Tuesday, November 16, 2010

JUITA__PART 7

Hani mengajak aku makan tengahari hari ini. Semasa dalam perjalanan untuk ke tempat makan, ada panggilan mengatakan Hani terpaksa ke sebuah hotel untuk mesyuarat tergempar yang diadakan. Kalau untuk menghantar aku pulang, aku yakin Hani akan terlambat untuk ke mesyuarat itu. Jadi aku mengambil keputusan untuk menaiki teksi tetapi Hani menghalangku. Dia minta aku menunggunya di lobi hotel. Dia tidak mahu aku pulang sendirian.
Aku hanya duduk diam di lobi hotel itu. Apalah yang aku boleh lakukan? Nak baca surat khabar, aku tidak mampu. Nak berjalan-jalan sekitar kolam renang, aku takut terjatuh dalam kolam pulak.
“Assalamualaikum,” kedengaran suara seorang lelaki memberi salam.
“Wa’alaikumusalam.” Aku menjawab salam dan diam menunggu kata-kata seterusnya dari lelaki yang memberi salam itu.
“Juita?” lelaki itu menyoalku.
Aku mengangguk dan tersenyum kepadanya meskipun aku tidak nampak siapakan orangnya.
“Encik siapa?” aku membetul-betulkan cermin mataku.
“Awak tak kenal saya?” soal lelaki itu. Mungkin dia tidak tahu aku tidak dapat melihat.
“Maaf encik. Saya tak dapat melihat.”
“Tak dapat melihat? Maksud awak?” soal lelaki itu lagi. Mungkin masih tidak faham akan pernyataanku.
Aku menarik cermin mataku dan melipatnya. “Saya kehilangan deria pancaindera. Maaf. Siapa encik?”
Airil Hakimi seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. Juita! Juita telah buta!
“Encik..kenapa diam?” Juita menyoal setelah beberapa ketika Airil tidak bersuara.
“Ju…Juita. Saya, Airil.”
‘Airil!’ Tersentap jantung Juita saat mendengar sebaris nama itu.
Juita cuba menahan perasaan. Dia kembali memakai cermin mata.
“Airil. Apa khabar? Bila balik dari New York?”
“Khabar baik. Bulan lepas.”
Juita hanya mengangguk. Tidak tahu apa lagi ingin diperkatakan dengan lelaki yang pernah menghancurkan hatinya.


Luqman mengambil tempat duduk di hadapan Airil Hakimi. Teman lamanya itu.
“Ada apa tergesa-gesa nak jumpa aku ni?” Luqman bertanya Airil yang dilihatnya gelisah.
“Juita! Kenapa dengan dia?”
Luqman terdiam. Tidak tahu apa yang harus dikhabarkan tentang Juita kepada Airil.
“Macamana dia boleh buta? Tolong Luq! Ceritakan semuanya pada aku! Please..aku merayu!”
“Sejak kau pergi dulu. Hari yang sama. Dia mengalami kemalangan berhampiran dengan airport . Aku rasa mungkin selepas jumpa dengan kau kot. Kasihan dia Airil. Selepas Hani beritahu yang Juita kemalangan, aku terus melawat dia kat hospital. Parah betul keadaan dia. Aku ingat lagi masa tu, dia masuk ICU. Doktor cakap harapan dia untuk hidup cuma 50/50 je” Luqman berhenti seketika untuk meneguk air.
“Lepas tu?” Airil meyoal tidak sabar.
“Tak sabar-sabar kau ni! Lepas keluar dari ICU, sebulan lepas tu dia disahkan buta. Aku terkejut dengan apa yang aku dengar. Juita tak dapat terima kenyataan. Setahun aku tak dapat jumpa dia. Dia tak nak jumpa sesiapa pun sejak dia buta. Hidup dia telah berubah. Dia terpaksa tolak tawaran untuk ke England.”
“Tolak tawaran ke England? Maksud kau?
“Dia dapat tawaran sambung belajar ke England. Tapi lepas kemalangan tu dia terpaksa tolak. Kau faham kan kenapa?”
Airil mengangguk tanda memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Luqman.
“Tapi aku bangga dengan semangat dia. Dia dah jadi jurubahasa sekarang ni. Cuma dia dah tak macam dulu lagi,” kedengaran sedih sekali kata-kata yang dituturkan oleh Luqman.
“Aku faham. Kalau aku kat tempat dia, aku pun akan jadi macam tu jugak.” Airil termenunung memerhatikan Luqman yang sedang menikmati hidangan dihadapannya.
Hatinya terusik. Dia bersalah terhadap Juita! Dia yang menyakitkan hati Juita pada hari itu. Pasti Juita kecewa! Astaghfirullah… Apa yang telah aku lakukan terhadap Juita? Selama 3 tahun ni rupanya Juita hidup dalam keadaan menderita! Airil meraup mukanya berkali-kali. Perasaan kesal bermain dalam dirinya. Kalaulah dia tidak mengecawakan Juita, tentu perkara ini takkan terjadi!
Setahun selepas bertunang, Airil terpaksa memutuskan pertunangannya kerana wanita yang sangat dicintainya itu mengandung anak luar nikah. Airil begitu kecewa dengan kejadian itu.
Tetapi Airil betul-betul tidak sangka bahawa Juita lebih menderita daripadanya.

No comments:

Post a Comment