Tuesday, August 16, 2011

DI DUA DUNIA


RIHA, ILI DAN MUZIK

Laila Farihah memandang Lili Fatihah tajam. Budak ni biar betul! Sakit hatinya dek keputusan adiknya itu. Tudungnya dicabut. Panas betul, tambahan apabila mendengar berita yang paling tak ingin didengari.

“Kak, bidang ni bidang yang Ili pilih, akak tak boleh nak halang. Tolonglah faham sikit kak. Ili tak minat la nak jadi doktor macam yang akak suruh tu,” Lili Fatihah tetap bertegas dengan pilihan yang dibuatnya.

Encik Redza dan Puan Firdaus hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu bagaimana lagi. ‘Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak.’ Mereka tahu betapa kerasnya hati anak sulung mereka itu.

Okay fine kalau akak tak nak tanggung Ili, Ili suruh ayah tanggung. So, akak tak payahlah nak larang dah,” pujuk Lili Fatihah lagi.

“Akak tension betul la dengan kau ni Ili, kau ni kan.. dalam banyak-banyak, juta-juta bidang kau boleh pilih, kau sengaja kan nak pilih muzik kan? Dah kau macam tak tahu akak ni tak dapat ‘ngam’ dengan bidang yang kau nak sangat ni!” Laila Farihah berkeras juga dengan pendiriannya.

“Macam ini la Riha, ayah tanggung Ili. Ayah bukan tak mampu… Dulu ayah cakap suruh Riha tanggung Ili bila ayah dah pencen tapi sekarang ayah manalah nak tau yang Pak Ngah Raez ajak ayah bukak bisnes dengan dia. So ayah mampu lagi nak tanggung,” Encik Redza membuka mulut. Dia tahu Laila Farihah kalau dah berjanji, dia akan pegang dan takkan lepaskan sesuka hati.

“Ayah kamu cakap je dulu tu. Kita kena berubah ikut keadaan. Nanti kahwin kamu tanggung anak sendiri lah..,” Puan Firdaus pula menyampuk. Dia tahu, anaknya itu makan juga jika dipujuk, cuma rajuknya nanti ada la dua tiga hari.

“Yelah kalau semua dah cakap macam tu. Okaylah, Riha balik rumah dulu ayah, mama.. Assalamualaikum..”

Tangan Encik Redza dan Puan Firdaus dicium penuh hormat. Macamana marah sekalipun pastinya dia tidak akan bersikap kurang ajar pada kedua orang tuanya.

“Kak, I love you so much!” Lili Fatihah memeluk kakaknya sebaik kakaknya baru hendak melangkah keluar rumah.

“Penalti!”

Okay fine. Kali ni bowling 3 game! I know that..

But..

3 days after this. Bila hati akak tu dah baik dari luka yang Ili buat.”

Setelah Laila Farihah keluar, Lili Fatihah menggelengkan kepalanya. Keras kepala, kepala batu punya kakak! Tapi apapun dia la satu-satunya adik-beradik buatnya. Kakak kesayangannya!

DRIVER ILI

Dari jauh Ili tersengih melihat wanita berjubah biru muda dan berselendang merah jambu di hadapan Honda Jazz berwarna Metallic Orange itu. Dia melambai-lambai. Dan dia tahu bila lambaiannya tidak bersambut bererti dia lambat. Lagipun memang sejak dari dulu lagi, sejak dari zaman sekolah lagi.. jika lambaian bersambut pun seingatnya ada la sekali dua. ‘Hailaaa akakku yang dingin beku ni,’ Ili mengeluh sendiri.

Gadis periang itu sudah menghampiri kakaknya. Rambutnya diikat tinggi dan dia berjaket kulit. Sungguhlah pakaiannya memang dah semakin mengikut trend ahli muzik! Gitar yang disandang di belakang dalam beg hitam tampak lebih besar daripada tuan empunya gitar.

“You’re too late, Ili!” Riha membuka pintu belakang kereta untuk adiknya meletakkan beg gitar dan beg pakaiannya yang agak besar itu. Mentang-mentang cuti sebulan. ‘Alih-alih aku jugak driver budak ni!’

“Okay sorry. Penalty?” soal Ili sambil tabik spring pada kakaknya.

“Hah?? Too busy. No time for penalty.”

“Akak ni dinginlah! Benci tau..!” Ili sengaja buat-buat merajuk.

Riha dengus. Pintu belakang itu ditutup dan dia menuju ke pintu hadapan tempat pemandu. “Dah, naik cepat!” arahnya seperti komander.

“Eh dik, bangunan yang kiri tu baru buat ke?” tanya Riha sambil menghidupkan enjin kereta.

Kening Ili bertaut. Kakaknya ni biar betul! “Kak oi, dah dua tahun Ili kat sini, bangunan tu siap 2 bulan sejak Ili masuk lagi kak. Takkan tak perasan. Are you out of your mind??

“Akak datang sini pun berapa kali je kan? Haih kau ni Ili..”

“23 kali kak. Twenty-three!

“Kau kira Ili???” buntang mata Riha memandang adiknya. Biar betul!

Ili mengangguk.

“Now who is ‘out of mind’??” Riha bertanya.

Ili ketawa. Memang dia tulis dalam diari setiap kali kakaknya datang mengambil sejak 2 tahun dia belajar bidang muzik di situ.

PENSYARAH ILI

Excuse me sir, boleh tak awak ubah kereta awak?” tegur Riha apabila tingkap kereta Peugeot RCZ berwarna hitam itu dibuka. Lelaki itu mengangkat tangan kirinya memberi isyarat ‘sekejap’. Tangan kanannya memegang telefon bimbit.

Riha mendengus. Dia menoleh pada adiknya di dalam kereta yang sedang terkocoh-kocoh menanggalkan tali pinggang. Tidak mengerti kenapa Ili menghalangnya daripada memberi amaran kepada si pemandu yang menghalang laluannya.

Ili sudah keluar dari kereta menuju kepadanya tetapi si lelaki di dalam kereta masih belum membuka pintu pun!

“Kak, kak, sabar kak. Janganlah marah-marah gini..,” pujuk Ili. Risau kakaknya melenting pada pemandu Peugeot yang sangat dia kenali siapa.

“Akak tak marah pun, bengang je okay. Tengok dia ni…,” baru Riha mahu menuding pada pemandu Peugeot, lelaki itu telah memegang tangannya. Menyirap darah Riha. Sejak bila pula dirinya boleh disentuh sesuka hati ni?

Riha pantas menarik tangannya. Namun apabila terpandang wajah di hadapannya, dia telan liur. ‘Err.. macam kenal..’

Sir, sir.. I’m so sorry. Tapi sir tahu kan yang sir agak mengganggu jalan?” berhati-hati Ili menuturkan pada pensyarahnya. Dia tahu pasti tidak disengajakan. Lelaki itu bukan seperti itu. Cukup dia kenali siapa sir-nya.

“Sir??” Riha menoleh pada adiknya.

Ili mengangguk. “My lecturer, Mr…” maklumnya.

“Baik awak alihkan kereta awak,” Riha memotong cakap Ili dan berkata tanpa memandang wajah lelaki itu kemudian dia meninggalkan mereka berdua lantas menuju ke keretanya, masuk dan bersedia untuk bergerak.

“I’m sorry about my sister. Dia tu dingin beku sikit,” pinta Ili.

“It’s okay Ili. It’s not your or your sister’s fault. It’s on me. Tapi gerun la dengan kakak awak. Apa nama dia?”

