdaus menelan liur. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati si gadis. Kepalanya ligat memikirkan siapa gerangan si gadis.

Iftitah sudah menahan tawa melihat gelagat Tengku Firdaus yang berlakon seperti mengenali dirinya itu sedangkan tidak, tetapi masih berlagak seperti mengenalinya! ‘Itulah.. siapa suruh banyak skandal sangat!’ Iftitah ketawa di dalam hati.

“Awak nak ke mana?” tanya Tengku Firdaus.

“Nak balik rumah. Tunggu teksi tadi tapi still tak ada sampai sekarang,” adunya pada Tengku Firdaus.

“Teksi memang susah sikit kawasan ni. Jomlah saya hantarkan!” pelawa Tengku Firdaus.

“Betul ni?”

Tengku Firdaus mengangguk.

“Awak tinggal kat mana?” tanya Tengku Firdaus.

“Kat kawasan lereng bukit Taman Mewah.”

Bulat mata Tengku Firdaus. “Sama!”

Iftitah menahan tawa. ‘Bengaplah dia ni!’ sumpahnya di dalam hati. Hahaha…

“Saya kenal semua gadis kat kawasan tu,” beritahu Tengku Firdaus.

“Nampaknya awak pun kenal saya,” kata Ifittah.

“Mestilah!” kata Tengku Firdaus yakin.

‘Cis.. masih nak berlagak! Hoih.. mengaku je lah!’

“Dan.. awak mesti tahu kat mana saya tinggal dalam kawasan tu kan?” Ifittah memasang jerat.

“Er.. er…,” Tengku Firdaus telan liur… Sumpah dia tak tahu!

Iftitah diam. Segaja menyeksa jiwa lelaki itu!

“Tahulah….,” jawab Tengku Firdaus tidak yakin.

Tengku Firdaus memandu keretanya dengan kelajuan biasa. Tidak seperti hari-hari yang lain dimana dia akan kerap-kali disaman atas kesalahan jenayah jalanraya yang sudah sebati dengan dirinya itu.

“Apa khabar Tengku Farid dengan Sharifah Zaharah?” tanya Iftitah.

Kening Tengku Firdaus berkerut. “Er.. khabar baik je.”

Tengku Firdaus sudah mula berpeluh. Rumah mana yang harus ditujunya? Kawasan kediaman elit itu dipenuhi dengan rumah-rumah yang setaraf istana sahaja gayanya. Semuanya kenamaan.

Tengku Firdaus membelok kenderaannya memasuki kawasan rumah kediaman yang dihadapannya tertulis ‘Teratak Iskandar’. Nama yang diberikan oleh arwah neneknya setelah beberapa minggu arwah datuknya meninggal. Namun kini kedua-duanya sudah tiada lagi.

Tengku Firdaus berasa pelik kerana Iftitah cuma tersenyum apabila dia memakirkan kenderaannya di hadapan Taman Ezora. Tidak pula ditanya kenapa dihantar ke situ. Pelik!

“Awak mesti tak pernah datang kat sini kan? Apa kata saya bawak awak jalan-jalan kat sini dulu,” Tengku Firdaus memberi cadangan sementara dia mencari idea bagaimana mahu mencari rumah si gadis yang belum dia ketahui nama. Oh tidak.. dia telah lupa nama gadis itu, bukan tak kenal!

“Saya pernahlah datang sini. Lama..,” tersembunyi sesuatu di sebalik kata-kata Iftitah. Apabila melihat riak wajah Tengku Firdaus yang berkerut, Iftitah ketawa. ‘Memang kau kena main teruk dengan aku kali ni!’ Dalam hati, ketawanya sudah menggila melihat betapa lelaki itu mencari alasan dan helah. ‘Dasar playboy!’ Sumpahnya di dalam hati.

“Awak…,” belum sempat Tengku Firdaus berkata, dia terlihat Tengku Fareez mendekati mereka kemudian menghadiahkan senyuman kepada gadis dihadapannya yang namanya…. ‘Arghhh.. terlupa!’

“Hai Ifti! Apa khabar? Macamana Paris?” tanya Tengku Fareez. Dilihat dengan ekor matanya, Tengku Firdaus sudah terbeliak matanya.

Iftitah juga menahan tawa. Dia nampak wajah Tengku Firdaus sudah lain macam sahaja.

“Saya baik saja. Cuma perubahan cuaca buat rasa macam nak demamlah. Paris sangat best. Awak apa khabar?”

Tengku Fareez mengangguk. “Baik.”

“Okaylah If.. nanti kita borak lagi. Saya nak keluar,” maklum Tengku Fareez. Lelaki berjiwa ‘sentimental’ itu tampak sungguh kacak dengan pakaiannya yang kasual. Seperti mahu pergi bermain golf sahaja lagaknya. Mungkin juga…

“If.. If.. Ifti! Iftitah!” bulat mata Tengku Firdaus. Tidak percaya gadis itu telah berubah seratus peratus!

“Iftitah??” sekali lagi Tengku Firdaus bersuara.

Kemudian… “Iftitah!” sekali lagi..

Dan…

“Apa masalah dia If? Asyik ulang-ulang sebut nama awak?” Tengku Fareez yang semakin sakit perut menahan tawa turut terhenti langkahnya apabila melihat tingkah Tengku Firdaus yang seperti baru ternampak hantu itu.

“Okaylah Fareez, Firdaus, saya nak pergi jumpa ayah. Jumpa lagi Fareez. Thanks Firdaus sebab tumpangkan saya tadi,” ucap Iftitah sambil mengeluarkan bagasinya dari kereta Tengku Firdaus.

Mata Tengku Firdaus masih bulat seperti tadi. Tidak berkelip barang sekali. Manakala Tengku Fareez pula mengekori langkah Iftitah dengan senyuman. Gadis lincah itu benar-benar berubah namun dia yakin bukan seratus peratus!

Malam itu ada acara makan malam bersama dengan keluarga Megat Razman. Isteri Megat Razman, Puteri Adelia turut hadir bersama anak perempuan mereka, Puteri Raihana, bakal tunang Tengku Firdaus.

Jamuan makan kecil-kecilan itu diadakan di Taman Saujana yang mempunyai sebuah kolam renang yang menghadap pemandangan indah kota raya.

“Firdaus! Jangan nak mengada-ngada! Mereka semua dah datang. And now, mama nak Firdaus pergi bersiap dan cepat turun kat bawah!” Sharifah Zaharah berkata tegas. Sungguh penat mempunyai anak sedegil Tengku Firdaus ini!

“Kan Firdaus dah kata yang Firdaus takkan kahwin dengan Hana!” bangkang Tengku Firdaus.

“Hari tu kamu yang tergedik-gedik sangat nakkan Hana! So, now what happened?” ujar Sharifah Zaharah lagi.

Tengku Firdaus senyap. “Firdaus dah janji nak bawa Ifti keluar malam ni.”

“What??” bulat mata Sharifah Zaharah.

“Kenapa? Tak boleh ke?” tanya Tengku Firdaus seolah-olah dia tidak bersalah langsung.

“Bukan masalahnya tak boleh tapi kamu tu nak bertunang. Sedar diri sikit!”

“Arghhh… tak peduli!” Tengku Firdaus bangun. Dia sudah hilang sabar. Dia mahu lari keluar dari rumah ini.

