Monday, November 15, 2010

JUITA__PART 2

“Juita!”

Aku mendengar namaku dipanggil dan terus menoleh ke belakang.

“Hah, Luq! Ada apa?”

“Tolong aku boleh?” Luqman tersengih-sengih.

“Apa ni? Sengih macam ‘kerang busuk’? Kau nak aku tolong apa?”

“Tolong jadi girlfriend aku boleh?”

Aku terkejut dengan jawapannya. Aku menoleh kearahnya. Sengihannya menyakitkan hatiku. Dasar lelaki! Aku menggunakan buku yang sedang aku pegang sebagai senjata untuk memukulnya.

“Weh! Sakitlah! Kau ni. Garang nak mampus! Aku bergurau jelah. Ni ha..tolong taipkan ni untuk aku boleh?”

Aku mengambil kertas yang dihulurkannya. “Okey! Beres! Bila nak ni?”

“Esok!” Luqman tersengih lagi.

“Gila mu! Kau ingat aku robot ke? Mana nak sempat deh. Kau jangan buat kerja gila ek,” aku menjeling kepadanya.

“Tolonglah beb. Lecturer nak esok. Please.. I beg you”

“Yelah. Aku cuba siapkan esok jugak. Nanti aku bagi kau. Aku nak balik ni.”

“Okey! Thanks a lot!” Luqman menjerit kearahku dan terloncat-loncat kegirangan.

Seronoklah tu. Selalunya inilah tugas yang aku buat. Membantu rakan-rakan berlainan kursus untuk menaipkan assignment mereka. Memang semua pelajar sedia maklum bahawa pelajar-pelajar kursus Pengurusan dan Teknologi Pejabat ni pandai menaip. Ini adalah salah satu dari subjek wajib dalam kursus aku. Perlu menaip dengan speed yang telah ditetapkan. Sebab itu senang kalau berkawan dengan budak-budak yang dikenali sebagai budak ‘OM’ ini yang bermaksud Office Management.

No comments:

Post a Comment