“Erm..”

Kedengaran horn berbunyi dari Jazz. Wajah masam Riha jelas kelihatan.

“I need to go! Sorry again and have a nice day sir!” Terkocoh-kocoho Ili berlari ke kereta kakaknya.

“Ili, you don’t answer my question!”

Ili terhenti. Dia berpatah balik. Cepat-cepat dia membisikkan sesuatu kepada sir-nya.

Lelaki itu angguk. “Nama pun tak boleh ke? Pelik gila!”

“You don’t know how she is.”

Horn kedengaran lagi. Mereka berdua berpisah. Peugeot diubah secepat mungkin. Bingit mahu mendengarkan horn yang ketiga kalinya.

“Laila Farihah.. gila betul perempuan ni!” si pemandu Peugeot ketawa seorang diri. Dia tersengih dan berulang-kali ketawa sendirian apabila teringatkan kejadian sebentar tadi. Dia paling tertarik melihat penampilan Laila Farihah yang tampak begitu sopan. Tapi kegarangannya membuatkan dia gerun sedikit.

ANTARA KENAL DAN TIDAK

“Akak, biar betul akak tak kenal tadi tu siapa?” Ili bertanya setelah melepasi Peugeot.

“Tadi tu kan Iqram Dinzly. Macamlah akak tak kenal pelakon tu. Popular kot. Apa kau ingat akak ni anti bidang seni tanahair ke apa?”

Ili ketawa. Memang dia lupa. Akaknya tu peminat nombor satu Iqram Dinzly tetapi si wajah iras Iqram Dinzly tadi dia memang yakin akaknya tak kenal langsung disebabkan lelaki itu popular di bidang nyanyian dan muzik. Bidang yang kakaknya anti!

“Akak.. akak.. Dah nama minat Iqram tapi takkanlah akak tak tahu yang sejak beberapa tahun ni orang selalu kaitkan Raja Al dengan Iqram. Muka dorang kan seiras. Sumpah akak ni ketinggalan zaman. Peminat hampeh namanya ni,” Ili seronok mengenakan Riha. Bukan senang berpeluang mengenakan ‘singa betina kutub utara’ ni.

Mata Riha terbeliak. “Raja Al?? Siapa tu?”

“Pensyarah Ili tadi la.”

“Muka macam Iqram. Sebijik pulak tu.”

“Hahahaha…. Kan? Memang bertuah la Ili dapat pensyarah sebijik macam Iqram Dinzly. Dahlah baik.”

“Kenapa tak bagitau akak?”

“Akak berminat ke nak dengar pasal ‘Dunia Muzik Lili Fatihah’? Everytime Ili bukak mulut nak cakap pasal, kelas, buku, pensyarah.. mau kena sembur dulu!” sambil jari-jemarinya membuat isyarat ‘limited comma’.

Riha mendengus.

But you should tell me ada someone muka macam Iqram!”

Ili ketawa terbahak-bahak. Memang sampai ditampar-tampar bahu kakaknya. Dashboard di hadapannya ditepuk berkali-kali.

You should stop it or you want to go out there?” Komander membuat pertanyaan berbaur amaran.

Ili berhenti ketawa. Dia diam sepuluh minit. Kereta jadi sepi sebentar.

“Akak, nak tau benda tak?”

“What?” kening Riha terangkat.

“Hem… Raja Al tu musician and singer kat Malaysia. And.. dia pensyarah kat Kolej ni sejak Ili mula masuk. Time tu la dia daftar diri jugak. Apa yang Ili nak bagitau ni.. benda yang real yang Raja Al tak pernah buat okay!”

“Tak payah nak buat suspen. Direct jelah!” marah Riha. Dia tahu Ili sengaja berbuat begitu.

Okay okay..” Ili mengalah. “Tadi dia tanya Ili nama akak dan nak tahu tak yang dia sebenarnya bukan macam tu la. Lain sangat tadi gayanya. Dan siap sengih-sengih lagi. Hemmm…” Ili bercerita dengan terujanya. Di penghujungnya dia menggaru dagu sambil tersengih pada Riha.

“So what?” Riha buat soalan bodohnya lagi.

Mati mood Ili nak bercerita. Gila hati batu kakak dia ni. Tak ada muka nak teruja sikit pun!

“Continue please,” arah Riha.

“Ingat tak berminat,” perli Ili namun Riha diam saja.

“Nampak macam dia minat dengan akak,” Ili memberitahu. “Dan…”

Shut up Ili. You know me very well. Baguslah orang minat but to hear more than that…”

“Never..” Ili menyambung.

KAHWIN

Hampir pengsan Riha menerima panggilan telefon mamanya yang memberitahu khabar Ili mahu kahwin. Adiknya ni dari dulu memang selalu membuatkan jantungnya hampir luruh!

“Mama dah jumpak dah Shin tu. Dia pun tengah belajar agama Islam. Baguslah kan macam tu. Lagipun Ili dah lama kenal dengan Shin,” Puan Firdaus memaklumkan Riha. Riha meletakkan kunci kereta di atas meja di ruang tamu itu. Selendang warna ungu ditanggalkan perlahan-lahan. Baju kurung ungu tua yang dipakai terasa melekat di tubuh akibat cuaca terik hari ini.

Riha diam. Dia berfikir. Apakah haknya untuk menghalang adiknya? Tapi dia risaukan Ili sebenarnya. Dia tidak kenal siapa Shin dan tidak dapat mengagak soal Shin langsung!

“Apa pendapat ayah dengan ma? Tak ke Ili muda lagi nak kahwin?” Riha bertanya.

Puan Firdaus mengangguk kemudian tersenyum. “Mama tak kisah pun sebab ma dah kenal Shin. Walaupun baru tapi apa salahnya kita tambah saudara Islam kan?”

I’m totally agreed with her decision. Daripada kita menambah dosa biarkan mereka bercinta-cinta. Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi Riha..”

Tapi Ili is not that kind of person,” bangkang Riha.

“Tapi bila dia kata nak, we should respect her decision right?” Puan Firdaus pula bersuara.

Riha diam lagi. Dia menarik nafas dan melepaskan perlahan. Dia tidak tahu. Dia tak ada hak untuk menghalang tapi ini soal besar, bukan main-main.

Or.. Riha tak nak dia langkah bendul?” Encik Redza bertanya.

“No!” pantas Riha menafikan. “It’s not about me or ‘langkah bendul’ or whatsoever. It’s really not about me.” Riha terhenti. Kepalanya berputar 360 darjah. Seperti dia pula yang mahu berkahwin. Cuma dia jadi tak percaya bila gadis berusia 21 tahun itu mahu berkahwin.

“Riha nak cakap dengan Ili.”

ILI DAN SHIN

“Shin budak Jepun tu cuma main muzik kan? Muzik tu boleh tahan lama ke hah? Cukuplah Ili aje main muzik, ni nak cari husband pun perlu ke musician?”

Ili diam. Dia tahu salahnya tak memperkenalkan Shin kepada kakaknya dulu.

“I’m talking to you Ili. Kehidupan rumahtangga ni as not easy as you think dear. Ili muda lagi. You should think it back.. I mean about marriage.”

“Kak, Shin really serious about this. Erm.. nama Islam dia Muhammad Adam Shin Abdullah.”

Kali ini Riha terdiam. Sungguhlah budak Shin tu serius, kalau tak, tak mungkin sampai lelaki itu masuk Islam.

“Akak harap dia masuk Islam bukan semata-mata nak kahwin dengan kau Ili.”