Sharifah Zaharah sudah biasa dengan gelagat anak keduanya itu. Tengku Fareez yang tidak boleh melihat Tengku Firdaus angkuh dan berperangai ‘kurang ajar’ di hadapan mama dan papanya segera mendekati adiknya itu.

Tengku Firdaus mahu mengelak dari abangnya yang sudah pasti mahu dia duduk dan mendengar ceramah percumanya itu!

“Tengku Firdaus!” panggil Tengku Fareez lantang.

“Apa lagi? Orang nak keluarlah. If dah lama tunggu.”

“I don’t care! The thing is kau kurang ajar dengan mama. And you know what to do..,” Tengku Fareez berkata tegas. Nada suaranya dikawal.

“Okay.. fine!” Tengku Firdaus mengalah dan mendekati mamanya. “Firdaus minta maaf mama.”

Segera tangan mamanya dicapai dan dicium. Itu sahaja yang mampu dilakukan sekiranya tidak mahu Tengku Fareez yang penenang itu ‘angin satu badan’. Abangnya itu jarang marah, namun apabila hal-hal seperti ini, cepat sahaja dia ‘naik angin’.

Setelah bersalaman, Tengku Firdaus hendak melangkah keluar dari biliknya namun sekali lagi dipanggil oleh Tengku Fareez.

“Firdaus, aku ada benda nak cakap. Duduk dulu!” arahnya pada adiknya.

Tengku Firdaus memandang Tengku Fareez dengan geram.

“Mama keluar dulu,” Sharifah Zaharah meminta diri. Dia mengerti dan begitu memahami anak-anaknya itu.

“Okay.. what is it?” tanya Tengku Firdaus.

“Duduk dulu!”

“Aku..”

“Duduk!” Tengku Fareez naik berang sehingga mematikan langkah Sharifah Zaharah.

“Okay.. okay.. Fine!” Tengku Firdaus mengalah. Dia berundur ke sofa di tepi tingkap biliknya. Wajah abangnya itu sudah seperti mahu menelannya.

Elok sahaja dia melabuhkan punggung, Tengku Firdaus menjerit.

“Kenapa ni??” kelam-kabut Sharifah Zaharah datang menerpa ke arah Tengku Firdaus.

“Sakit mama! Panggil doktor. I’m bleeding!”

“Macamana boleh jadi macam tu?” Sharifah Zaharah bertanya hairan dalam kekalutan itu.

“Mama, I need a doktor right now!” Tengku Firdaus menahan kesakitan. Punggungnya sudah berdarah. Entah siapalah meletak gelas kaca di situ!

“Mama, biar Fareez yang call doktor,” Tengku Fareez berkata tenang. Dia menawarkan diri.

“No, no, no! Biar mama panggil doktor. Fareez, kau pergi dekat Taman Ezora, tolong sampaikan pesan aku pada Ifti yang aku tak boleh keluar malam ni.”

Tengku Fareez berjalan menuju ke Taman Ezora sambil ketawa kecil. Memang dia sengaja mahu mengenakan Tengku Firdaus. Anak nakal itu harus diajar. Selepas ini, pasti Tengku Firdaus akan mengambil iktibar dan tahu dimana sepatutnya gelas kaca seperti itu diletakkan.

“Apa yang lawak sangat tu Fareez?” tegur Iftitah.

“Ifti! Terkejut saya,” Tengku Fareez hampir sahaja membuka langkah silatnya. Nasib baik dia cepat beristighfar. Kalau tak.. entah apa sudah jadi pada Iftitah..

“Sorry Fareez, sorry,” mohon Iftitah. Dia terasa bersalah kerana membuatkan Tengku Fareez terkejut.

Tengku Fareez menggeleng. “Awak nak ke mana?”

“Er.. er.. sa.. saya nak.. erm.. nak ambil angin! Saja je..,” bohong Iftitah.

“Hai.. nak pergi ambil angin pun pakai macam nak keluar berdating aje ni,” perli Tengku Fareez.

Iftitah terasa mukanya sudah merah. Dia memang tidak pandai berbohong!

Tengku Fareez ketawa. “Saya datang nak sampaikan pesanan Firdaus.”

Bulat mata Iftitah memandang wajah kacak Tengku Fareez. Dia termalu sendiri. Ternyata Tengku Fareez mengetahui semuanya.

“Dia pesan pada saya suruh temankan awak minum kat Taman Ezora sebab dia tak bagi kita keluar bersama,” beritahu Tengku Fareez.

“Dia pergi mana?” soal Iftitah.

Tengku Fareez ingin tergelak mengingati peristiwa tadi.

“Dia terduduk atas gelas kaca. Entah siapa tinggalkan gelas kaca tu atas sofa. Ehem.. tapi.. siapa nak masuk? Itu bilik dia kan.. Pembantu tolong kemaskan bilik aje. Hem…,” Tengku Fareez menggaru-garu dagunya seolah-olah musykil benar.

“Firdaus okay tak? Patut tak saya pergi tengok dia sekarang?” Iftitah bertanya risau. Ya! Dia terlalu risaukan Tengku Firdaus.

“Doktor tengah rawat dia. And maybe dia nak berehat. Esok ajelah awak pergi tengok dia,” halang Tengku Fareez.

Iftitah tertunduk.

“Jangan risaulah If,, dia tak apa-apa. Jom, saya temankan awak minum kat Taman Ezora!” ajak Tengku Fareez. Seboleh mungkin mahu menutup persoalan Tengku Firdaus.

Iftitah memandang wajah Tengku Fareez. Dia cuba mencari sesuatu di situ.

“Kenapa?” tanya Tengku Fareez hairan.

“Kan keluarga Megat Razman ada kat sini.”

“Oh, itu.. Papa dengan mama yang layan mereka. Jom! Saya dah suruh bibik hantarkan minuman dan makanan kat Taman Ezora. ”

“Ya! Saya nak doktor bagi dia lebih dadah!”

“Lebih dadah?” Doktor Rizal mula pelik dengan arahan Tengku Fareez.

“It’s not dadah lah.. Something like ubat tidur. But terlebih dos okay. Pastikan tak memudaratkan tapi dia boleh jadi mamai-mamai,” terang Tengku Fareez pada doktor keluarganya itu.

“Tapi saya tak faham kenapa Tengku nak..”

“Itu awak tak perlu tahu, yang penting, buat seperti apa yang saya suruh. Alah.. sikit aje. Jangan sampai memudaratkan okay?”

Doktor Rizal mengangguk. Pening dia dengan sikap Tengku Fareez. Takkanlah Tengku Fareez mahu membunuh adiknya sendiri. Pelik! Namun segera dia keluarkan peralatan yang diperlukan dan seorang jururawat setia membantunya di sisi.

“Ayah, If nak minta sesuatu boleh?” tanya Iftitah pada ayahnya ketika mereka bersarapan bersama di dapur.

Sebentar tadi, riuh benar meja makan dengan gelagat pembantu-pembantu yang lain. Kini, mereka semua telah bergegas melakukan tugas masing-masing. Tugas ayahnya tidak ada untuk pagi ini kerana hari ini adalah hari minggu. Tengku Fareez tidak akan keluar ke mana-mana melainkan ada urusan yang penting. Anak muda itu lebih senang berehat di rumah.

“Minta apa If?” tanya Encik Darus sambil menghirup kopi.

“Semalam Fareez ada ajak If pergi ke rumah pantai mereka kat Port Dickson. If nak minta izin ayah nak pergi sana ni. Boleh tak ayah?”