Ili ketawa. “Dia dah lama berminat dengan Islam kak….”

Riha angguk.

“Akak risau dia tak dapat bagi Ili cukup makan, pakai..”

“Shin datang ke Malaysia bukan pasal muzik semata la. Dia tu ahli perniagaan juga kak. Family business. So..akak setuju?”

Riha tertawa. Kenapalah mereka tak beritahunya dari tadi lagi.

“How old is him?”

“23.”

Oh.. then he can call me Kak Riha or Kak Long dengan clear-nya. Make sure lidah dia tak terbelit.”

Ili ketawa. Kelakar jugak minah ‘singa betina kutub utara’ ni.

“Akak tu dah tua, dah nak masuk 26, you should find someone.”

“Stop it Ili before I say ‘no’!”

“Okay okay okay… Thanks! I love you!”

Riha menerima ciuman kiri dan kanan daripada Ili. Dia tersenyum. Gembira hatinya bakal mendapat seorang adik ipar. Jepun pun Jepun laa…

RAJA AL YANG LANTANG

Riha menarik nafas lega. Semua persiapan untuk majlis bertunang Ili dah siap. Dari A hingga Z, dialah yang menjadi ‘perunding pertunangan’ si Ili.

Ketika Riha sedang mengambil air minuman untuk sahabatnya yang hadir, dia terlanggar seorang lelaki dan lelaki itu…….

“Raja Al!”

Kening lelaki itu bertaut.

Hey… you kan.. ermm..,” Raja Al cuba meningat sesuatu. Matanya sedikit terpejam.

Riha diam. Untuk memberitahu namanya ‘tidak mungkin’!

Raja Al kecewa. Betul kata Ili, kakaknya keras kepala, kepala batu. Memang! Ego tinggi tahap gaban!

“But.. you know me?” Raja Al buat-buat bertanya.

Ili angguk. “Ili told me.”

Raja Al mengangguk.

Thanks for coming. Jemputlah makan apa yang ada,” pelawa Riha dingin. Dia tak boleh lama-lama berhadapan dengan Raja Al, hatinya berdebar hebat! Dia membelakangkan Raja Al dan membuka langkah untuk menuju ke pintu rumah. Tidak jadi menghantar minuman buat kawannya. Dia tak betah di bawah satu bumbung dengan Raja Al!

“Riha.. Laila Farihah. How can I forget you. The only people in Malaysia yang tak kenal who is ‘Raja Al’ right?” Sebenarnya Raja Al sengaja buat-buat tidak tahu nama Riha sebentar tadi. Mahu menguji si dingin itu.

Riha menoleh. Dia terasa berbahang. “Awak jangan ingat awak musician and singer yang popular everyone must know you. Yeah.. everyone in Malaysia know who is Raja Al except ME!” tegas kata-kata Riha.

“Patutlah Ili langkah bendul, tak ada orang nak kat awak agaknya,” selamba Raja Al menuturkan.

Mata Riha terbeliak. Berani betul Raja Al ni! “You better watch your mouth!”

Riha sudah tidak dapat menahan lagi. Kata-kata Raja Al betul-betul menikam sampai ke dasar hatinya. Sebelum ini tiada siapa yang berani mengatakan perkara sebegitu kepadanya tetapi Raja Al yang baru dikenali ini sudah melampau benar! Dia meninggalkan Raja Al.

Tapi sebelum meninggalkan lelaki itu, dia terdengar kata-kata terakhir Raja Al.

“Ego awak lagi tinggi dari bangunan KLCC.”

SURAT PENDEK

Riha membuka surat yang baru diterimanya daripada Ili. Surat yang dia ‘tahu tak tahu’ sahaja pengirimnya siapa.

I am sorry. Can we meet? From Raja Alif Al-Edhzar.. =)

“Membazir kertas je! Dahlah pakai surat. Dia ingat ni zaman apa? Ketinggalan zaman gila la Raja Al ni,” Riha membebel di hadapan Ili. Terbayang lelaki seiras Iqram Dinzly itu.

Ili hanya ketawa.

“Ili sumpah dia tak pernah lupa siapa Laila Farihah!”

“Apa main sumpah-sumpah ni?” Riha melipat kembali surat ‘merepek’ itu dan menyimpannya ke dalam sampul kembali.

“Betul kak. Dia minat nak kenal dengan akak. Dia bukan jenis lelaki gatal, bukan jenis kaki perempuan, bukan jenis main-main, he serious in relationship, he is a good guy, he understanding, he kind, he don’t drink, he is a very good Muslim guy…”

Riha memotong kata-kata Ili. “But he is a musician and also singer!”

“Akak, just give him a chance. I’ll make an appointment for both of you! Don’t ever say ‘no’!” Ili sudah tekad dengan keputusannya dan dia berlari keluar dari bilik kakaknya sebelum ‘singa betina kutub utara’ itu mendera telinganya.

RAJA AL DAN RIHA

“Shin, you better call him or I’ll leave!” ugut Riha pada bakal adik iparnya yang masih selamba menyedut minuman Capuccino kegemarannya.

Dia menekan nama pensyarahnya dan mendail tapi….. “Sorry sis, engaged,” beritahu Shin meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

Riha mendengus kasar. Marah dengan orang yang tak reti menghargai masa!

“Assalamualaikum, Shin, Riha..” suara ‘lelaki terlambat’ memberi salam.

Riha menjawab salam di dalam hati. Dia angkat wajah. Keningnya bertaut apabila melihat Ili berdiri di sebelah Raja Al dan sedang tersengih-sengih.

“Kata nak pergi tandas,” tanyanya pelik pada Ili.

“Dah balik dari tandas la ni,” jawab Ili.

Mukanya berkerut. Macam ada sesuatu antara Raja Al dan Ili yang sengaja disembunyikan. Dia memandang Shin, tapi Shin turut angkat bahu.


LAMARAN

“Riha,” panggil Raja Al. Belum pernah bagi seorang lelaki bernama Raja Al meminta maaf segigih begini.

Dia agak menyesal dengan kata-katanya apabila mengetahui yang Riha menangis semalaman dek kerana kelantangannya.

“Riha,” panggilnya lagi.

“What? You want to say that you really regret about what have you said?”

Raja Al tunduk. Kali pertama dia jadi macam ini. Bukan jenis orangnya ‘mengata’ orang sesuka hati tetapi entah kenapa hari itu dia begitu lancang.

“Raja Al, ahli muzik tak pernah belajar sastera ke?”

Raja Al angkat wajah dan dahinya berkerut. Pelik dengan soalan itu.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..,” Riha berkata dan dia senyum pada Raja Al.

Raja Al telan liur. Sastera gila ‘singa betina kutub utara’ ni!

“It’s my fault and I am sorry. Really sorry..,” tuturnya pada Riha. Dia tahu ‘sekeras-keras kerak nasi bila dibubuh air, lembut juga jadinya’.

Riha diam. Dia tidak tahu apa yang terjadi sekarang. Semua ni macam mimpi. Ada orang yang sedang memandang ke arah mereka. Maklumlah, siapa tidak kenal Raja Al. Mujurlah tak ada wartawan.

Ili dan Shin sudah lama menghilang entah ke mana.

“Awak dengar tak apa saya kata ni?” Raja Al bertanya. Gadis berselendang hitam itu dipandangnya.

Riha mengeluh. Dia tahu dia perlu selesaikan semua ini. Dia sendiri malas perkara ini tergantung-gantung lagi. Nak kerja pun tak dapat tumpu!

“Saya dah lama maafkan awak,” maklum Riha.

Bulat mata Raja Al. “Really??” seperti tak percaya.

Riha mengangguk. “Tapi...,” Riha terhenti di situ. Kata-kata itu enggan keluar.

Raja Al angkat kening.

“Pasal.. langkah bendul,” suaranya Riha kedengaran sebak. Terngiang lagi kata-kata itu.

Raja Al telan liur. Dia menarik nafas dalam. “Riha.. I’m..

“Ego saya tinggi daripada bangunan KLCC kan?”

“Riha!” Raja Al tidak mahu Riha mengulang lagi.

“Tapi semua tu betul. Am I too late to realize it now? Thanks Raja Al.”

“Hah?” Raja Al kerut kening lagi. Dia semakin pening. Riha nampak seperti keliru. Mungkin dia juga akan keliru seperti Riha sekiranya tidak dapat mengawal mindanya.

“Boleh kita jadi kawan tak Laila Farihah?” tanya Raja Al. Wajahnya penuh mengharap dan dia senyum paling manis buat Riha.

Riha angkat wajah. Dia seperti tak percaya dengan dirinya sendiri.

SEDAR TAK SEDAR

“Riha, lama juga kau kawan dengan Raja Al. Wartawan asyik keluar cerita macam-macam aje,” Julia bertanya kepada Riha. Dia sebenarnya suka melihat perubahan Riha. Sejak Riha berkawan dengan Raja Al, ego gadis itu sudah menurun dan penyakit dingin-beku juga kian sembuh.

Riha hanya tersenyum. Lembaran kertas yang berselerakan di atas mejanya disusun. “I’m done.” Riha senyum.

Julia kerut kening. “What?” Pelik.

“Ini.” Riha mengangkat kertas yang dah disusun rapi.

“Huh!”

“Kenapa kau ni?” Riha bertanya. Buat-buat tanya sebenarnya.

“Aku dah penatlah nak korek cerita antara kau dan Raja Al lagi. Kau ingat aku ni kepoh ke? Or.. kau ingat aku ni spy mana-mana wartawan ey?” Julia menekan pen ke atas meja Riha.

Riha angkat bahu.

Come on la Julia, you know me better than ‘orang surat khabar’ kan? Aku dan Raja Al kawan. K-A-W-A-N. Kami keluar sekali dua aje. Tu pun temankan Ili dengan Shin beli barang kahwin. Yang wartawan dok cerita aku bercinta dengan Raja Al tu tak payah la kau percaya.”

“Yelah tu…” rajuk Julia kedengaran.

“Kau ni tak habis-habis. Kalau cakap pasal Raja Al tahun depan pun tak habis sebab point-nya kau memang tak akan percaya kat aku dalam soal Raja Al. Alasannya aku tak bagitau lebih lanjut cerita pasal Laila Farihah dan Raja Al kan? Okay, biar aku bagitau kau sekarang.”

Mata Julia bulat. Kini wajanya penuh mengharap. Telinganya dibuka luas-luas bagi mendengar cerita panas itu.

“Okay.. sejak 5-6 bulan aku kawan dengan Raja Al ni.. kau memang tak senang la kan sebab aku tak pernah bawak kau jumpak pujaan hati kau tu kan.. Sekarang.. kau ambik ni,” Riha meletakkan satu sampul berwarna krim di atas meja di hadapan Julia.

Dahi Julia berkerut melihat kad itu. Dia tiba-tiba bangun menjerit dan kegirangan. Kali ini mata Riha yang bulat dan dahinya berkerut seribu.

“Kau ni dah kenapa terjerit-jerit ni?” soal Riha pelik melihat telatah Julia.

“Kau nak kahwin dengan Raja Al?? Ni.. ni..? Aku.. aku.. macam.. tak percaya! Kau biar betul. Diam-diam je ey! Kang aku sebar kat wartawan jadi kes naya kau.. Hahahaa…,” Julia terus ketawa keriangan sambil membelek kad ditangannya.

Riha hampir ketawa mendengarkan itu.

“Julia, kau jangan gelabah sangat boleh tak? Bukak dan tengok dulu. Baca sepatah-sepatah! Gelabah betul. Dahlah, aku nak pergi sembahyang Asar dulu.”

Riha membawa beg telekungnya dan melangkah keluar dari kamarnya yang tertulis di pintu, ‘Pegawai Tadbir’. Jawatan yang disandangnya sejak beberapa tahun lepas. Dia berusaha keras demi jawatan sebegini dan mendapat tempat dalam sektor kerajaan.

Julia telan liur. Dia buka kad dan dia kecewa. Memang dia gelabah tak kena tempat. Kad kahwin adik Julia, Ila dan Shin rupanya. Cis!

Dia keluar, jerit pada Riha. “Kau tipu aku!” Padahal dia tahu salah dia yang terlebih gelabah.

Riha toleh padanya. Mengeluh sesaat. “Kau ni memang gelabah. Dah tu tak reti nak fikir pulak tu. *Lampi la kau! Kau boleh jumpa Raja Al kat majlis tu nanti. Pujaan hati kau tu!”

Masa ni Julia sudah hampir pengsan. Impian bakal jadi kenyataan!

Nota kaki:

*Lampi – Lambat pick-up @ lambat tangkap @ lambt memahami/mengerti sesuatu perkara berbanding orang lain.


UMMU IFTITAH


‘RAJA AL DAN UMMU, BERCUTI DI DISNEYLAND BERSAMA.’

Bulat mata Riha membaca tajuk akhbar hiburan pagi itu. Di pagi Ahad yang tenang ini.. kenapa berita begini pula yang dia terima?

Bertalu-talu telefon bimbitnya berbunyi. Dia tahu, jika bukan Raja Al, pastinya rakan-rakan sepejabat yang ingin tahu cerita lanjut. Dia sendiri belum sempat membaca isi berita tersebut.

Satu-persatu perkataan di akhbar itu dibacanya.

Ummu Iftitah, bukan ahli muzik, bukan juga penyanyi jauh sekali pelakon. Dia cuma gadis biasa yang dilihat bergandingan bersama Raja Al di Disneyland, Hong Kong. Siap ada gambar lagi. Nampak mesra.

Hati Riha berdebar. Perasaannya mula berkecamuk. Jiwanya jadi kacau. Otaknya tak dapat berfikir lebih lanjut. Memang dia sedia maklum pemergian Raja Al ke Hong Kong untuk sebuah persembahan bertaraf dunia dengan ahli-ahli muzik dari seluruh dunia menyertainya.

Tapi.. dia tak sangka… begini jadinya. Dan… Ummu.. gadis yang diceritakan sebagai Ummu Iftitah dan terpapar gambarnya yang bertudung, nampak baik.. tapi.. apa semua ni??!!

Riha melempar surat khabar ke lantai ruang tamu apartmentnya. Handphone yang tak henti berdering turut berkecai dikerjakan. Bingit!!! Lagu yang berputar di radio dimatikan!

SI DINGIN YANG KECEWA

Tidak ada yang berani lagi menyebut tentang Raja Al. Lelaki romantis yang dipercayai curang itu.

Rakan-rakan di pejabat kembali menerima kehadiran ‘singa betina kutub utara’ yang dulunya pernah hilang.

“Akak, Raja..” Ili menghulurkan telefon rumah.

Riha tak menjawab sebaliknya naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.