“Nak pergi berapa hari?” Wajah anak gadisnya yang saling tak tumpah dengan wajah arwah isterinya itu dipandang.

“Eh.. tak berapa hari pun. Pagi ni pergi, malam nanti baliklah. Fareez kata, dia nak dapatkan pendapat If tentang hiasan dalaman rumah tu. Nak diubah suai katanya,” terang Iftitah. Sandwich yang dibuat oleh Mak Temah digigitnya.

“Nak pergi dengan apa?” tanya Encik Darus lagi. Kebiasaannya Tengku Fareez tidak akan menyuruh Encik Darus hantar jika mahu membuat urusan selain dari urusan kerja.

“Katanya nak bawak kereta dia.”
“Baiklah. Hati-hati,” pesan Encik Darus setelah bersetuju.

“Terima kasih ayah!”

“Sebelum kita pergi, boleh tak nak jumpak dengan Firdaus dulu?” tanya Iftitah pada Tengku Fareez.

Tengku Fareez memandang Iftitah. Wajahnya berubah namun cepat-cepat dikawalnya.

“Boleh tak?” tanya Iftitah lagi apabila tiada jawapan daripada Tengku Fareez.

Seolah-olah baru tersedar, Tengku Fareez menjawab, “Sure.. boleh. Why not?”

Apabila memasuki bilik Tengku Firdaus, dilihat lelaki itu sedang tidur sambil meniarap.

“Firdaus..,” panggil Iftitah sambil duduk di tepi katil Tengku Firdaus.

Tengku Fareez hanya melihat.

“Firdaus! Firdaus!” panggil Iftitah sekali lagi.

Setelah mendengar beberapa kali Iftitah memanggil tetapi adiknya itu belum sedar, Tengku Fareez memanggil Tengku Firdaus dengan kuat.

“Firdaus….!!!”

Terkejut Iftitah dibuatnya.

“Fareez!” marah Iftitah bukan kerana membuatnya terkejut tetapi dia risau akan mengejutkan Tengku Firdaus yang nampak keletihan dan kesakitan.

Tengku Fareez membuat muka tidak bersalah. Kedua keningnya terangkat seolah-olah tidak mengerti sebab-musabab Iftitah memarahinya.

Tengku Firdaus membuka matanya. Kelip-pok-kelip-pok..

“If.. awak nampak tak saya park kereta kat mana?” tanya Tengku Firdaus.

“Hah? Kereta??” terpinga-pinga Iftitah.

Tengku Fareez turut terkejut namun dia hanya ketawa di dalam hati. Pasti sudah kena bius dengan Dr. Rizal. Dia yakin.

“Sudahlah If. Dia tak sedar tu. Jangan ganggu dia nak rehat. Jom!” ajak Tengku Fareez sambil menarik lengan Iftitah meninggalkan bilik adiknya. Sekali lagi Iftitah terpinga-pinga.

Iftitah jadi hairan dengan perangai Tengku Fareez yang berubah. Selama ini lelaki itu sangat menjaga adabnya. Cara bertuturnya, cara makan, cara berbual, cara berjalan dan sebagainya. Tetapi kali ini……….?

“Cantik!”

Tengku Fareez melihat wajah Iftitah yang begitu teruja. Gadis manis itu melindungi auratnya dengan tudung berwarna putih. Senada dengan baju dan seluarnya yang turut berwarna putih. Tampak serasi dengan Tengku Fareez yang turut memakain t-shirt Polo berwarna putih dan berseluar putih. Lelaki itu menyerlah di dalam pakaian putih begitu juga dengan Iftitah.

Tengku Fareez teringat lagi, Iftitah memakai tudung sejak berumur 17 tahun. Dia masih ingat warna rambut gadis itu yang keperang-perangan. Bukan diwarnakan tetapi original. Pak Darus seorang yang sangat tegas mengenai agama Islam. Anaknya itu dididik dengan cukup baik. Iftitah sempurna untuk dijadikan seorang isteri!

“If suka?” tanyanya.

Iftitah mengangguk. Sibuk menggunakan kamera Sony kompaknya untuk mengambil gambar.

Kemudian Tengku Fareez menunjukkan setiap ruang yang ada di rumah itu termasuklah balkoni yang dibina khas yang menghadap lautan luas. Balkoni yang cukup unik itu sangat menarik hati Iftitah.

“Kalau If suka.. If bolehlah jadi kelurga saya,” kata Tengku Fareez jujur.

Iftitah yang terasa malu dengan kata-kata itu menyangka Tengku Fareez bersetuju akan hubugannya dengan Tengku Firdaus. Tetapi.. Tengku Firdaus sudah dijodohkan dengan seseorang. Mana mungkin keluarga Tengku Farid akan setuju dia berkahwin dengan Tengku Firdaus!

Petang itu, Tengku Fareez mengajak Iftitah berjalan-jalan di tepi pantai. Iftitah bersetuju sahaja. Tidak banyak yang boleh dilakukan apabila bercuti berdua dengan Tengku Fareez. Pergerakkan mereka juga terbatas. Ramai yang pasti mengenali wajah yang seringkali menghiasi dada-dada akhbar dan majalah itu. Terutamanya ruangan bisnes. Sebut sahaja Tengku Fareez Tengku Farid. Jikalau menyebut Tengku Firdaus Tengku Farid pula.. pastinya semua orang terbayang-bayang wajahnya yang sering terpampang bersama dengan artis-artis tempatan dan gosip-gosip liar.

“Tengku! Apa khabar?” tegur seorang lelaki yang umurnya dalam lingkungan 60 tahun mungkin.

“Baik. Pak Cik Adnan buat apa kat sini? Tengku Fareez bersalaman dengan lelaki yang dipanggil Pak Cik Adnan itu.

“Ohh.. saja bawak cucu-cucu Pak Cik mandi-manda. Tu hah, tengah seronok bermain air,” tunjuk Pak Cik Adnan ke suatu arah yang tidak jauh dari mereka. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermandi-manda dengan seronoknya.

“Pak Cik Adnan, kenalkan, Nur Iftitah. Kawan saya,” Tengku Fareez memperkenalkan mereka berdua. Iftitah sekadar menunduk hormat. Begitu juga Pak Cik Adnan.

“Oh.. nanti kenduri jangan lupa panggil Pak Cik tau,” pesan Pak Cik Adnan. Bulat mata anak muda berdua itu melihat Pak Cik Adnan yang ternyata sudah salah faham.

“Cik Iftitah ni bertuah dapat Tengku Fareez ni. Cucu Pak Cik yang pakai baju hijau tu boleh hidup sampai sekarang sebab pengorbanan Tengku Fareez inilah,” maklum Pak Cik Adnan membuatkan kening Iftitah bertaut.

“Maksud Pak Cik?” tanya Iftitah.

“Dia yang dermakan hati pada si Aleeya tu. Mungkin tanpa Tengku, Aleeya sudah tak ada sekarang agaknya,” ujar Pak Cik Adnan perlahan. Ada nada sedih di situ.

Iftitah memandang Tengku Fareez. Matanya bulat. Dia tidak percaya bahawa lelaki yang kelihatan serius dan sombong itu mempunyai hati yang murni. Sangkanya ,cuma Sharifah Zaharah yang banyak membuat amal jariah selain dari Tengku Farid yang banyak menyumbang kepada yayasan amal.

Setelah Pak Cik Adnan berlalu, Iftitah tersenyum memandang Tengku Fareez.

“Kenapa?” tanya Tengku Fareez hairan.

“You.. nice man…”

Ketika dalam perjalanan pulang ke kota raya, Iftitah terlena. Barangkali terlalu letih. Tengku Fareez menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Kereta Toyota Harrier itu dipandu cermat.

“Kita kat mana ni?” Iftitah baru tersedar.

Tengku Fareez menoleh pada Iftitah di sisinya. “Jauh lagi. Tidurlah dulu.”

“Fareez, kalau awak letih saya boleh memandu. Just trust on me.”

Tengku Fareez ketawa. “Terima kasih banyak Cik Ifti. I still can handle it. Awak tu mengantuk je.. macamana nak memandu. Kalau temankan saya memandu okay juga,” Tengku Fareez tersengih. Sebenarnya itu adalah satu permintaan.

“Okay.”
Gembira hati Tengku Fareez mendengarkan jawapan Iftitah.

“Tak adalah If.. Kalau mengantuk tidurlah. Saya dengar radio aje,” kata Tengku Fareez apabila melihat Iftitah menguap.

Iftitah diam. Tidak menjawab. Sebenarnya dia masih mengantuk tetapi kasihan pula pada Tengku Fareez. ‘Siapa yang jadi boss ni?’

“Ayah cakap.. awak tak pernah tidur dalam kereta kalau ayah yang drive masa awak ada meeting or apa-apa urusan pejabat kat luar. Kenapa ek Fareez?” tanya Iftitah. Sudah lama sebenarnya dia mahu mengetahui hal itu, namun keseriusan Tengku Fareez seringkali membuatkan niatnya terbantut.

Tengku Fareez ketawa. “I have no answer for that question If..”

Iftitah mendengus. Dia berpeluk tubuh.

Anak mata Tengku Fareez melirik pada gadis di sebelahnya itu. “Aishh.. merajuk?”

Iftitah diam. Sebenarnya dia sedang mencari topik apa untuk berbual.

“Fareez, awak nak tahu apa orang cakap tentang awak?” Iftitah bersuara akhirnya.

Tengku Fareez buat ‘double-jerk’.

“Nak tak?” suara Iftitah kedengaran sudah mula hendak marah.

“Nak la. Apa dia?” Tengku Fareez menahan tawa. Tidak disangka yang Iftitah ini agak gelojoh orangnya.

“Ramai orang kata awak ni baik tapi berhati batu.”

“Hati batu??”

Iftitah mengangguk.

“Kenapa pulak?” tanya Tengku Fareez.

“Sebab awak ni macam tak ada perasaan. 24 jam serius. Yang awak tahu dalam hidup awak hanyalah kerja, kerja, kerja. Awak tak ada komitmen lain ke?”

“Ada. Tengku Firdaus tu.. family saya tu.. Semua tu bukan komitmen ke tu?”

“Itu lain.. Banyak kawan-kawan saya tanya, awak ni tak ada girlfriend ke?”

“Kawan yang tanya ke awak yang tanya?”

Iftitah telan liur. ‘Erghhh.. tahu saja mamat ni!’

Tengku Fareez ketawa apabila melihat Iftitah diam. ‘Merajuk lagi la tu.’

“Okay.. okay.. Biar saya jelaskan kat sini. Saya ada kekasih hati. Tapi sayang.. dia tak pandang saya pun. Dia dah ada buah hati agaknya. Hem…,” Tengku Fareez mengeluh.

“Tak pandang awak? Uishh.. ada jugak perempuan yang sanggup menolak orang macam awak ni ya? Ish… tak sangka. Kenapa dia tolak awak?” tanya Iftitah berminat ingin mengetahui lebih lanjut. ‘Manusia manalah yang menolak tuah itu…’

“Bukan salah dia pun. Dia tak tahu,” Tengku Fareez menjelaskan. Tidak mahu ‘wanita yang dicintai’ dipersalahkan. Biarlah dia yang tanggung seorang.

“Tak tahu? La…. apasal tak bagitahu? Kalau macam tu, sampai bila-bila pun dia tak tahu..,” marah Iftitah. Dia geram dengan lelaki yang seperti Tengku Fareez itu.

“Awak still ingat masa umur awak 10 tahun?” Tengku Fareez bertanya. Tiba-tiba sahaja dia menukar topik.

“Tukar topik..”

Tengku Fareez tertawa. “Ingat tak If? Masa tu hujan lebat. Ada guruh dan kilat sekali. Awak duduk kat dapur masa tu.”

Iftitah mengangguk. Mana mungkin dia melupakan peristiwa itu. Tengku Fareez tiba-tiba menjadi baik dengannya saat itu. Kalau tidak.. jangan haraplah sekarang ni dia boleh berkawan baik dengan Tengku Fareez seperti ini. Entah-entah.. duduk sebelah pun boleh bercakaran!

Disebabkan peristiwa guruh-kilat itulah, dia dan Tengku Fareez mula berkawan. Sejak dia tinggal di rumah agam itu, Tengku Fareez melayannya buruk sekali. Tidak pernah Tengku Fareez mahu berbaik dengannya sepertimana Tengku Firdaus yang sering bermain dengannya. Tengku Fareez lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca buku dan bermain tennis. Itu sahajalah aktiviti yang sering dia nampak Tengku Fareez lakukan. Tengku Firdaus pula jenis yang tidak kisah. Semuanya dia main dan Tengku Firdaus paling banyak menemaninya bermain anak patung. Iftitah ketawa di dalam hati. Teringat gelagat Tengku Firdaus yang manja dan suka menangis itu.

“If..,” panggil Tengku Fareez.

Iftitah mengeluh. “Masa tu saya ingat lagi, saya nak minum air, jadi saya pergi ambil air sendiri dekat dapur rumah awak. Masa tu ayah saya tak ada. Dia bawa papa dan mama awak ke Johor.”

Tengku Fareez tersenyum. Teringat betapa sedihnya wajah Iftitah saat itu. Dengan tocang yang diikat dua, gadis itu duduk di bawah meja sambil menangis kerana takutkan kilat.

“Saya lupa nak ucapkan terima kasih masa tu. Terima kasih ek Fareez sebab temankan saya masa tu sampai hujan berhenti,” ucap Iftitah.

“Lamanya awak hutang terima kasih!” Tengku Fareez ketawa. Sengaja dia mengenakan Iftitah.

“Awak nak tahu tak kenapa lepas awak datang terus saya berheti menangis?”

“Kenapa?” tanya Tengku Fareez pelik.

“Saya berhenti menangis bukan kerana sudah ada orang temankan saya jadi saya kurang takut bila guruh dan kilat..”

“Habis tu?”

“Sebab saya takutkan awak.”

Mata Tengku Fareez bulat. Tidak sangka gadis itu benar-benar takut akan dirinya.

“Kenapa takut pada saya pula?”

“I have no answer for that question,” Iftitah ‘memulangkan paku buah keras’.

Tengku Fareez tersenyum. Dia mahu tergelak dengan gelagat Iftitah.

“Awak sangat menakutkan Fareez. Muka awak saja boleh buat budak kecik menangis tahu? Sebab awak tak pernah nak senyum. Yang awak tahu.. bermuka serius,” Iftitah menjelaskan.

“Habis tu kenapa awak berhenti menangis? Kalau takut kan biasanya menangis.”

“Sebab saya takut awak marah saya. Muka awak masa tu macam sikit lagi nak jerkah aje.”