Sudah 2 hari Riha mengambil cuti. Tak ada siapa berani bertanya dan mendekatinya sejak dua menjak ini. Riha bukan sahaja ‘singa betina kutub utara’ namun Riha ‘singa betina yang setiap giginya bertaring.’

“Riha, ayah nak cakap sikit,” panggil Encik Redza apabila melihat Riha masuk ke rumah sambil membawa arnab yang baru dibelinya. Mungkin itu caranya Riha ingin menenangkan diri.

Riha duduk di sofa tunggal di ruang tamu. Wajah sesiapa pun tidak dipandangnya. Ayah, mama, Ili dan Shin turut berada di situ, namun Riha sibuk mengusap-usap dan bermain-main dengan arnab yang diberi nama Shin-Chan. Marah benar Shin bila mengetahui nama arnab itu. Namun dibiarkan sahaja jika itu dapat menghibur hati bakal kakak iparnya yang dirempuh perasaan kecewa.

Puan Firdaus melepaskan keluhan. Susah hatinya melihat puteri sulung yang sudah menjadi pendiam itu. Jangan disebut nama Raja Al di hadapannya, pasti anaknya itu melenting.

“Raja Al tak bersalah pun Riha. Ayah tahu. Tempoh hari dia datang jumpa ayah dan kami semua. Dia explain semuanya. Dia dan Ummu tu kawan je,” Encik Redza menjelaskan.

Riha angkat wajah. “Explaination yang sama yang dia bagi kat orang surat khabar.”

“Kita patut bagi dia peluang. Mama tak pernah ajar Riha hukum orang macam ni,” Puan Firdaus berkata. Dia sedih dengan perubahan Riha.

Riha ketawa kecil. “Mama.. mama tak pernah ajar Riha hukum orang macam ni. Riha pun tak hukum sesiapa ma. Ili, Shin, kalau Raja Al rasa dia dihukum, bagitahu dia, dia silap besar.”

“Kakak….,” sayu suara Ili. Dia hampir menangis. Dia tahu kakaknya mahu menangis tapi egonya menahan. Dan, sejak dari hari dia kecewa lagi, Kak Riha menahannya. Sudah beberapa minggu.

“Ahh.. kita lupakanlah perihal yang tak masuk dek akal ni. Sekarang kita fokus pada wedding Ili dan Shin. And.. we have lot of things to do rather than think about that guy! And.. please semua. Riha dah tak nak dengar nama Raja Al no matter what. Riha naik dulu.”

WAJAH YANG DIRINDU

Alhamdulillah.. akad nikah Ili selesai pagi tadi dan kenduri berlangsung dari tengahari sehingga ke petang.

Lenguh badan Riha. Banyak tetamu yang dia layani. Dan dia bersyukur tidak ada nama Raja Al kedengaran. Arr.. ada! Sekali sahaja.

Dalam pada marah, dia tercari-cari juga wajah Raja Al. Mana tahu kalau-kalau muncul, boleh juga dia buat persediaan untuk melarikan diri.

Tetapi ketika majlis hampir selesai, dia mendengar Julia bercakap dengan Ili dan mereka berbual mengenai Raja Al yang dah terbang ke Brunei. Dia tarik nafas lega dalam debar. Entah apa yang dilakukan oleh Raja Al di Brunei. Dia sudah lama tidak menyelak akhbar berkenaan hiburan dan tidak mahu langsung mendengar khabar berkenaan ahli muzik terutama sekali nama Raja Al! Dan.. Iqram Dinzly turut menerima tempias. Lelaki yang kena-mengenanya hanya pada iras wajah. Riha.. Riha..

KEHILANGAN YANG DIRINDUI

Riha memandang ke laut yang luas. Sudah 2 hari mereka berkampung di rumah banglo menghadap laut milik keluarga Shin.

Dia lihat ahli keluarga Shin ramah-tamah. Biarpun Shin anak tunggal namun keluarganya mempunyai saudara-mara yang ramai. Cuma dia sahaja yang malas mahu bercampur. Hatinya masih belum pulih.

Baju kurung berwarna turquoise itu nampak kena benar dengan warna kulitnya. Sudah diberi amaran pada Shin jangan memilih warna turquoise kerana dia kurang berkenan dengan warna tersebut namun adik iparnya itu selalu sahaja membangkangnya. Namun dia gembira juga, kehadiran Shin yang pandai mengambil hatinya sebagai kakak ipar sedikit terubat dengan kontroversi yang baru melanda.

Dari meja di sudut paling hujung di laman rumah itu, dilihatnya Shin sedang berbual dengan Ili. Mereka nampak mesra dan bahagia. Dia cemburu? Mungkin… Namun dia bersyukur Ili dikurniakan suami yang penyayang dan bersungguh tentang Islam. Betul, Shin masuk Islam bukan semata kerana mahu kahwin. Dia kagum dengan keazaman Shin.

“Cantik awak pakai color turquoise. Shin kata awak tak suka, tapi cantik sangat. Mungkin sebab tu awak tak nak pakai, takut menjadi perhatian kan..,” satu suara menegur. Suara yang sudah lama tidak dia dengari. Kenal sangat suaru itu! Sekarang makin galak berkumandang di stesen-stesen radio tempatan.

Bulat mata Riha melihat Raja Al sedang berdiri di hadapannya. Perubahan pada Raja Al; lelaki itu kurus, dan kurusnya bukan kurus yang sihat. Songkok hitam yang dipakai buat Raja Al tampil segak biarpun kurus. Baju Melayu warna turquoise itu ternyata padan dengan Raja Al tetapi ada sesuatu yang kurang tentang lelaki itu.. Hampir 2 bulan tak bertemu.. Raja Al... lain sangat.

“Riha.. I miss you,” ucap Raja Al. Wajah yang ayu bertudung itu dipandangnya redup. Dia sakit selama ini, sakit rindukan Riha.

Riha ketawa sinis. Dia bangun meninggalkan meja. Cepat-cepat dia berlari ke pondok kecil yang terletak berhampiran pantai. Dia sebenarnya berdebar sakan. Air mata dirasakan hendak menitis dan dia tak boleh menangis di hadapan orang ramai, apa lagi di hadapan Raja Al!

Namun pondok itu dipenuhi rakan-rakan Ili dan Shin yang sedang menjamu selera dan ada juga yang berbual. Dia tidak tahu mahu lari ke mana lagi.

“Kau kena berhadapan dengan kenyataan Riha. Kau tak boleh lari lagi dan tak boleh seksa orang lagi. Kau kena bertanggungjawab Riha… pada apa yang kau dah buat pada Raja Al,” perlahan Julia bersuara. Dalam jelas ketakutan itu, dia kuatkan diri demi hubungan Riha dan Raja Al.

Kening Riha bertaut. Dia memandang Julia yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

“Kak Riha, face the reality kak,” Ili pula bersuara. Dia menoleh pada Ili yang berada tidak jauh di belakangnya. Tapi dia terkejut kerana Raja Al berada di hadapan Ili dan Shin dan berada sangat hampir dengannya.

“Ahh… jangan main-mainkan aku la Julia, Ili!” marahnya. Wajah Raja Al tak berani ditentang.

Raja Al menarik lengannya. “We need to talk.”

Riha terkejut dengan tindakan mengejut Raja Al. Dia tidak mahu kalah. Tangannya ditarik kasar. Dia mendengus dan matanya mencerun tajam pada Raja Al. Dia jadi malu pada banyak mata yang memandang.

“Riha!” Raja Al sudah tinggi suara. “Memang keras kepala, kepala batu betul!”