Tengku Fareez ketawa terbahak-bahak mendengarkan kata-kata Iftitah. Iftitah menelan liur, entah macamanalah dia begitu berani berterus-terang dengan Tengku Fareez.

Perjalanan itu terasa begitu sekejap apabila kedua-duanya mula serasi dan ada sahaja topik untuk mereka berbual.

Tengku Firdaus tidak berpuas hati dengan abangnya, Tengku Fareez apabila mengetahui lelaki itu telah membawa Iftitah ke Port Dickson.

Ketika makan malam, dia mengungkit perkara itu.

“Buat apa di Port Dickson?” tanya Tengku Firdaus memulakan ‘ungkitan’.

Pertanyaan itu membuatkan nasi yang baru hendak disuap oleh Tengku Farid dan Sharifah Zaharah terhenti. Wajah Tengku Firdaus yang sedang meratah paha ayam itu dilihat selamba sahaja. Seolah-olah tidak mencetuskan sebarang masalah.

“Kahwin lari,” selamba juga jawapan daripada Tengku Fareez yang sedang baru menelan nasinya.

“Kahwin lari??” terkejut Sharifah Zaharah dengan jawapan anak sulungnya.

Tengku Fareez ketawa kecil.

“Fareez, syabas!” Tengku Farid mengucapkannya sambil menepuk bahu kanan anaknya itu yang sedang duduk di sebelah kirinya. Manakala, dia memandang Tengku Firdaus yang sedang duduk di sebelah kiri isterinya itu. Wajah itu bungkam.

“Kamu jangan nak sibuk-sibukkan hal abang kamu dengan Ifti. Ingat! Selesaikan hal kamu dengan keluarga Megat Razman dulu. Jangan jatuhkan air muka keluarga kita,” Sharifah Zaharah memberi arahan setelah pasti perkataan ‘kahwin lari’ yang baru sahaja diperkatakan oleh Tengku Fareez hanyalah gurauan semata-mata.

“Tapi…,” Tengku Firdaus berasa tidak puas hati. Paha ayam yang baru sedikit diratahnya diletakkan ke dalam pinggan kembali.

“Jangan risaulah, aku tak ada apa-apa hubungan dengan If..,” kata Tengku Fareez.

“Tapi..,” Tengku Firdaus masih lagi tidak berpuas hati.

“Sudahlah tu Firdaus. Elok juga kalau Fareez dengan Ifti.. nanti boleh dia kahwin dulu dan kamu tak perlulah ‘langkah bendul’,” ujar Tengku Farid menyebelahi Tengku Fareez. Dia kasihan juga melihat anak sulungnya itu. Hidupnya hanya dihabiskan untuk kerja semata-mata. Tidak pernah sekalipun dilihat Tengku Fareez rapat dengan mana-mana wanita. Dia juga jadi terfikir, bilakah anaknya itu akan mendirikan rumah tangga jika beginilah gayanya Tengku Fareez terpaksa bekerja tanpa bantuan langsung daripada Tengku Firdaus yang hanya gemar berfoya-foya.

“Ifti!” panggil Tengku Firdaus apabila dilihatnya gadis itu sedang menyiram pokok di Taman Ezora.

Ifittah menoleh pada suara yang sangat dikenali itu. Tengku Firdaus berlari-lari anak ke arahnya. Kelihatan lelaki itu memakai baju t-shirt berwarna hitam dan berseluar pendek paras lutut. Nampak santai benar.

“Awak dah breakfast?” tanya Tengku Firdaus mengambil berat.

Iftitah menangguk. “Awak?” tanyanya kembali.

Tengku Firdaus mengangguk juga. Kini dia duduk begitu rapat dengan Iftitah. “Awak tengah siram pokok apa ni?”
“Pokok bungan ros. Awak tengok ni, bunganya banyak kan?”

Belum sempat Tengku Firdaus menjawab, Tengku Fareez memanggilnya.

“Firdaus, mama panggil kau. Jumpa mama kat bilik bacaan,” ujar Tengku Fareez memaklumkannya.

“Alahh.. kau ni kacau ajelah. Baru nak berdating,” balas Tengku Firdaus lemah.

Tengku Fareez diam. Dalam hatinya dia bergelak ketawa sakan kerana dapat menghalang mereka berdua terus berdating.

Setelah Tengku Firdaus berlalu, Tengku Fareez menarik tangan Iftitah.

“Jom!” ajak Tengku Fareez.

Iftitah yang masih terpinga-pinga dengan perbuatan Tengku Fareez itu hanya mengikut sahaja. Lidahnya jadi kelu dengan tiba-tiba.

“Fareez! Nak ke mana ni?” akhirnya terluah juga soalan itu.

“Semalam kat rumah pantai awak kata nak cari kerja kan? Jom ikut saya!”

Iftitah semakin pening kepala dengan perangai Tengku Fareez.

Tengku Firdaus memandang Tengku Fareez geram. Abangnya itu selamba saja memakan nasi tanpa sedikitpun merasa bersalah kerana menipunya pagi tadi.

“Hem.. buatlah apa yang kamu rasa nak buat. Mama dah malas nak cakap,” Sharifah Zaharah mengeluh. Mengendalikan seorang anak ‘nakal’ seperti Tengku Firdaus kerapkali membuatkannya pening kepala.

“Papa rasa.. Kalau betul kamu tak nakkan Puteri, kamu kena cari jalan nak settlekan dengan family dia. Hati anak dara ni jangan dimainkan Tengku Firdaus.. Papa harap kamu faham. Papa cuma harap kamu akan berubah bila kahwin dengan Puteri nanti. Dulu bukan main kamu yang kata cintakan dia.. Sekarang.. apa sudah jadi?”
“Sebenarnya Firdaus cintakan Ifti!” Tengku Firdaus berterus-terang membuatkan tiga pasang mata memandangnya.

Tengku Fareez yang baru sahaja hendak mulakan suapan nasinya terhenti. Matanya tidak berkelip memandang Tengku Firdaus.

“Mama, papa. Fareez terlupa nak kena work out on something kat pejabat. I need to go now. Sorry,” Tengku Fareez berkata lantas menolak kerusi untuk bangun. Tangannya dicuci di sinki yang berada di hujung ruang makan itu kemudian menyalami Tengku Farid dan Sharifah Zaharah sebelum meninggalkan ruang makan.

Kali ini giliran Tengku Firdaus pula ketawa di dalam hati. Geram benar dia dengan tingkah abangnya itu tempoh hari. Tengku Fareez telah menipunya! Sejak bila abangnya itu menjadi seorang penipu? Kata Tengu Fareez, mamanya ingin berjumpa di ruang tamu, malangnya ketika dia tiba di ruang tamu, mamanya tiada di situ. Dia kemudiannya menelefon mamanya yang ternyata ketika itu sedang berada di butik. Apabila dia kembali untuk mendapatkan Iftitah, kelihatan kereta abangnya meluncur keluar dari garaj dan Iftitah sedang berada di sebelah abangnya. Tengku Fareez memang melampau!

Baru seminggu bekerja dengan pereka fesyen terkenal ini, Iftitah mula berasa seronok. Hari pertama sahaja sudah boleh membuatkannya teruja. Siapa tidak kenal, pereka fesyen tersohor negara, Madam Marisa.

Tengku Fareez sudah lama mengenali Madam Marisa. Kebanyakkan tempahan baju Melayu dibuat kepada Madam Marisa. Selain itu, dia juga selesa dengan setiap tempahan coat dan vest.

Dia juga berterima kasih dengan Tengku Fareez yang memperkenalkannya dengan Madam Marisa. Tengku Fareez juga kerapkali berkunjung ke butik itu untuk menemaninya makan tengahari. Sedikit demi sedikit.. dia mulai mengenali jejaka itu. Meskpun berwajah serius, namun hatinya sungguh murni.

“Tengku Firdaus!” panggil Iftitah.

“Hah?? If.. ada apa sayang?” tanya Tengku Firdaus. Langkahnya untuk naik ke tingkat atas terhenti. Dia mendekati Iftitah.

Iftitah menghulurkan sebuah beg kertas becorak bangunan Eiffel.

“Apa dia ni?” tanya Tengku Firdaus hairan.

“Pelapik kertas Eiffel Tower. Dulu kan awak mintak saya belikan..,” jelas Iftitah.

Tengku Firdaus hairan. “Sejak bila pula saya suruh awak beli?”

Beg kertas itu diambil juga meskipun dia tidak tahu-menahu.

“Hah??” Iftitah terlopong.

“Nah.. ambil balik. Awak bagilah pada orang yang betul. Bukan saya orangnya If..,” Tengku Firdaus menghulurkan kembali beg kertas itu kepada Iftitah. Kemudian dia berlalu untuk naik ke tingkat atas.

Iftitah telan liur. Terasa berpasir. ‘Habis.. siapa yang……??’

“Eloklah tu Pak Darus. Perkara yang elok baik kita teruskan. Lagipun.. Firdaus tak boleh dibiarkan begitu. Nanti merana anak kami tu. Dah lama dia harapkan perkara ni jadi kenyataan. Dia pun bukannya nakal sangat.. Kami terkejut juga dengar permintaan dia ni. Tak sangka…,” tutur Tengku Farid pada Encik Darus ketika mereka berdua berkunjung ke rumah kecil Encik Darus itu.

“Iya.. iya.. Saya pun tak kisah. Saya setuju aje. Tapi apa-apa pun.. kenalah jugak minta persetujuan tuan punya badan. Nanti malam Ifti balik, akan saya tanyakan pada dia. Saya harap dia pun setujulah,” ujar Encik Darus. Hatinya seronok benar. Dia yakin niat murni Tengku Firdaus tidak akan sama sekali ditolak oleh anaknya.

“Saya harap Ifti akan setujulah. Saya pun teringin nak bermenantu dah ni,” kata Sharifah Zaharah diakhiri tawa.

“InsyaAllah…,” ucap Encik Firdaus.

“If.. ayah harap If boleh terima dia. Tengku dengan Sharifah betul-betul berharap tadi. Bersusah-payah mereka datang jumpa ayah. Jangan hampakan kami ya nak..,” ujar Encik Darus setelah Iftitah dikhabarkan ‘risikan’ yang telah dibawa oleh Tengku Farid dan Sharifah Zaharah petang tadi.

Iftitah tertunduk. Tidak mengerti apa yang sebenarnya terjadi? Haruskah dia menerima?

“Ayah.. bagi If masa untuk fikir dulu,” pinta Iftitah pada ayahnya.

Encik Darus mengangguk. “Ambillah seberapa banyak masa yang If nak. Ayah takkan paksa If. Cuma.. itulah.. ayah harap sangat If takkan hampakan kami,” kata Encik Darus penuh mengharap.

Buku yang berada ditangannya dibuka dan dia meneruskan bacaan setelah Iftitah melangkah keluar. Biarlah anaknya itu membuat keputusan dengan tenang.

“Fareez!” panggil Iftitah pada lelaki yang sedang berjalan menghampiri kereta itu.

Tengku Fareez menoleh pada Iftitah namun dia buat tidak tahu sahaja, terus pintu kereta dibuka.

“Farezz, sekejap! Saya ada hal nak cakap!” halang Iftitah.

Tengku Fareez tidak jadi melangkah masuk ke dalam kereta. Tetapi wajahnya tetap tidak memandang Iftitah.

“Awak ni kenapa Fareez? Sejak dua menjak ni asyik larikan diri dari saya aje kenapa? Saya ada buat salah ke?” tanya Iftitah. “Madam Marisa pun asyik tanyakan awak aje. Dah beberapa hari ni tak sudi pulak jenguk ke butik dia. Kalau tak.. hari-hari awak pergi temankan saya lunch.”

Tengku Fareez diam. Malas mahu bercakap lagi. Baginya, tiada apa-apa yang perlu dia cakapkan dengan bakal adik iparnya itu.

“Fareez! Saya bercakap dengan awak ni!” marah Iftitah keras. Geram dengan sikap lelaki itu yang membuat seolah-olah dirinya tidak wujud.

Tengku Fareez kemudian masuk ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup kuat dan dia menghidupkan enjin kereta. Terus meninggalkan Iftitah.

Tengku Fareez mendengus. Apabila dia mendengar cerita dari mulut Tengku Firdaus bahawasanya, mama dan papanya telah pergi merisik Iftitah, terus sahaja anginnya berubah. Hatinya begitu kecewa.

‘Firdaus memang melampau!’ Terbayang-bayan wajah Tengku Firdaus saat mengkhabarkan berita itu kepadanya.

Iftitah masih tidak memberi jawapan. Namun, tiap kali bertembung dengan Tengku Farid mahupun Sharifah Zaharah, tidak habis-habis persoalan yang sama ditanya. Dan.. wajah mereka begitu berharap dan kata-kata mereka begitu menyentuh hatinya. Tengku Firdaus pula tidak habis-habis mendesaknya. Nampaknya, Tengku Firdaus mahu mempercepatkannya.

“Ayah.. If terima,” Iftitah bersuara ketika dia sedang menikmati makan malam bersama ayahnya di rumah kecil ayahnya.

Encik Darus terkejut dengan penerimaan Iftitah namun dia begitu seronok. Wajahnya berseri-seri. Tidak lama lagi dia akan menerima menantu.

Rombongan meminang keluarga Tengku Farid sudah bersiap sedia untuk bertolak ke rumah Encik Darus.

Rumah yang telah dibeli oleh Encik Darus sejak 10 tahun lalu sudah berhias cantik. Maklumlah.. anak tunggalnya akan bertunang hari ini. Ramai saudara-mara dan rakan-rakan datang membantu membuat persiapan sempena majlis pertunangan kecil-kecilan itu.

Adiknya, Puan Hidayah yang banyak membantu menguruskan segala persiapan. Mujurlah dia punyai seorang adik yang begitu baik seperti Puan Hidayah. Adik iparnya, suami Puan Hidayah, Encik Rosmizan juga banyak menghulurkan bantuan. Begitu juga dengan 3 orang anak lelaki Puan Hidayah iaitu anak-anak saudaranya yang ‘ringan tulang’ membantu apa yang patut. Tidak terkecuali, Wilda, menantu sulung Puan Hidayah.

Iftitah sudah bersiap cantik dengan baju kurung moden berwarna merah jambu. Dia telah didandan cantik oleh Puan Hidayah. Iftitah sangat berpuas-hati dengan penampilannya hari itu. Ini semua adalah hasil kerja tangan Mak Usunya.

Apabila mendengar Aliff, sepupunya memberitahu rombongan pihak lelaki telah tiba, rasa debaran di dada Iftitah bertambah. Kencang!

“Hentikan semua ni!”