Sekelip mata Riha sudah menghilang. Raja Al menarik nafas dalam-dalam. Menangis la tu. Dia mengikut langkah Riha yang sudah berlari-lari anak ke bibir pantai.

RIHA YANG TAK LAYAK

Langkah Riha semakin laju meskipun terasa sukar berlari di atas pasir. Kasut tumit tinggi yang dipegang di tangan serasa ingin dilemparkan ke wajah lelaki yang sedang mengekorinya.

“You better leave me alone!” jeritnya pada Raja Al kemudian dia meneruskan larian.

“No! I’ll never let you be alone!” Raja Al tak berputus asa. Kemudian langkahnya bertambah laju. Dia menarik lengan Riha apabila sudah hampir mendapatkan gadis itu.

Hampir tersungkur Riha dibuatnya. Ditariknya Riha ke dalam pelukan. “I miss you Riha, I miss you so much!”

Riha meronta-ronta. Gila Raja Al ni!!

Seperti baru tersedar yang dia membuat perkara yang salah, Raja Al melepaskan Riha dari pelukan namun kedua-dua belah lengan Riha masih utuh digenggamannya. Riha cuba melepaskan genggaman Raja Al namun tak pernah berhasil.

“Kau nak apa lagi hah? Aku dah lupa la siapa Raja Al tu!” jerit Riha. Dia tak peduli, janji dia tidak mahu lagi berhadapan dengan Raja Al.

“Dengar sini Riha! Semua ni terjadi kerana satu hal saja, Ummu.. Ummu Iftitah. You should know that she is only my bestfriend. B-E-S-T-F-R-I-E-N-D!” Raja Al cuba menerangkan. Satu-satu diejanya.

Riha bertindak menutup kedua-dua belah telinganya dengan telapak tangannya sambil kepalanya digeleng-gelengkan. “Aku tak nak dengar. Aku tak nak dengar!”

Raja Al menarik tangan Riha dan menggenggamnya kuat. Kali ini dia terpaksa menyakiti si ‘kepala batu’ itu. “Kalau saya terpaksa peluk awak sekali lagi, saya akan buat Riha!” ugutnya tegas.

Riha terkedu. Dia telan liur. Dia tahu Raja Al akan mengotakan kata-katanya jika dia berdegil lagi. Dia tunduk dan diam. Air mata dah bergenang di kelopak mata. Dia bukannya insan yang mudah mengalah tapi kali ni…

“Good… be a good girl okay..,” selamba kepala Riha digosok seperti anak kecil.

Okay, dengar sini. Dah 2 bulan perkara ni tak selesai. So biar kita selesaikan dari hati ke hati,” tutur Raja Al. “Ummu Iftitah tu kawan baik saya dan ya seperti dimomokkan dalam akhbar yang dia sengaja ke Hong Kong Disneyland untuk bertemu saya dan gambar-gambar yang terpapar tu.. semuanya betul!”

Riha mendengus. “Dah tau dah!” Dia ketawa sinis sambil menahan air mata. Wajahnya diangkat dan dia pandang laut yang luas. Tak ingin dia memandang Raja Al.

Raja Al ketawa. Boleh tahan gila punya cemburu la kakak kepada anak didiknya ini.

“Tapi.. cerita kat sebalik cerita tu orang surat khabar tak siarkan pun. Hem… saya dan Ummu sejak dari kecil berkawan dan kami tak mungkinlah bercinta. Dengar sini sayang… Ummu, dia study dekat Hong Kong, masa tu kebetulan tunang dia yang sama belajar meninggal di Hong Kong, dia minta bantuan saya untuk menghantar mayat balik ke Malaysia. That’s all,” Raja Al menjelaskan. Rasa lega bila dia dapat menerangkan duduk perkara sebenar dengan sendirinya.

Satu persatu kata-kata Raja Al masuk ke telinganya dan otaknya cuba mencerna setiap daripadanya. Riha terdiam.

“So?” kata Riha.

Raja Al mendengus mendengarkan itu.

“Awak kena bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada saya!” Raja Al berkata lantang.

“Apa yang jadi?” Riha bertanya hairan.

“Saya dah kurus okay!”

And it’s nothing to do with me.. Tapi lelaki boleh reka seribu macam cerita untuk tutup kesalahan yang dibuat!” Riha mencipta alasan di atas alasan.

Raja Al melepaskan keluhan berat. Wajah itu dipandang sayu. Dia benar-benar penat.

“Cakap Riha.. cakap.. Apa lagi saya boleh buat untuk tebus kesalahan saya..? Apa Riha??” Bahu Riha digonccang.

Riha diam. Agak lama. Setitis air matanya jatuh juga. Pantas dia kesat. Dia tahu, dalam soal ini baik Raja Al mahupun Ummu Iftitah tidak bersalah. Dia yang tidak mahu mendengar penjelasan dan menerima kebenaran kerana sekali hatinya luka, baginya parah buat selamanya!

Tapi bila kebenaran terbentang di hadapan matanya, dia jadi tambah keliru, bukan terlerai beban, malahan dia merasa bersalah atas sikapnya. Dia jadi tak sanggup melihat lelaki bernama Raja Al itu merana lagi. Kalau Raja Al terus bersama dengan dia, pastinya lelaki itu tak akan bahagia. Betapa sukar ‘kepala batu’ sepertinya itu akan berubah dan bila dia akan berubah dia sendiri tak punya jawapan untuk itu.

“Al… awak betul dan saya yang salah. Saya yang patut minta maaf sebab seksa awak sampai awak jadi kurus macam ni. Saya penyebabnya kan?”

Raja Al memandang Riha pelik. Dia dapat mencium sesuatu dari kata-kata Riha. Soalan Riha dibiarkan berlalu tanpa jawapan.

“Macam ni la.. Saya tak layak untuk awak Al. Saya bukan perempuan yang dapat bahagiakan awak Al. Kalau bagi orang lain, muzik dan jiwa mereka tak dapat dipisahkan tapi.. bagi saya pula, muzik dan Laila Farihah tu takkan pernah dapat disatukan, Al. Lagipun, kita di dua dunia yang berbeza kan… Assalamualaikum…”

Perlahan tangan Raja Al yang memegang bahunya dilepaskan. Kesedihan cuba dikawal. Air mata dikesat. Dia meninggalkan Raja Al yang tekaku dengan keputusannya.

Dia tahu Raja Al sangat kecewa meskipun sudah membelakangi Raja Al. Kerana jiwanya dan jiwa Raja Al sudah lama bersatu. Cuma sering terpisah atas keegoaannya sendiri. Bukan salah Raja Al mahupun sesiapa.

‘Huh.. aku dulu anti sangat dengan muzik. Susah betul aku nak faham pencinta seni muzik ni. Tapi… aku sendiri yang jatuh cinta dengan ahli muzik! Aku memang dah gila!!!’ Hati Riha menjerit sendirian.

‘Awak bohong Riha, awak bohong….,’ Raja Al berkata dalam hatinya. Pandangannya terarah ke lautan yang luas. Angin laut tak dapat menenangkan gelodak hatinya yang diamuk rasa kecewa.

Riha melihat ramai orang sedang berdiri di pondok itu dan dia yakin ‘drama swasta’ antara dia dan Raja Al telah disaksikan oleh mereka termasuk ayah dan mamanya. Julia kelihatan mengesat air mata. Ili juga. Shin menggeleng apabila melihatnya. Dia tahu ayah dan mama kecewa dengannya namun dia ada alasan tersendiri.