Tengku Fareez di hadapan pintu rumah teres 2 tingkat itu. Dia tampak penat. Mungkin tergesa-gesa ke sini. Peluh jantan memercik di dahinya.

Semua mata kini tertumpu pada Tengku Fareez.

“Kenapa ni Fareez?” tanya Sharifah Zaharah.

“Uncle, mama, papa dan semua.. saya minta maaf menganggu majlis,” Tengku Fareez meminta maaf terlebih dahulu.

“Kamu ni kenapa Fareez?” tanya Tengku Farid pula.

Tengku Firdaus terdiam. Tiba-tiba rasa bersalah memenuhi hatinya. Dia tertunduk. Baju Melayu berwarna biru muda yang dipakai terasa sudah basah dek peluh.

“Fareez tak sanggup. Jangan teruskan semua ni. Fareez tak sanggup mama… tak sanggup,” Tengku Fareez berkata dan merayu-rayu nadanya. Dia terduduk di lantai rumah.

“Astaghfirullah.. Apa yang kamu cakap ni? Mengucap Fareez.. mengucap..,” nasihat Sharifah Zaharah sambil mendekati anaknya itu dan mengusap-usap belakang tubuh sasa itu.

Apabila terdengar kata-kata Tengku Fareez, setitis air mata Iftitah mengalir. Terus sahaja dia melangkah keluar dari bilik yang berdekatan dengan ruang tamu itu. Berkali-kali rakan-rakannya menghalang, namun tidak dipedulikannya.

“Saya dah agak, benda macam ni boleh jadi. Saya tak sangka. Saya ingatkan awak dah setuju tapi saya salah ya Fareez?” semakin serak suara Iftitah. Air matanya juga galak mengalir membasahi kedua-dua belah pipinya yang gebu itu.

Tengku Fareez mendongak memandang Iftitah. Air mata itu seperti mahu dikesatnya tetapi dia ingat batas-batas antaranya dan Iftitah. Dia bangun dan Sharifah Zaharah turut bangun.

“Awak bukan Fareez yang saya kenal. Mula-mula berperangai pelik, kemudian dah macam tak kenal saya. Inikah lelaki yang patut saya terima dalam hidup saya?? Cukuplah.. ayah.. aunty.. uncle.. If minta maaf. If dah cuba yang terbaik tapi nampaknya memang semuanya takkan menjadi. If minta maaf,” suara sebaknya ditahan. Teresak-esak Iftitah selepas itu. Dia kemudiannya berlari masuk ke dalam bilik tadi mengambil kunci kereta dan beg dompetnya.

“Ayah.. If minta izin nak keluar. Maafkan If..” Dilihatnya Tengku Fareez dan Sharifah Zaharah masih di hadapan pintu.

Belum sempat Encik Darus menjawab, Tengku Firdaus bangun.

“If tunggu dulu. Sebenarnya Fareez tak tau apa yang terjadi,” katanya membuka bicara.

“Tak tau??” Iftitah hairan. ‘Mustahil!’

Tengku Firdaus mengangguk.

“Apa kamu dah buat ni Firdaus??” tanya Sharifah Zaharah lantang. Ikutkan hati mahu sahaja telinga anaknya itu dipiat-piat.

“Okay.. okay.. let’s me explain. Tengku Fareez, sebenarnya ni majlis bertunang kau, bukan bertunang aku. Kau gila apa bertunang aku? Aku serius cintakan Puteri.”

“Bertunang aku??” Tengku Fareez pelik.

“Fuhhh.. kau ni memang seorang yang bijak, tapi dalam soal ni kau lembap sikit. Sebab tu aku ambik keputusan nak suruh papa dan mama pinangkan si If ni untuk kau. Nak harapkan kau gerak alamat melepaslah bro…. Kau gila apa.. kalau aku bertunang takkanlah aku nak datang meminang tunang sendiri. Aduhai.. belajar tinggi-tinggi tapi bab-bab ni kau fail!” Tengku Firdaus menjelaskan. Dahinya ditepuk.

“Firdaus! Kan papa dah suruh kamu tanya Fareez dan kamu kata dia setuju.. how can..?” giliran Tengku Farid pula bersuara.

“Sorry papa.. mama.. Firdaus tipu. Semua ni sebab nak balas dendam pada dia. Dia yang kenakan Firdaus masa malam birthday tu.”
“Kau tahu eh Firdaus?”

“Apa kau ingat kau dah cukup terror?”

“Ehem.. aku dah tahu lama dah yang kau ni dah lama sukakan If. Sejak kau umur 10 tahun. Betul tak bro?”

Tengku Fareez mengangguk.

“Ifti.. saya minta maaf. Sebab tu saya tak layan awak. Sebab abang saya yang terlebih dahulu sukakan awak. Saya harap awak faham,”

Iftitah nyata terkejut dengan penjelasan Tengku Firdaus. Dia tidak pernah tahu semua itu. Yang dia tahu cuma dirinya yang sukakan Tengku Firdaus tanpa mengambil tahu perasaan Tengku Fareez.

“Huh! Apa-apa pun dah tak guna nak cakap sekarang. Pening kepala. If nak keluar,” Iftitah melangkah keluar dari rumah. Kepalanya tambah pening dengan perangai kedua-dua beradik itu.

Semua orang nyata terpinga-pinga dengan tindakan Iftitah itu.

“Fareez! Cepatlah kejar!” arah Sharifah Zaharah apabila melihat Tengku Fareez yang seperti sedang kebingungan itu.

Setelah Tengku Fareez berlalu, Tengku Farid bersuara, “Anak awak tu Puan Zaharah.. tak pernah terfikir pasal cinta.. sebab tulah semuanya kena disuruh.”

Pecah gelak ketawa mereka di situ. Tidak lama kemudian….. suatu bunyi mengejutkan mereka di dalam rumah tersebut. Kecoh benar jadinya apabila semua orang berebut-rebut untuk keluar dari rumah melihat apa yang sudah terjadi di luar rumah.

“Ifti! Ifti! Tunggu!” panggil Tengku Fareez apabila melihat Iftitah sudah berlari keluar dari pagar.

Iftitah langsung tidak mempedulikan panggilan Tengku Fareez. Kepalanya semakin pening memikirkan apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Sebuah lori yang sedang laju menghampiri Iftitah. Gadis itu yang nyata terkejut, terhenti di pertengahan jalan. Kunci kereta yang dipegang terjatuh. Keretanya di sebarang jalan dilihat. Dia hendak melangkah ke keretanya yang terletak di seberang jalan tetapi kakinya pula seakan kaku di situ. Lori berwarna merah itu semakin menghampiri.

“Ifti!!” jerit Tengku Fareez.

BUMM!!

Semakin kuat tangisan itu kedengaran. Kubur itu dipandang lama. Air mata gugur lagi. Esak tangis itu memilukan hati dua insan yang sedang menemaninya.

Iftitah merasa bersalah. Dia duduk di sisi si gadis kecil. Memegang bahu dan mengusap-usap lembut kepala si gadis yang rambutnya sedikit perang itu.

“Anggun.. Anggun jangan nangis ya. Tuhan lebih sayangkan Mimo.. Nanti Mak Long beli yang baru okay..,” pujuk Iftitah lagi pada anak saudaranya. Anak kepada abang Akif dan Kak Wilda.

“Tapi Anggun rindu sangat dekat Mimo. Nanti beli baru tak sama..,” Anggun mendongak memandang Iftitah. Si kecil yang berusia 5 tahun itu belum mengerti.