Dia naik ke tingkat atas, mengambil pakaian dan barang-barang yang berada di bilik yang dipinjamkan kepadanya sepanjang berada di rumah itu.

Apabila dia turun sahaja, dia lihat, majlis telah berjalan seperti biasa. Dia mendekati keluarganya yang duduk berbual di satu sudut.

“Ayah, mama, Riha kena balik dulu. Ada hal.” Kedua tangan itu disalami.

“Ili, Shin.. congratulations! I need to go. Sorry for everything and thanks okay..”

Ili dan Shin bersalaman. Ili memeluk kakaknya lama. Entah bila hati itu akan lembut.

Honda Jazz dipandu perlahan keluar dari perkarangan parkir. Dia ternampak kelibat Raja Al yang sedang berdiri tidak jauh dari pagar utama banglo itu. Cepat-cepat dia menoleh ke arah lain.

‘Aku tak layak pun, even nak pandang wajah kau pun Al. Sebab aku kejam. Sebab aku menyakiti kau!’

KISAH YANG TAK PERNAH HABIS

Sudah hampir 5 bulan perkara tersebut berlalu. Riha bukan seperti dulu lagi. Dia sudah mampu mengikuti perkembangan dunia muzik dan tentu sekali Raja Al. Dia mengetahui setiap perkembangan Raja Al. Sedetik pun Raja Al tak pernah lupus dari ingatannnya. Nama Raja Al kian naik. Cuma wajah itu kosong. Dia yakin lambat-laun Raja Al akan pulih.

Dan.. dia sendiri pula semakin menyibukkan diri dengan kerjayanya.

“Riha, malam ni kita bertolak okay?” tanya Julia yang baru muncul di balik pintu coklat biliknya.

Riha mengangguk. “Dah tempah flight? What time?” ajunya.

“Dah. Pukul 8.45 malam. Don’t worry. I handled everything. Just make youself prepare for the presentation.” Dia tahu Riha letih kerana baru 2 hari pulang dari Thailand.

Hari kedua. Singapore Marriot Hotel. 8.30 malam.

“Nak aku order makanan untuk kau?” Julia bertanya.

Riha menggeleng. Dia letih yang teramat. Dan.. dia tak ada selera nak makan langsung.

“Aku nak keluar kejap ni jumpa kawan lama kat China Town, nanti balik aku belikan makanan. Ada apa-apa call aku okay Riha?”

Riha mengangguk. Dia menarik selimut.

Setelah lebih sejam tidur, Riha bangun dan terasa lapar. Dia ingin mencari makanan. Dia agak tidak selesa dengan makanan di hotel jadi dia ingin keluar mencari makanan di luar.

Setelah mengunci pintu, Riha berjalan ke arah di mana lif ditempatkan di tengah bangunan. Sedang dia berjalan, dia terdengar suara orang berbual sambil berjalan. Dia angkat wajah.

‘Ummu! Ummu Iftitah!’ Matanya bulat. Dia masih ingat dengan jelas wajah yang terpapar di dada akhbar suatu masa dulu.

Baru sahaja dia ingin berpatah balik, gadis itu memanggilnya. “Miss! Miss!” Ummu hairan kenapa gadis bercardingan hitam itu begitu terkejut melihatnya sehingga kunci terjatuh.

Raja Al yang biliknya berada selang 3 pintu dari tempat Ummu berdiri dan sedang menghulurkan sesuatu kepada seseorang menoleh. Serentak dengan itu, dia ternampak wajah yang sangat dikenalinya.

“Riha!” panggilnya. “Riha! Riha!” Langkah dibuka pantas ke arah 3 orang gadis itu.

Ummu dan Raja Rania saling berpandangan.

Riha membuka pintu dengan pantas, dia telah berjaya meloloskan diri ke dalam bilik tetapi daun pintu tak sempat ditutup dan ditolak oleh Raja Al. Berapalah sangat kudratnya dibanding dengan lelaki itu.

Kini mereka berdiri menghadap satu sama lain. Riha hanya tunduk. ‘Ya Allah… kenapa dia muncul lagi?’

“Riha! Tolonglah jangan lari lagi!”

“Cukuplah tu Al! Cukup! Kita tak patut terserempak!” Riha lari ke hujung katil.

Raja Al kian mendekati.

“Jangan dekat Al! Jangan dekat!” Riha memberi amaran.

“Riha, kalau awak sanggup hidup tanpa saya.. awak tipu. Awak tak terdaya pun! Kita dah jumpa dan berjodoh lagi Riha. Semalam masa istikharah saya mimpikan awak Riha! Apa lagi bukti yang awak nak??” Raja Al semakin dekat meskipun dia lihat Riha seperti dalam ketakutan.

Riha seperti tidak percaya mendengar ‘istikharah’ dari bibir ahli muzik itu. “Awak… awak istikharah? Aw.. awak sembahyang?” tanya Riha tergagap-gagap.

“Awak ingat musician tak tahu sembahyang ke Riha?”

Riha ketawa sendiri. Dia suka benar membuat tanggapan yang menjerat dirinya sendiri!

Dia terkejut melihat Raja Al betul-betul di hadapannya. Dia menolak lelaki itu bagi meloloskan diri untuk berlari ke pintu keluar.

“Arghhhh..!” Raja Al menjerit keras. Riha menoleh. Dia jadi takut dan berlari keluar dari bilik itu tanpa mempedulikan Ummu Iftitah dan seorang gadis lagi yang tidak dia kenali.

“Al.. sorry Al.. Sorry.. sorry…,” itu sahaja yang berulang-ulang dibibirnya. Dia jadi tidak tentu hala.

Langkah diatur laju ke arah lif sehinggakan dia tidak sedar namanya dipanggil ketika dia baru sahaja berada selang beberapa pintu dari biliknya.

Julia melihatnya pelik. Nama dipanggil namun Riha bagaikan tidak dengar apa-apa. Menonong sahaja gadis itu meninggalkan biliknya. Pintu bilik dilihat terbuka dan dia dengar ada suara orang di dalam bilik itu. Dia menjengah.

Julia terkejut melihat Raja Al berada di situ bersama 2 orang gadis.

“Raja Al! You buat apa kat sini?”

Raja Al menoleh. “Kaki I terkena jarum. Jarum peniti koranglah ni kot. Aduhh…” Raja Al bangun sambil dibantu oleh gadis-gadis tersebut. “Riha mana Riha?” tanya Raja Al kalut.

Julia melihat ke luar kembali. Arah ke lif. Dia nampak Riha sedang menekan-nekan punat lif. Memang jauh dari bilik itu namun masih jelas kelihatan. Riha memegang kepala dan kemudian jatuh terjelupuk.

“Al! Al! Riha Al!! Cepat Al!” kalut Julia memaklumkan Raja Al. Langkahnya diatur dahulu menuju ke lif.

Raja Al dengan kakinya yang terjengket-jengket menjenguk ke luar. Dia berasa tidak sedap hati. Matanya bulat apabila melihat Riha sudah terbaring di situ. “Riha! Riha!!!” Raja Al menjerit. Terus sakit di kakinya dilupakan. Dia berlari pantas menyaingi Julia.

Dia mengangkat tubuh itu ke atas ribaannya. Tubuh Riha digerak-gerakkan sambil nama itu disebut-sebut. Tiada respons. Beberapa kali dia memanggil, tubuh itu tetap kaku. Dia mencempung Riha dan menekan butang lif.

“Riha…..,” hatinya merintih. “Lainkali jangan keras hati sangatlah!” Dalam marah, dia melangkah masuk ke dalam lif. Julia mengekorinya. Jelas kelihatan wajah risau ahli muzik itu.

MENCARI JAWAPAN

Riha sudah sembuh sepenuhnya. Dia malu benar atas apa yang berlaku. Riha mengeluarkan tiket penerbangan dan passportnya.

“Saya nak ikut awak tak bagi. Boleh ke ni pergi seorang diri?” tanya Raja Al. Troli yang terisi dengan beg-beg Riha ditolaknya. Mereka berjalan beriringan.

“La.. Ishq, sepupu saya tu kan ada kat sana. Mana boleh pergi sama. Nanti habis satu Malaysia panas dengan gosip ‘Raja Al berbulan madu di Mekah sebelum kahwin’. Awak nak?” tanya Riha sambil membuat isyarat ‘limited commas’.

Raja Al ketawa.

“Hem.. baik-baik kat sana nanti. Jangan lupa cari jawapan sampai jumpa,” pesan Raja Al pada kekasih hatinya.

“Saya takkan balik selagi tak dapat jawapan,” kata Riha.

Bulat mata Raja Al melihat gadis itu. Langkah terhenti. Troli juga.

“Awak jangan nak..” Raja Al cuba memberi amaran.

Riha ketawa geli hati. “Doakan saya jumpa jawapan secepat mungkin okay?”

Raja Al lepas nafas lega. “Always. Lagi cepat lagi baik.” Dia tersenyum. Langkah mereka diteruskan.

JAWAPAN YANG DICARI

Riha menghantar SMS sebaik sahaja tiba di KLIA.

Raja Al membuka SMS yang baru sahaja masuk.

‘My dear Riha.’ Nama yang ditulisnya.

Cepat sahaja butang berwarma hijau ditekan. Dia yakin gadis itu baru sahaja tiba di Malaysia. Dia menawarkan diri hendak menjemput Riha tetapi gadis itu menolak. Ishq akan menurutinya pulang, jadi keluarga Ishq akan menjemput mereka.

‘The answer is.. YES Al!’

Terlepas violin ditangannya. Raja Al mahu sujud syukur di situ juga.

BERTEMU DAN BERMESRA

Riha membuka pintu kereta. Terpaksa keretanya diparkir di luar pagar rumah ayahnya. Kelihatan sebuah BMW 7 series Sedan tahun 2009 terpakir di belakang Naza Optima milik ayahnya dan Peugeot RCZ hitam milik kekasih hatinya terparkir di belakang Mini Cooper biru tua milik Shin.

“Assalamulaikum…”

Salamnya dijawab seluruh isi rumah. Ramai tetamu sedang tersenyum padanya di ruang tamu itu. Riha telan liur. ‘Apa semua ni?’

Raja Al yang sedang duduk di sofa tunggal menghadiahkan sebuah senyuman buatnya. Senyuman yang berbeza. Yang… yang ada seribu makna di sebaliknya.

“Kakak dah balik,” tegur Ili yang baru muncul dari dapur bersama dulang berisi jag dan beberapa gelas minuman.

“Riha, mari sini,” Puan Firdaus menarik tangan Riha sebaik melepasi Ili. Sepinggan kuih-muih ada di tangan kiri mamanya.

“Ini.. mama Al, Puan Darina. Yang cantik manis ni satu-satunya adik Al, Raja Nur Rania dan papa Al, Raja Al-Shahren.”

Riha bersalaman dengan mama serta adik Raja Al. Dia masih ingat, gadis itulah yang pernah menemaninya bersama Ummu Iftitah ketika dia dirawat di Raffles Hospital Singapore. Kepada papa Al, dia hanya senyum dan tunduk.

Riha nampak bingung. Dan semua orang kelihatan bahagia di hadapannya. Ada sesuatu yang sedang direncanakan mereka.

ENDING

“Ramai yang tak percaya, isteri Raja Al dahulunya seorang yang anti dunia muzik. Dalam kontroversi yang banyak melanda mereka berdua, akhirnya pasangan merpati sejoli itu tetap disatukan. Sama-samalah kita doakan agar rumahtangga mereka akan bahagia selalu hingga ke akhir hayat. Amin…,” pengacara dari TV Show popular di kaca televisyen mengaminkan doa.

Raja Al tersenyum dan begitu juga Riha.

“Jangan sakit lagi ya sayang,” pesan Raja Al.

Riha kerut kening. Tidak mengerti.

“Maksud abang, jangan datang lagi penyakit keras kepala, kepala batu tu. Abang dah tak larat nak kena dengan ‘singa betina kutub utara’ dah,” Raja Al mengusik. Dia ketawa melihat perubahan riak wajah Riha yang berubah garang.

“Abang kata apa??” Riha bersedia untuk melemparkan bantal merah di tangan kepada Raja Al yang masih seronok ketawa.

“Tak baik sayang buat macam tu. Berdosa besar tau.” Raja Al bangun mendekati isterinya yang sudah sebulan dinikahi.

Riha turunkan tangan berserta bantal merah itu. Ternyata dia masih perlu banyak beristighfar.

“Dahlah, gurau jelah. Singa betina ke singa laut ke, Riha tetap yang abang sayang!” pujuk Raja Al.

Riha buat muka tak tahu sahaja. Wajahnya hanya tertancap pada kaca TV.

“Eleh, merajuk!” Raja Al mencuit dagu Riha.

Riha buat tak tahu juga.

“Riha!” panggil Raja Al.

“Okay, abang keluar makan dengan Ummu la macam ni.” Raja Al sudah bangun dan mengambil kunci kereta yang terdapat di tepi TV. Dia menuju ke pintu rumahnya.

“Jangan nak merepek. Riha dah masaklah. Jom makan! Baru test sikit dah nak adu kat Ummu..,” Riha membebel sambil dia bangun menghampiri suaminya. Tangan itu ditarik dan mereka menuju ke dapur. Entah kenapa walaupun dia tahu siapakah Ummu di hati suaminya namun tetap apabila nama itu disebut, dia jadi risau dan tak keruan. Mungkin masih fobia.

“Macam inilah isteri abang…,” satu ciuman hinggap di pipi kanan Riha.

‘Kebahagiaan itu perlu dicari dan diusahakan. Bukan hanya menunggunya datang bergolek semata.’

- Laila Farihah Bt Redza June 2010.

Album berwarna ungu muda dibuka. Lembaran pertama yang sentiasa membuatnya tersenyum. Gambarnya yang sedang meletakkan kepala di bahu Raja Al dan kedua-duanya membuat isyarat ‘peace’. Di bawahnya tertulis..

Raja Alif Al-Edzhar dan Laila Farihah – 25 Mei 2010

---------------------------------------------------------TAMAT--------------------------------------------------------

Ayuni Nadzeri

17 August 2011 on Wednesday – 2.38 a.m.

Room Sweet Room, Lrg. 2, Kg. Ganding.

Now I'm really stress! Esok nak bangun mesti berat. Now dah 17 Ramadhan!

THANKS TO MY READERS! REALLY APPRECIATE IT IF YOU CAN LEAVE SOME COMMENT FOR BETTER IMPROVEMENT. TQ DEAR! I LOVE YOU ALL!


1 comment:

  1. good story line... plotted really well. Have the impact of want to read more from readers perspective. 4.5/5 for the score!

    Maybe improvements in adding some pictures? :p

    ReplyDelete