Iftitah mati akal mahu memujuk. Dia mendongak pula, memandang Tengku Fareez yang sedang berdiri. Kini giliran Tengku Fareez pula duduk di sebelah kanan Anggun. Kepala itu diusapnya. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada tunangnya Iftitah, sebelum dia menarik si kecil itu ke dalam pelukannya. Sesuatu dibisikkan kepada Anggun kemudian si kecil itu tersenyum. Air mata Anggun dikesatnya.

Kemudian Anggun bangun, menarik Mak Long dan bakal Pak Longnya.

“Jom kita pergi sekarang,” ujar si kecil sambil memimpin kedua tangan itu.

Iftitah menyiku Tengku Fareez dan keningnya diangkat dua kali. Tengku Fareez hanya memandang Iftitah dengan wajah ‘sombong’nya. Geram Iftitah apabila apa yang dibisikkan oleh Tengku Fareez kepada Anggun gagal diketahui olehnya.

Semuanya telah selesai. Anggun asyik ketawa riang sahaja sekarang. Kucing parsi berwarna kelabu dan putih itu diusap-usap manja oleh Anggun sambil beberapa kali menyeru nama Koko.

Iftitah mahu tergelak jadinya apabila Tengku Fareez yang memberi nama Koko itu kepada kucing berharga RM400 itu. Tak ada kena-mengena langsung!

“Awak nak benda ni dibuat hantaran jugak ke Fareez?” tanya Iftitah ketika mereka sekeluarga makan malam bersama di rumah Tengku Fareez. Sambil-sambil itu, mereka sempat berbincang soal majlis yang bakal diadakan 2 bulan lagi.

“Apa tu?” Tengku Fareez mengambil beg kertas yang dihulurkan oleh Iftitah. Isi beg dikeluarkan. Kotak berwarna putih itu dibuka. Matanya bersinar-sinar.

“Erk.. ni..,” seperti tidak terkeluar kata-kata Tengku Fareez.

Iftitah ketawa.

“Ni..,” Tengku Fareez masih tidak mampu berkata-kata. Wajahnya tampak berubah.

“Awak jangan ingat saya tak tahu. Saya tahu, malam tu masa kat bilik Firdaus, awak!” Iftitah menghabiskan kata-katanya dengan tawa.

Tengku Fareez hanya tersengih. Apa lagi yang boleh diperkatakan olehnya. Semuanya sudah jelas. Akhirnya Tengku Fareez turut ketawa. Dia gembira menerima hadiah istimewa dari tunangnya.

“Ifti.. nah,” giliran Tengku Fareez pula menghulurkan sesuatu kepadanya. Iftitah hairan.

“Apa ni?”

“Ambiklah dulu..”

“Hem..,” Iftitah mengeluh.

“Ke.. awak nak saya pakaikan?” tanya Tengku Fareez. Seronok mengusik Iftitah. Apabila gadis itu malu, wajahnya akan memerah. Comel!

“Hahhh? Uish.. jangan! Nanti orang nampak!” larang Iftitah apabila tangan Tengku Fareez sudah mengeluarkan rantai emas putih daripada kotak itu.

“Kan dah janji nak bagi untuk hantaran nanti,” kata Iftitah.

“Itu lain.. ini lain. Meh saya pakaikan!” Tengku Fareez sudah menarik Iftitah.

Tanpa sempat Iftitah melakukan apa-apa, di lehernya sudah tergantung seutas rantai emas putih yang diserikan dengan loket berbentuk hati sekecil duit syiling 5 sen.

“Cuba awak tengok dekat rantai tu ada tulis apa,” suruh Tengku Fareez.

Iftitah membelek loket itu. “Kecik sangat tulisannya. Tak nampaklah Fareez.”

Tengku Fareez ketawa.

“Hah.. kenapa nama kita?” tanya Iftitah apabila dia sudah mengenal-pasti perkataan-perkataan itu.

“Habis tu.. takkan awak nak tulis nama Anggun dengan Koko?”

Iftitah tertawa. “Awak dah pandai buat lawak eh sekarang?”

Tengku Fareez turut tertawa senang hati dengan penerimaan Iftitah. Cintanya juga sudah bersambut baik. Dia tahu.. pada mulanya Iftitah menerimanya kerana kedua orang tuanya namun dia nekad akan mencurahkan seluruh kasih-sayang dan cintanya pada Iftitah agar gadis itu dapat merasakan cintanya.

“Amboi.. amboi.. Bercinta sakan nampak. Dah tak lama dah. Sabar ye,” tegur Tengku Firdaus yang baru muncul.

“Kita jugak yang kena postpone dulu kan yang?” kata Puteri Raihana pada Tengku Firdaus dengan mimik muka yang kononnya sedih itu.

Tengku Fareez dan Iftitah ketawa.

“Kacau line saja,” katanya pada Tengku Firdaus. Bahu adiknya itu dicengkam kuat.

Belum sempat Tengku Firdaus menjawab, Iftitah lebih dulu menjawab. “Nasib baik kamu berdua muncul.” Kemudian dia ketawa geli hati melihat perubahan wajah Tengku Fareez. Lelaki itu ternyata seorang yang agak cemburu dan kadangkala rajuknya boleh tahan juga. Tapi tak apa.. demi cintanya pada Tengku Fareez yang telah mula berputik.. dilayannya sahaja rajukkan dan cemburu yang tidak keterlaluan itu. Cuma Tengku Fareez paling tidak senang melihat dia berada dekat dengan lelaki yang tidak rapat dengannya atau Tengku Fareez. Sekadar kawan-kawan biasa, dia tidak cemburu.

Masih diingat luka pada lengan dan siku Tengku Fareez pada hari pertunangan mereka dimana lelaki itu telah menyelamatkannya yang hampir sahaja dilanggar oleh sebuah lori. Wajah Tengku Fareez cuba menahan kesakitan yang diakui tidak sakit itu membuatkannya geli hati.

“Terima kasih Fareez..,” ucap Iftitah tiba-tiba.

“Ha?? For what?” tanya Tengku Fareez hairan.

Tengku Firdaus dan Puteri Raihana juga memandang Iftitah hairan.

“First.. sebab awak selamatkan saya dan second untuk ini,” kata Iftitah sambil menunjukkan rantainya. Dia tersenyum manis.

“La… kes dah lama, sekarang baru If nak ucap terima kasih?” Puteri Raihana bersuara. Ternyata pelik dengan ‘ucapan’ bakal kakak iparnya itu.

“If lupa..,” Iftitah tersengih menunjukkan barisan giginya yang begitu teratur.

“It’s okay darling,” ucap Tengku Fareez membuatkan mata Iftitah bulat mendengarnya. Begitu juga Tengku Firdaus dan Puteri Raihana yang sudah mula ‘memaku’ bakal pengantin itu.

Kemeriahan malam itu semakin mengukuhkan ikatan kekeluargaan yang sedia wujud di antara keluarga Tengku Farid, Encik Darus dan Megat Razman.

Ternyata cinta yang telah lama wujud di hati Tengku Fareez buat Iftitah tidak sia-sia apabila gadis itu bakal menjadi milliknya. Kegembiraan Tengku Fareez mengalahkan dia telah untung berjuta ringgit di dalam bisnesnya. Sekarang baginya, Nur Iftitah yang terpenting. Yang akan berada di hatinya kini dan pastinya untuk selamanya! Itu janjinya…